Followers

Tuesday, 27 September 2016

109 Jawatan Kosong Kerajaan dengan Lulusan SRP / PMR / PT3

Assalammualaikum Dunia ;)
Sudah Selasa hari nie, korang dah tengok iklan tak ? Haaa kerajaan dah advertised kan ade banyak kerja kosong dalam kerajaan dan semua rakyat jelata digalak kan memohon .

Jangan risau , kalau anda bukan lepasan dari Universiti , ini kerana , jawatan ini hanya memerlukan anda lulus dalam SRP / PMR / PT3 sahaja .

1) Pembantu Awam

 2) Pembantu Operasi

     3) pemandu kenderaan

Tarikh tutup pada 9 Oktober 2016.

permohonan adalah secara online melalui portal spa.gov.my
 
 

So , apa tunggu lagi , silalah memohon sekarang . Kalau ade rezeki , korang pon boleh kerja kat Istana Negara tau ;) !!!! Bolehlah jumpa orang besau-besau gitew kan .

p/s: Semoga ari ini lebih baik dari Semalam dan akan bertambah baik untuk hari Esok !!!

Monday, 26 September 2016

Ke Korea with Personal Guide Tour

Assalammualaikum Dunia ;)

Sape sini  suka tengok Korea Drama ? Movie? KPOP? Korea People ? Korean Artist ? Running Man?

Suka baca entry pasal Korea segala bagai ? makeup pon nak macam ala-ala orang Korea kiut miut muka licin bak sutera ? pas tue teringin nak pakai baju Korea ?

Ok , kalau salah satu termasuk dalam list korang, memang sah- sah lah kita nie memang Korea Fever and Korea Fan lol !!!

Meh sini nak habaq , la nie kimfad ade wat tour so boleh pilih mana satu idaman kalbu yer ,

kalau nak detail sila klik kat bawah ;-



Pakej Seoul + Jeju 7 Hari 6 Malam

#kimfadtourguide which is 7D6N

 
So, ready to go on a trip with kimfad? PM/email us for more details on our FB page: Ke Korea Kimfad // kimfadtravelmate@gmail.com // Follow us on Instagram: @kimfadtourguide

 
p/s: satu hari nanti nak touch down kat sini juga ;)

Friday, 23 September 2016

Moment indah naik TUK-TUK dengan Jari Manis

Assalammualaikum Dunia ;)

Wallahi aku sebenaqnya tak kenal pon Jari Manis secara real , aku kenal pon secara tidak sengaja waktu itu kegilaan aku terhadap kisah travel amat dahsyat dengan menggoogle kisah-kisah travel , memandangkan aku suka baca kisah-kisah sebegini untuk rujukan sendiri , maka banyaklah blogger travel yang aku godek-godek untuk mencari ilmu disamping melihat gambar-gambar ;) ,.

 
header blog empunya Jari Manis
 
Dan dengan tak sengaja nya aku telah menggodek Jari Manis punya blog, bermula kisah negara 4 musim ..yaaaa semestinya kisah beliau kat Korea lor ... ralit tau baca kisah beliau like you always behind her with one team ... real tak real aku punya amagine kan ')

Lepas itu , aku sesaja komen , sebab kat situ banyak sangat orang bagi komen dan beliau plak reply satu persatu .. haaaa gigih tak Jari Manis nie.... bila situasi jadi begini , aku jadi sangat happy ...dan pulak bila aku perasan , siapa yang komen banyak , nama nya akan appear kat bloglist komentar , haa , eh bagus nie .... aku pon apa lagi dengan selambanya telah komen , dengan harapan , aku akan menjadi salah seorang list kat situ ... bila ini terjadi.... aku sangat suka lah oiii , ...

                                                 sakura season on Melaka (pic tiada kaitan)
Si Jari Manis pulak setiap bulan memang akan memberi penghargaan kepada pengomen tegar beliau , dan buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku , banyak komen telah dilontarkan dalam komentar bulan Julai kot , kalau tak salah , ...

 
Dan pada satu hari yang cerah , kelihatan burung berterbangan menghiasi dada langit yang putih membiru , kedengaran bunyi motosikal menghampiri pagar rumah , dan ketidak sabaran penghuninya , dengan pantas berlari melihat apakah kandungan dalam peti surat ....waaaaaa sepucuk sampul surat bewarna coklat yang dihisi setem bunga raya bewarna kuning beharga RM0.80 yang telah di cop PUSAT MEL KERAJAAN PUTRAJAYA  . Eh... sape ek yang hantar nie, dengan rakusnya penghuni telah menggunting sampul surat tersebut dan ohhhh ... nie mesti JARI MANIS nie ....awatlah penghuni fikir lagu tu,  sebab sebelum nie penghuni tersebut telah baca pasal travel Jari Manis naik TUK TUK kat Thailand maa...  maka bermulalah pengembaraan cikbunga menaiki TUK TUK ngan JARI MANIS .. SEKIAN .
 
