Followers

Saturday 4 January 2014

2014 SESI PERSEKOLAHAN

SESI PERSEKOLAHAN 2014

As salam and very good day to all of you .semoga sihat dan gumbira disamping keluarga yang tersayang ..
aku ..al-hamdulillah , 2014... sangat mencabar dan dicabar ..kahkahkah...
sesi persekolahn yang baru bermula pada hari Rabu bersamaan 02/01/2014 adalah satu hari yang sangat panjang dan memenatkan ... penat ker .. ye lah ... sepanjang hari berada di sekolah untuk menguruskan persekolahan si abang dan si kakak yang baru nak mengenal dunia sekolah , baju sekolah , kasut sekolah , cikgu sekolah dan semualah yang berkaitan dengan sekolah ..
bagi aku lah kan zaman sekarang sangat mencabar dan sangat advance ke hadapan , bila aku tengok senarai buku dan semua buku yang perlu ada ...mmm mengapa nak pening beb ... bukannya apa ,,, baru darjah satu pon ,,,tetapi buku nya ya ampun mengalahkan budak darjah 2 dan 3 pada zaman aku dulu lah ... patutlah budak-budak sekarang mengangkat beg sekolah macam mengangkat bebanan yang berat ... kita pernah tak terfikir untuk timbang berapa kilokah agaknya bebanan yang anak kita bawa untuk seminggu , sebulan atau setahun ?
                                                    posing dulu sebelum pi sekolah !

                                                 dalam bilik darjah hari pertama bergelar pelajar !

abang ngan kakak dah masuk sekolah !
 
okelah lepas itu dengan berbagai dokumen yang diminta ... alasan untuk masuk dalam sistem...
ko tau tak dokumen tue mengalahkan budak nak register universiti okey ... antaranya :

Dokumen yang perlu ada untuk Tahun 1

a) salinan sijil kelahiran - 3 salinan
b)salinan kad pengenalan ibu dan bapa - 3 salinan
c)salinan sijil kelahiran ibu dan bapa - 3 salinan
d)penyata gaji ibu dan bapa - 3 salinan
e)jika tiada salinan penyata gaji - surat akuan yang disahkan oleh ketua kampung
f)2 keping gambar berukuran pasport
g)salinan bil elektrik dan air - 2 salinan
h)salinan surat nikah ibu dan bapa - 1 salinan

Apakah ini .... woi manyak giler macam nak beli umah jew dokumen pelbagai ...
okew tal pew , tapi aku muskil surat nikah pon nak ... kan kat surat beranak kan dah adew butiran mak paknyer ...
itu sekolah pagi tau ...
untuk sekolah petang plak .. Sekolah Agama Jaim ,

a)salinan sijil kelahiran - 1 salinan
b)salinan kad pengenalan ibu dan bapa - 1 salinan
c)penyata gali ibu dan bapa - 1 salinan
d)surat akuan jika tiada salinan penyata gaji
e) 2 keping gambar berukuran pasport

sib baik tak banyak ... mahu aku jerit kat situ ...

untuk tadika KEMAS plak ;
a)salinan sijil kelahiran - 1 salinan
b)salinan kad pengenalan ibu bapa - 1 salinan
c)salinan penyata gaji ibu dan bapa - 1 salinan
d)salinan surat akuan jika tiada penyata gaji dari ketua kampung
e)2 keping gambar berukuran pasport

banyak kan .... lepas ni aku nak bukak kedai stationery plak kat depan sekolah ...heheheheheeh

                                                        fisrt day assembely for sesi 2014!

 selamat belajar untuk abang ngan kakak ... semoga sukcess dan berjaya dunian dan akhirat ...
apa pula erita korang pasai hari pertama persekolahan .. marilah share ngan aku !!!!

*********************************************************************************

No comments:

Post a Comment