Followers

Monday, 11 March 2024

Planetarium Negara Kuala Lumpur 2024

Assalammualaikum Dunia.

Dari Tugu Negara, kita gerak ke Planetarium... Kawasan ni banyak tempat boleh teroka... Ini pun bergantung kepada. Cuaca... 

Planetarium Negara 


Okew ambik gambau kat sini

Stamina kena ada yer, nak mendaki bukit


Kalau tak silap, di panggil Balai Cerap Jai Singh๐Ÿ‘†

Planetarium ni terletak kawasan yang berbukit, silalah naik tangga dan stamina๐Ÿ˜
Sampai pun dah lewat semua aktiviti dalam planetarium ni sudah habis dijual... Masuk adalah percuma ... 

Tengok planet

Angkasawan๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Posing posing 

Meneliti sejenis batuan yang jatuh ke bumi

Suasana di angkasa

Kalau nak buat aktiviti jew dikenakan bayaran mengikut pakej yang diambil... Alahai rugi plak tan dapat nak joint aktiviti dalam Planetarium...

Tekun nyer... 

Port ambik gambau 

Mencuba kokpit angkasawan

Dalam bilik graviti... Pening oooo

Sebahagian anugerah yang di pamerkan


Tak per lah, alang alang dah sampai kan, kita masuk jer lar... 

Cakap banyak. Tak mo, biar gambau bercerita yer ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Korang akan nampak ni nanti ketika menuruni tangga untuk balik

Nampak tak background tue... 

Dah jom turun... 

Korang akan nampak kat sini semasa nak turun akan ada satu laluan berbumbung menghala ke Muzium Negara.. Baginyang yang suka jalan tue bolehlah menapak ke Muzium Negara... Sebab cikbunga dah pi kan... Kita pi tempat lain pula.. 

Till then 
๐ŸŒน๐ŸŒน

Sunday, 10 March 2024

Tugu Negara Kuala Lumpur 2024

Assalammualaikum Dunia.
 Hari Rabu di Kuala Lumpur, lepas. Siap bersarapan.. Dan juga mandi manda... Jom kita menjelajah Tugu Negara ✌️

Tugu Negara, Kuala Lumpur 2024


Mengintai ke luar... Selamat pagi Kuala Lumpur ๐Ÿ˜

Tugu peringatan, semua nama pewira yang terkorban disemadikan disini

Background tugu peringatan, masa ni pengunjung belum sampai๐Ÿค“

Pagi cerah sikit cuaca, lately petang petang Jalan Tun Sambanthan kat sini mendung dan ujan... Harap hari ini cerah le sampai ke petang... 

Gambar ni juga

Tugu Negara 


Semoga generasi sekarang peka dengan perjuangan mempertahankan Negara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Disini di bumi bertuah lahir nya generasi yang gagah berani 

Demi Negara Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Cikbunga order grab jew... Bawa budak budak kan... Dapat plak pemandu perempuan... Haaa OK lar tue... Borak borak ngan dia cakap nak pi Tugu Negara dan selepas nak pergi ada lar kawasan sekitar... Lepas tue dia kata petang petang ujan tau...

Orang ramai mula datang

Terpengun dengan monumen Tugu Negara 

Jom kita gerak.... 

Banyak lagi tempat nak pergi ni

Sampai kat Tugu Negara matahari dah naik. Sikit... Kan betul ramai pula pelancong dari luar negara... Banyak juga bas kat sini... Bas pelancong yer.. 

Selalu tengok kat tv jew Tugu Negara ni, haaa sekarang tengok lar sepuas nyerr ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

P/s: petang tengok anak bulan Ramadhan... Selamat berpuasa kat korang semua dan selamat kembali ke sekolah untuk anak anak yang mula sesi persekolahan 2024/2025

Till then. 
๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž



Friday, 8 March 2024

Brickfields Pada Waktu Malam Kuala Lumpur

Assalammualaikum Dunia.

Alhamdulillah ya... Selamat sampai dari Masjid Negara ke Sentral Suites... Budak budak nie boleh pulak nak turun level. 8 dan mandi manda... Ehhhh diorang ni kan...

