Followers

Wednesday 26 June 2019

Bertemu Ratu Buaya Di Telok Sengat

Assalammualaikum Dunia.

Ratu buaya aka pemilik crocodile Farm

Jom cikbunga buat sambungan cerita  Taman Buaya Telok Sengat ... haaaaa lepas puas meronda satu taman buaya atau juga dikenali sebgai ladang buaya yang terbesar di Malaysia ...

Rayyan with Ratu Buaya

Sesi pembelajaran๐ŸŠ๐ŸŠ

Mulut kena tape... Tak kira lah buaya tue kenal hang ke tak... Kalau kena tak leh nak claim insurance tau๐Ÿ˜†

Meh rasa kulit buaya ๐ŸŠ

sib baik cuaca mendung dan kawasan ladang buaya nie dekat dengan laut , maka tak der lah ko bermandi peluh yer .. kan musim raya hari tue cuaca mendung dan berhujan  banyak kawasan kan .. kan..

Akan tetapi jangan bimbang jika anda pergi menjengah buaya pada hari biasa , kerana kawasan semuanya berbumbung dari awal ko masuk sehinggalah habis tawaf satu ladang buaya ;)

Tengok dak Rayyan sempat dia main phone๐Ÿ™„

Hi saya tak leh cakap๐ŸŠ๐ŸŠ

Bebudak tekun dengar Cerita  buaya๐ŸŠ๐ŸŠ

Disini juga terdapat cafe or coffee yakni korang boleh lepak dan order minuman nak yang panas atau sejuk pon disedikan ...
waktu cikbunga duduk -duduk tue, adalah sorang amoi tue datang kat table cikbunga sambil bercerita pasai buaya...cikbunga ingat dia mungkin salah seorang pekerja di situ ... punyalah lingat dia cerita pasai sejarah ladang tersebut ... dari mana dia dapat belajar dan macam mana dia mewarisi ladang tersebut dari ayahnya ... lepas tue baru dapat tangkap ,,,, dia nie taukeh ladang rupanyer ...

Coffe time





Pandangan dalam cafe☕☕

memang ramah dan speaking malay pon okew juga laa..
Menurut beliau , beliau adalah dari generasi ketiga yang mewarisi ladang buaya tersebut , untuk pengetahuan korang , beliau tidak menjual buaya tersebut kecuali untuk tujuan penyelidikan , pembelajaran serta untuk ubat tradisional , dan menurut beliau lagi , di ladang tersebut mereka menghasilkan krim buaya untuk beberapa penyakit ... cikbunga dengar jer laaa kann... kalau korang nak rasa soup herba buaya silalah datang ke sini yer ...

Sekitar view cafe

 
Kudapan pon ado kalau nak

Tue yang hujung nak buat muzium buaya๐ŸŠ๐ŸŠ

Menurut Ratu Buaya ini , beliau dipaksa oleh ayahnya supaya mewarisi ladang buaya ini dan mesti berjanji akan menjaga buaya- buaya tersebut serta tidak menjual buaya yang terdapat di situ ... memang anak yang taat lah beliau nie ... dari tidak tahu pasai buaya , beliau belajar dan terus mencekalkan hati untuk memenuhi amanat ayah. Tidak pernah pun terfikir beliau akan menwarisi ladang buaya ini kerana beliau mempunyai abang dan adik beradik yang lain .

Pertama kali pegang gigi buaya

Cantik tak gigi saya๐ŸŠ๐ŸŠ

Usia dalam 80 tahun keatas 

Amacam panjang tak story ๐ŸŠ๐ŸŠ.. Korang tue yang nak kan pengalaman berbeza melihat buaya... Sangat recommend dari cikbunga ๐ŸŒน๐ŸŒน

OK nanti citer pasai kami tengok udang galah plak๐Ÿฆž๐Ÿฆž

5 comments:

  1. Eh! anak buaya pun menggigit org jugak ke? tgk berplaster2 mulutnya... tak syak lagi... mmg buaya ganas... kecik2 lagi dah menyerang mangsa.

    Seram saya baca, taman buaya ni berhampiran dgn laut, kalau terlepas... haru wei. Satu Selat Melaka penuh buaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade lebih 1000 ekor buaya kat sini๐ŸŠ
      InsyaAlla under control ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

      Delete
  2. wah.. seronoknya.. sha suka tengok buaya..

    ReplyDelete
  3. best ni!!! sy pun teringin nak pegang buaya tp bkn buaya darat laa hehehe

    ReplyDelete