Followers

Monday, 9 December 2013

apa ade kat WWW.NILE.COM.MY

I just come back from blogwalking fatin liyana//http://honeykoyuki.blogspot.com/ yang famous tue...
kay entry terbaru dia ader buat pasai shopping online kat www.nile.com.my yang murah dan cantik gile-giler ..( i pon jagi giler tgk barang -barang yang ader kat dlm nie okew... pitam jap... oklah geng
kalo u all minat ker pi kat website tue ...

Nile.com.my:Malaysia Shopping Online for Apparel, Bags, Shoes and more !
macam-macam adew ...
bak kata  fatin liyana ...website yang menyebabkan dompetku menangis ... hahaha memang dommpet menangis  tapi hati suka sbb dpt barang yang cantik dan lagi lawa-lawa dan lagi murah-murah ...

'dah beli dah some item kat sini ... gambar ambik kat website dia ... huhuhu..korang dah terjah kew website nie... terjah tau ... rugi tak pi shhopping kat sini ... nak google gambar jap...

Slim fit long sleeve tshirt (yellow) RM18.80 fit long sleeve yellow
 Loose knitted blouse (black) RM31.80 knitted blouse black


Website : www.nile.com.my

Hotlink : 1700-818-400 (panggilan dicas pada kadar biasa)

Email : enquiry@nile.com.my

p/s: dlm diam senyum sesorang ..mmmm memang kena beli nie... kira budget dulu beb... tgk semua bil dah bayar ke,, duit rumah , cukai pintu, cukai tanah , cukai harta...  duit keta, moto . mainatenance lain lagi ,,, waaaaaa memang nangis betui sampai banjir ... huwaaaaaa

Saturday, 7 December 2013

Naruto Shipuddden Animate from Japan

Naruto
waaa... nie lagi satu animate yang aku kira setiap episod ade kat umah aku ,,,, ko bayang kan dari episode yag pertama sampai sekarang tgh berperang dengan ... gempak tu ,,,
tp tuelah x habis-habis lagi ceritanyer ... tgh tunggu next episode ... citer nie cepat abis kat pasaran tau ... susah nya nak dptkan cd nyer ...



kisah seorang anak yatim yang cuba untuk menjadi deorang hokage dan dalam usaha untuk menyelamatkan rakan dan juga negaranya... wahhh ... walaupun ini cerita animasi ,,,, wa x pernah lepas peluang nak tgk setiap episode ,,, 
dari kecil ...orang tak suka sbb org tgk pelik (realiti hidup), rakan pon tak ader, selalu dok sorang-sorang dan buat kacau untuk menarik perhatian org ramai ,,, jalan cerita memang terbaiklah... pas tue bila dah berkawan , semangat cintakan rakan seperjuangna dan sanggup mati demi rakan ,, inilah yang patut dicontohi ,, zaman sekarang nie plk kawan ketawa bukan main ramai lagi bila time menangis ,,, dok sorang-sorang ... realiti hidup ;)
berguru dengan tuan Jiraiya dan dpt membina sedikit kuasa yang ader padanya ... bermulalah pengalaman yang melucukan Naruto dan sensei ... kalau nak tahu kena lah tgk ... ceritanya panjang bebe... aku pon lum abis lagi tgk ..
bab untuk menjadikan dirinya seorang Hokage .. nielah aku rasa yg patut dicontohi m dari seorng yang tida apa-apa (nothing ) okey, dia sedikit demi sedikit mengejar cita-citanya dan telah menjadi kebanggaan bagi negara nya ... sedih bila sensei dia mati ... tp aku harap sensei dia hidup ... mungkin nanti akan muncul last episode ,,, tp sakarang kan tgh berperang tp sendei nya x keluar juga ,,,, confirm dah mati kan ...
 ok lah citenyer panjang ,,, nanti kalo aku ader masa aku update lah yer ... kalao tahap kemalasan aku melampau tue ... maknanya x lah okew ...
ok cau dulu ...

byeee

Animate fairy tail (Japan)



~Fairy Tail ~

Fairy Tail nie ... ceritanya sangat bagus dan meransang otak kita dan juga menghiburkan , disamping dapat belajar bahasa Jepun ,kita juga dpt belajar culture dan juga semua gambaran dalam fairy tail sanagat cantik ..
sbb tue lah aku semua cerita animasi Jepun aku suka .... selain gambar yang dilukis nyer sanagat cantik dan kawai... aku sukalah semua nyer yg dtg dari Jepun ...