Sentral Suites KL 

Jom ambik angin malam Kuala Lumpur 

Hujan dah pun berhenti... Sementara  diorang mandi manda cikbunga cek dapur tengok apa yang ada...masak lauk sardin jew... 

Ok malam di Brickfields, memang colorful, warna warni disana sini... Macam nak celebrate Deepavali plak...

See colorful yer

Menara Shell

Menyusuri sekitar jalan dan tetiba dah sampai NU Sentral... Haaaa belilah sikit barang dapur, top up makanan sikit.. 

Merayau lagi dalam NU market sambil melihat gelagat orang ramai yang berkunjung dusana, ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

Merayau dari Sentral Suites dan sekitar Brickfields memang memberi gambaran dan perasaan yang teruja... Sebab ko rasa cam pi New Delhi.... ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

Inilah cerita malam kami kat Brickfields Kuala Lumpur 2024. Gambau cam tak banyak pulak... Dah terdelete kot๐Ÿค”๐Ÿค”

Mari tengok keindahan sekitar Brickfields, oh yer, Menara Shell dekat jew dengan Sentral Suites...

Till then 
๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž


Thursday, 7 March 2024

Masjid Negara Kuala Lumpur 2024

Assalammualaikum Dunia.
Selepas minum minum penat jenjalan kat Sentral Market kan... Jom pi Masjid Negara pula... Cuaca yang mendung serta berangin sedikit... Membawa kepada titisan ujan gerimis... Jom naik grab..

Jom tengok map


Dari gerimis, hujan mulai turun membasahi Sentral Market.. Dalam perjalanan ke Masjid Negara, grab yang cikbunga naiki mengalami accident... Adeiii... Alhamdulillah tidak mengalami kecederaan... Kereta ada kemek sikit dan penumpang disebelah kiri mengalami Sakit akibat hentakan... 

Dalam grab 

MasyaAllah tabarakallah alhamdulillah 

Laluan utama masuk kemasjid


Hamparan di dalam masjid

MasyaAllah, akhirnya kami sampai di Masjid Negara, solat dulu lar sebelum explore ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Cikbunga perhatikan ramai pelancong dari Asian membuat lawatan ke Masjid Negara terutama dari Negara China, Jepun dan Korea. 

Masjid Negara di reka bentuk selaras dengan reka bentuk zaman moden tetapi senibina Abbasiyah/Turkis  Usmaniah masih dikekalkan. 

Nampak tak reka bentuk. Nyer


Ehhh... Photo bomb plak

Selepas melihat keindahan Masjid Negara, cikbunga pun balik ke Sentral Suites, sebab hari pun dah nak gelap... Naik grab jew... 
Dekat kawasan sekitar masjid pun ada perkuburan... Rasa hari itu macam ada ambik gambar... Bila carik balik tak jumpa plak... 

P/s:keesokannya dapat perkhabaran Tun Sarawak telah kembali kerahmatullah... Disembahyangkan di Masjid Negara sebelum dibawa balik ke Sarawak... Kalau pi hari tue mesti dapat menyaksikan ramai orang kenamaan๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

Till then ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




Wednesday, 6 March 2024

Sentral Market a.k.a pasar seni Kuala Lumpur

Assalammualaikum Dunia.

Selepas melawat Muzium Negara, cikbunga terus pergi pasar seni atau popular sebagai Sentral Market... 

Check point๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Lawa eh lukisan mural tue

Gambau ni pun nak masuk dalam blog

Sentral Market Kuala Lumpur 2024

Ehhh...mesti kenal replika ni kan๐Ÿ‘†

Dekat sini ramai pelancong beb, oleh kerana sampai pun waktu lunch kan... Memang carik makan dulu... Lapar lar sebab tadi merayau satu Muzium kan๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Order nasi ayam, laksa ngan nasi berlauk..so far okew la... Sebab lapar kan... Kat Sentral Market nie ramai pekerja nyer warga asing... Ya faham... Kat Kuala Lumpur kebanyakan premis mengajikan warga asing... Tak nampak pun warga tempatan kat sini.. Bangla pun jual kain sarung...

Bismillah... Makan dulu yer 

Alhamdulillah 

Jalan jalan kat Sentral Market Kuala Lumpur 

Jumpa benda alah nie.. Baikkk... Rasa dulu 

Lepas makan, kita merayau kat sini.. Ada di tingkat juga... Kat bawah kebanyakan kedai makan dan cenderahati untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan ๐Ÿค“๐Ÿค“

Level 2 pula, pelbagai baju bajan dan kain batik ada disini... Haaa terdapat juga replika pasar seni, bila dan kawasan yang digumskan untuk membina pasar seni ni.

Dah penat penat jalan, minum dulu

Lepas habis minum, kita sambung misi lagi

Awan gelap waktu petang ๐Ÿ™„

Till then. 
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tuesday, 5 March 2024

Muzium Negara 2024

Assalammualaikum Dunia.
Alhamdulillah, hari kedua kami di. Kuala Lumpur, oh yer hari nie nak bawa budak budak tengok sejarah... Dah sampai Kuala Lumpur kan kenalah tengok sejarah kita... 

Perjalanan ke Muzium Negara mengambil masa Hanya dalam 15 minit lar lebih kurang... Order grab jer... Sebenarnya dekat jew ngan Sentral Suites... Jalan kaki pun boleh... Tapi sebab pergi pun dah nak dekat tengah hari... Pepagi macam biasa lar berendam dulu.... 

Alhamdulillah sampai ke Muzium Negara 

Sekali lagi senyum๐Ÿค“

Wow, ini kali pertama cikbunga pergi ke Muzium Negara.... Adeiiii disebabkan kekangan dan masa yang amat limited ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

Ada 2 tingkat Muzium Negara nie, kita jelajah satu persatu... Mmm tingkat pertama sebelah kanan dari pintu masuk Muzium Negara, anda akan di sajikan dengan penempatan pertama manusia neo di Tanah Melayu dan juga terdapat juga mnusia awal serta tinggalan bahan bahan arkeologi penempatan awal... Dan juga peranan gua serta hutan disejarah awal penempatan manusia neo, meo... Apa lagi yer.. Lupa lah... Nanti kita google ๐Ÿ™

Keris antara artifacts yang berharga dan diwarisi

Sila baca yer 

Antara artifacts kapal karam

Artifact yang dijumpai sekitar laut Malaysia 

Di sebelah kiri pula adalah sejarah kerajaan melayu Melaka serta kedatangan Islam ke tanah Melaka. Korang kalau datang sini... Memang semua nyer ada disini semua mengenai sejarah kita... Replika Hang Tuah pun ada disini๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ adik adik yang belajar sejarah tue, silalah pergi Muzium Negara untuk lebih mendekati dan memahami sejarah.

Zaman Portugis 

Background  Kota Melaka

Ufti ke negara Siam.. Bunga emas

Bendera Malaysia yang pertama 

Tingkat atas sebelah kanan pula adalah zaman penjajahan... Semua lah dari Belanda. Sampai lah Jepun dan sampai lah British balik... Tak mo tulis pepanjang... Silalah pergi dan selami... Sebab kenapa dijajah semua ada disini dan asal usul getah serta pokok  kelapa dan juga bijih timah... 

Okey next pasca nak merdeka... Tingkat atas sebelah kiri pula... Penubuhan Malaya Union, kebangkitan untuk merdeka dan ada juga di sajikan video bagaimana dan usaha untuk merdeka.. Nanti korang tengok gambau yang diambil yer... 

Panas lit lit

Semoga sampai lagi kat sini.. ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga generasi hari ini memahami apa erti merdeka dan harus lah mengekalkan kemerdekaan yang dibina atas usaha generasi yang lepas... Kita harus bersyukur negara kita aman dan makmur serta damai serta menjadi tumpuan pelancong seluruh Dunia... Aminnn๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

Next pergi mana lepas ni
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