 
                                           nielah dia TUK-TUK  , jom naik with Jari Manis

p/s: Entry nie panjang berjela ... sila skip kalau tak mo baca ... nie tanda ingatan cikbunga pada Jari Manis yang sentiasa manis selalu ;)

Thursday, 22 September 2016

REVIEW TRAIN TO BUSAN by CikBunga

Assalammualaikum Dunia ;)

Nie Filem wajib tonton tau !!!!
Hallo  dan annoyoso ... pelik plak bunyi Korea kitew  ...

Review kali ini berkisar filem seram Korea .... korang suka tak tengok citer hantu ? selalunya kalau Japanese hantu pasti yang keluar dari cermin tue kan ... aku pon layan kan jew , tak kisah lah hantu dari negara mana pon aku tengok jew ..hahahahaa ..
 
                                                            watak utama TRAIN TO BUSAN

So untuk kali ini , sebuah genre seram dari Korea Selatan telah menyerang kat semua pawagam tanahair , dengan dibarisi para pelakon yang agak hebat juga , memang membuatkan mulut masing-masing menjerit-jerit bagai histeria .... padahal hanyalah zombi jew pon .... tapi dia punya sound effect tak leh tahan tau ...
 

                                       Gong Yoo and anak dia dalam TTB (Train To Busan)

Korang tengok tak drama Coffe Prince ? haaa hero dia lah yang jadi watak utama , dulu muda remaja , sekarang dah nampak sikit matang jew but still handsome okew ;)
 
 

Kisah hero Coffe Prince Gong Yoo yang menjadi watak utama bersama anak perempuanya menaiki train unutk ke Busan berjumpa dengan ibu..(budak perempuan ni dok ngan apaknyer ) mak apaknyer dah separate gitew.... so , untuk celebrate birthday anak dia, si ayah ingin anaknya bertemu dengan ibunya .... Hero nya mesti lah handsome kan , dah lah tinggi , cukup pakage segala bagai...



Dalam train itu , ade seorang telah dijangkiti virus zombi , maka bermulalah episode yang agak mendebarkan , sebab si zombi nie akan gigit orang yang tak dijangkiti... pandai plak tue... pilih yang normal jew yang dah dijangkiti dia tak nak serang plak ....

 
 Setiap episode pon best , sebab dalam train ini , kita leh tengok bagaimana perjuangan ayah untuk meyelamatkan anak , suami yang ingin menyelamatkan isteri , couple yang sanggup sehidup semati dan terdapat juga watak yang kerja nya pentingkan diri sendiri .... sanggup dia gunakan orang lain supaya dia selamat .... tapi dia tak selamat juga .... cian dia kan... korang pon boleh tengok bagaimana cara terdesaknya untuk meloloskan diri dari zombi-zombi ini... dan yang tak boleh blah si ayah sanggup mati untuk anaknya .....sedih bak hang ....
Bila sampai kat Busan plak , memang mendebarkan sebab , station kat sane pon habis kena serang and mayat bergelimpangan cam tsunami gitew, depa kena melalui terowong gelap untuk teruskan perjalanan , depa tak tau pon kat depan ade ape .... suspen tau !!!! kat depan plak ade sekumpulan soldier yang sedang bersiap nak shoot jew sape-sape yang keluar dari sane ... sib baiklah si anak kecil Su An nie menyanyi dan depa tau lah ade 2 mangsa yang terselamat dalam train itu iaitu perempuan yang pregnent ngan budak kecil Su An ... dah tamat.....



Cast

Gong Yoo as Seok-woo

Ma Dong-seok as Sang-hwa

Jung Yu-mi as Sung Kyung

Kim Su-an as Soo-an

Kim Eui-sung as Yong-suk

Choi Woo-shik as Young-gook

Ahn So-hee as Jin-hee

Choi Gwi-hwa as the homeless man

Jung Suk-yong as Captain of KTX

Ye Soo-jung as In-gil

Park Myung-sin as Jong-gil

Jang Hyuk-jin as Ki-chul

Kim Chang-hwan as Kim Jin-mo

Shim Eun-kyung as Runaway Girl

p/s: Box office (sumber Wikipedia)

        As of September 15, 2016, Train to Busan has grossed $99 million worldwide.
       pic ambik kat google jew ;)

PESAN HANIS ZALIKHA PADA ORANG MELAKA

Assalammualaikum dunia  ;)

Sape orang Melaka kat sini ? Ini pesanan  dari Hanis Zalikha ;



 
Don't mess with Malacca ! Melaka menjerit Sabtu & Ahad !!!
 