Watak Natsu yang power dan kelakau sanagat menghiburkan ....
Lucy yang cantik dan ayu.... dan juga seksi ....
semua watak lain juga yang aku rasa sangat comel dan menarik...




so , semua peminat animasi dari Jepun jangna lupa teruska menonton cerita ini ...
semua gambar credit kat en.google

daaa...



Friday, 6 December 2013

2013 Flood (Banjir Pantai Timur )

'Lets us pray to them '

Time ujung tahun jew mesti banjir malande kat Pantai Timur .. include , Kelanatan , Terengganu ,
Pahang , include jugak Johor (selatan okey) Melaka pon kena tempias jugakk,,
dulu  masa dok Panatai Kundor memang merasalah situasi banjir nie,,, tak tahan beb nak mengemas umah dan segala bagai isi umah tue... sebulan belum tentu abis tau .. sbb tue aku lagi kesian kat kawan-kawan kiter yang sekarang sedang menanggung musibah banjir terutama kawasan yang terjeas teruk di Kuantan ... semoga bertabahlah yer mengharungi ujian yang diberikan ...
aku pon pernah merasa banjir tp tidak lah seteruk itu ...
semoga musibah ini cepat berlalu ...
p/s: tolong perhatikan anak-anak kita, jgn benarkan depa main air... longkang sekarang semuanya besaq-besaq.. dan lagi arus ir plak laju ...
jaga anak-anak kita ...

Wednesday, 4 December 2013

6 Faktor menjadi JUTAWAN! Oleh Irfan Khairi

6 Faktor menjadi JUTAWAN!
Oleh Irfan Khairi


Menurut buku the Millionaire's Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 6 faktor utama kejayaan seseorang jutawan.


1. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri


Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.


2. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi


Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.


3. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi


Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi "Leaders are readers", mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain
4. Mencintai karier dan perniagaan
(seperti yang disebutkan dalam video terkini saya di YouTube di bawah!)


Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira  penat lelah.


5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain


Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.


6. Berdisiplin


Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah "boss". Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan. 

Maintenance Kehidupan Sekarang ? !!

as salam ,

pagi yang sejukkk .. mmmm .. nie lah kehidupan yang
penuh dengan ranjau dan onak duri... berduri... berdarah ker  kena cucuk duri ? hikkk.. apalahhh
semakin hari semakin banyak yang perlu dibayar denga harge yang cukup tinggi untuk meneruskan
kehidpan di muka bumi nie.. buka matanya kena bayar,,, buka mulut kena bayar .. semua hage naikk
pening oiii ,,,, aku bukanlah prejudis tapikan aritue... bila minyak petrol naik ,,, aku leh sabar lagi
,,, pastu bila gula naik .. aku nik melenting sorang-sorang... sekarang tarif electrik lak naikkk ...
tapi aku tgk rakyat Malaysia tenang jew ... setenang-tenang air dikolam,, tak berdetik atau tercuit pon .. maka aku fikir sendirilah .. ini aku pikir tau .. bukan org lain...
rakyat Malaysia nie semua nya tergolong org yang kaya-raya ..tp aku nie golongan yg sederhana,,, makan gaji jew beb .. ko keje ,,dpt lah gaji ,, ko dok umah ,,, x dpt apa-apa pon ... mcm mana nie ...
la nie memang ekonomi bagus ... bagus utk org laaa. tp aku ... semakin hari kos hidup aku semakin tinggi beb... sbb tue aku tgh cari keje sampinagan (huhuhuhh) sampingan kan ...
supaya aku dpt membayar segala mak nenek yang patut dibayar dengan harge yang mahal..
okew lah rasa malas lah nak menaip  !!! la nie kat office ... ade lak kena tangkap ngan
boss sbb buat keje sampingan ,,,,, hahahahah
cau dulu .. pekena kopi jap... sejuk woi...

Tuesday, 3 December 2013

Susun Atur Kat Dapur konsep IKEA !

A big thanks to IKEA for great ideas...

Konsep by IKEA ---just 4 sharing and knowledge : option mybe for references...

Untuk menyusun dapur anda supaya terdapat cukup ruang untuk semua benda dan masih mudah dicari, anda tidak perlu berusaha keras. Pelengkap dalaman boleh membantu anda memaksimumkan kapasiti dalam kabinet dan laci dan barang-barang tersusun rapi. Dengan menggabungkan pelengkap yang berbeza, anda boleh menghasilkan sistem storan peribadi yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Susun atur dalaman

Jika anda perlu menjangkau terlalu tinggi atau membongkok terlalu kerap untuk mendapatkan barang-barang penting, ini mungkin disebabkan ia diletakkan di tempat yang tidak sesuai. Penyelesaian storan seperti laci yang boleh ditarik keluar sepenuhnya dengan penghadang boleh laras membolehkan semua barang nampak sepenuhnya, mudah untuk mengambil barang yang diperlukan dengan cepat dan mudah walaupun diletakkan di bahagian belakang.
 

Ini adalah beberapa petua berguna untuk anda apabila merancang cara untuk menyusun atur bahagian dalam dapur anda.


Storan

Almari barang runcit
Almari barang runcit memudahkan untuk anda mencari dan mencapai barang-barang di dalam kabinet dalam. Pastikan terdapat cukup ruang di sekitar almari supaya anda boleh mencapai dari kedua-dua belah.
Menyimpan periuk dan kuali berat berdekatan unit memasak.
Gunakan laci atau bakul jaring yang boleh ditarik keluar agar barang mudah dicapai.
Menggunakan ruang pada kabinet penjuru
Pelengkap dalaman di penjuru menggunakan kebanyakan ruang yang ada.
Gunakan ruang di bawah ketuhar anda
Laci di bawah ketuhar adalah untuk menyimpan dulang dan periuk.
Gunakan ruang di bawah kabinet anda
Laci ketapak adalah berguna untuk menyimpan barang yang tidak digunakan setiap hari. Untuk sebab-sebab keselamatan, jika laci digunakan untuk mainan kanan, letakkan jauh daripada unit memasak.
Gunakan ruang di antara para
Seltan laci dengan ukuran dalam yang berbeza menggunakan ruang secara bijak.
Maksimumkan ruang storan di dalam kabinet
Kombinasi bakul yang dipasang ke pintu dan para cetek menggunakan ruang dengan efisyen dan barang-barang boleh dilihat secara menyeluruh.
Simpan beg plastik di tempatnya
Storan untuk beg plastik atau benda-benda lain boleh dipasang di bahagian dalam pintu kabinet atau di tempat yang perlu.


Memasak

Simpan rempah, kutleri dan peralatan tersusun rapi.
Gunakan rak rempah, dulang kutleri atau penyekat laci.
Pinggan teratur apabila laci dibuka dan ditutup
Susun bertindih di dalam bekas pinggan di dalam laci .
Dulang kutleri
Cipta penyelesaian sendiri menggunakan dulang kutleri dengan penyekat boleh laras.


Mengasingkan sampah

Letakkan tong sampah di bawah sink
Ia menjadikan penggunaan ruang yang efektif, mudah dicapai dan membantu mengelakkan tumpahan di atas lantai. Sesuaikan saiz dan jumlah bekas sampah mengikut saiz isi rumah dan undang-undang mengasingkan sampah dan kitar semula.


Membersih

Menyusun peralatan mencuci yang besar
Gunakan pelengkap dalaman untuk menyusun pengelap dan hampagas anda. Oleh itu mudah untuk anda mengambil dan meletakkannya semula.

Susunan pada dinding

Adalah anda letih mencari di dalam kabinet dan laci untuk barangan harian di rumah? Adakah atas meja kerja anda kerap tidak terurus ? Oleh itu lihat pada ruang di dinding. IKEA menawakan pelbagai gaya dan fungsi aksesori storan dinding. Ideanya mudah, tidak menghalang dan amat efisyen. Rel gantung dan aksesori memberikan anda banyak storan tambahan tanpa menambah ruang. Anda merasa kagum betapa banyak barang yang boleh disangkutkan dari satu rel. Daripada pisau, peralatan memasak, periuk dan kuali ke rak rempah, rak pinggan dan juga taman herba mini. Semuanya mudah dicapai dan boleh didapati serta merta apabila anda memerlukannya.