Assalammualaikum Dunia ;)
Cerita Icha
Rasanya tidak pernah aku cerita detail pasal anak-anak , entry ini untuk mengimbau kembali keletah-keletah anak-anak yang telah membuat bahagia, gelisah , risau , takut dan bermacam-macam lagi perasaan dan juga untuk ditatap kembali oleh anak-anak bila sudah dewasa nanti ;)
just born
Icha atau kakak adalah panggilan kat
rumah atau nama sebenarnya Nurul Alisha yang telah dilahirkan pada 12 Ogos
.Sewaktu dilahirkan beratnya tidak lah sambai 3 kg pon , hanya sekitar 2.75 kg
... betul ker nie ,,, Memandangkan aku dok Melaka , dah sah-sah lah Icha lahir
kat bumi bertuah ini ;) kalau tak silap waktu tue kita umat Islam dah beraya
dalam dua minggu kot . Kenangan . Biasalah bayi waktu kecil macam-macam dugaan
nya nak jaga depa , al-hamdulillah dah melalui waktu itu .
baru tumbuh rambut after cukur
Dari umur satu hari , Icha tak berapa gemar di pegang oleh orang sembarangan ;) kalau orang lain pegang atau ambil , pasti lontaran vokalnya boleh memecah gegendang telinga . Dia memang kuat jerit .. jadi tak hairanlah sampai sekarang kepetahan suaranya masih lagi menjadi carta juara kat rumah nie . Icha juga suka bertanya ( that's good ) , dan juga ringan tangan nak tolong uminya , paling dia suka kerja kat dapur , pantang nampak umi kat dapur mulalah nak tolong pegang itu , pegang ini , kalut okew.. bukan nya umi tak suka , suka sesangat , tapi tak berapa sesuai lagi dengan umurnya , kadang-kadang takut wei tengok dia pegang pisau , dia ingat mainan agaknya ...
ngan Abang
Pernah berlaku insiden sebenarnya antara Icha ngan adiknya berebut gunting , and the end that tergunting jari ...oooooo dengan darah yang banyak , takut umi masa tue, jari kelingking plak tue ,,,, dah ler jarinya halus , tak boleh bayangkan ... tapi al-hamdulillah , luka kecil ...syukur
my sweet girl
main kapal terbang kertas
Sikap nak tahu tue memang bagus, dan lagi
satu walaupun Icha nie nampak garang, ngan adik dia tetap baik okew, nasiblah
lah Cha , hang kan kakak kenalah beralah , walau kena ketuk , kena hentam kena
debok ngan adik, dia still okew , akan tetapi kalau dah terlalu sakit tue ,
memang akan dengar adik dia menjeritlah ....lagi satu , bila pergi ke kedai ,
kalau kita beli untuk dia , dia akan remind beli untuk abang, adik ...
memang betul lah ..kalau Abang dia ...
tak ingat langsung pon nak belikan untuk dia ;-
well , that's my girl huhuhhu . semoga
bila Icha baca coretan ini , umi harap icha akan tetap jadi kakak yang prihatin
terhadap adik dan juga abang ;-
Cita-cita banyak sebenarnya , masa kat
tadika KEMAS , Icha nak jadi Pilot , masa tadika JAIM nak jadi teacher plak siap ambik gambar lagi ( pilot ) , apa yang Umi
harapkan impian Icha akan terlaksana .
Lagi satu Umi nak pesan , tolong sayang
sikit barang-barang kakak okew , nie tidak , banyak barang dia tak tersimpan ,
pakai biar jew cam tue ...
Sekejap jer Icha dah masuk darjah satu , semoga rajin baca buku dan berjaya InsyaAllah , Papa dan Umi doakan yang terbaik sahaja untuk anak-anak umi ;)
p/s: entry ini untuk kenangan dan untuk dibelek- belek semasa hari tua nanti ;)