Bergetar tulang rusuk MOOD REPUBLIK bak datang Melaka lagi weh !!!
 
 
 
 
MOOD REPUBLIK PADA 1 & 2 OCTOBER 2016.
 
INGAT TARIKH INI , INGAT PI MITC MELAKA OKEW  !!!!!
 
 
p/s: ni ambik bolat-bolat kat ig haniszalikha ;)

Thursday, 15 September 2016

THURSDAY BLUES

Assalammualaikum Dunia ;)

Ambik ko , terus dah jadi Khamis bluess , korang semua pi mana cuti sekolah nie ?

cikbunga dok memerap jew kat umah ... tak pi mana pon .... Melaka jew pusing pusing tang tue jew ...

Cuti -cuti nie mesti ramai yang pi bercuti sakan kan , kena plak yang cuti sambung like Raya Haji dan Malaysia day ... mesti ramai yang apply cuti sambung 3 hari ..... wahhhh jadinya jumlah sama dengan cuti sekolah ...kan  senang nak pi jalan-jalan ngan keluarga ...

Well , cam kami yang bekerja ni , kerja laaa selagi terdaya berbakti untuk negara haahahaaaa ... ayat skema memang nak kena lempang ....
 
              
                             picture tiada kaitan dengan cerita yang ditulis harap maklum
 

So kengkawan semua , berhati-hati yer semasa memandu ;) , semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dan selamat sampai kepada keluarga yang tersayang .


p/s: seram tengok berita asyik accident jew ...al-fatihah untuk mereka .

Tuesday, 13 September 2016

#PARALIMPIKRIO2016 - EMAS EMAS EMAS

Assalammualaikum Dunia ;)

Malaysia boleh tersenyum sekarang sebab , sudah 3 butir emas dikalungkan untuk 3 orang anak muda Malaysia , 3 kali lagu Negaraku berkumandang di RIO ....

                                                                   EMAS PERTAMA by RIDZUAN
                                                                   ( pecah rekod paralimpik)
oh sungguh indahnya berlatarbelakangkan keindahan Brazil .... dan paling indah beberapa rekod dunia telah dicipta oleh anak Malaysia ini ..
                                             EMAS KEDUA by ZIYAD                                                                   
                                                                   (pecah rekod dunia )

aku memang bangga dan sangat terkesima bila tengok berita .... ohhhhhh alangkah bertuahnya ibu bapa mereka yang talah melahirkan dan membesarkan mereka dan yang lebih utama mencatat nama nya dalam sejarah Malaysia ....
                                       EMAS KETIGA  by  ABDUL LATIF                                            ( pecah 3 rekod dalam satu malam  wow )

haaaaa tiada kata-kata yang dapat aku ketuk kat keyboard nie selain dari 'ANDA HEBAT' . Tahniah untuk semua atlet paralimpik Malaysia ,PERCAYALAH anda telah membuat Malaysia terpesona dengan anda .

p/s:Tahniah kepada semua team Paralimpik Rio 2016. We proud with u .

Friday, 9 September 2016

NAMA CIKBUNGA DI GREAT SERPENT NAG IN SONGKLA

Assalammualaikum Dunia ;)

Apa khabar mu disana , lama sudah tak berjumpa . Kirimlah berita mu buat diriku ... apa khabar mu di sana sayangggg   hahahhaa... lirik dah lupa ... harap semua nya sihat ..

Walaupon sekarang Negara sedang dilanda virus zika , diharap semua  akan sentiasa berwaspada dan menjaga persekitaran tempat tinggal masing-masing ...

Nak bagitahu  , cikbunga baru jew balik dari Songla , Thailand poyo betullah... hahahahahah betul lah ....

terima kasih kat JM a.k.a Jari Manis sebab awak dah bawak cikbunga pi mengembara bersama ... sangat touching okewww , selalu jew tengok nama orang lain ,,,,, so akhirnya dapat juga menjadi sebahagian dari team .....



See see .... ahaaaa .. tersangatlah poyo kan kan kan ;)

p/s: Salam aAidiladha & selamat menjalani ibadah korban semua

       pst pst cik bunga harap JM x marah sebab ambik dari blog beliau ;)