| 5 Waktu Yang Sesuai Untuk Makan | |||||||||
| Published on | |||||||||
| September 11, 2013 |in TipsOleh Resepi Mudah | ? | |||||||||
| 1. Sarapan pagi | |||||||||
| Sarapan pagi sekitar 8 pagi atau dalam masa 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun dari tidur. | |||||||||
| Selepas tidur selama 6 hingga 8 jam, sarapan pagi amat penting untuk menambah kembali paras | |||||||||
| gula di dalam darah. | |||||||||
| Selain untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sarapan pagi juga membuat otak kita lebih | |||||||||
| cergas dan cerdas. Seeloknya pilih makanan tinggi kandungan karbohidrat kompleks seperti kekacang | |||||||||
| , oat, bijirin gandum, | |||||||||
| buah-buahan dan sayur-sayuran. | |||||||||
| 2. Makan tengahari | |||||||||
| Makan tengahari sekitar 12 tengahhari atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas mengambil sarapan | |||||||||
| pagi. Makan tengahari amat penting kerana kita memerlukan banyak tenaga untuk melakukan | |||||||||
| aktiviti seharian. | |||||||||
| Seeloknya ambil makanan yang seimbang dengan protein, karbohidrat kompeks, lemak baik | |||||||||
| (lemak yang tidak di proses serta bebas daripada bahan kimia sintetik) dan serat. | |||||||||
| 3. Minum petang | |||||||||
| Minum petang sekitar pukul 3 petang. Makanan yang baik untuk minum petang seperti bubur bijirin, | |||||||||
| salad buah-buahan, kacang, yogurt buah-buahan, | |||||||||
| dan sup sayur-sayuran. | |||||||||
| 4. Makan malam | |||||||||
| Makan malam sekitar 6 petang atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas mengambil makanan ringan | |||||||||
| ketika minum petang. Makan malam yang seimbang mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan | |||||||||
| lemak yang baik. | |||||||||
| 5. Snek lewat malam | |||||||||
| Snek lewat malam boleh dinikmati sekitar 9 malam atau 1 jam sebelum tidur. Pilih makanan yang | |||||||||
| rendah kalori tetapi tinggi kandungan nutrien. Elakkan daripada minum kopi atau minuman tenaga. | |||||||||
| Seeloknya minum | |||||||||
| segelas susu, air putih atau jus organik untuk tidur lebih lena. | |||||||||
Followers
Wednesday, 13 November 2013
5 Waktu Yang Sesuai Untuk Makan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment