Followers

Monday, 29 February 2016

Sushi , Aiskrim Sumi dan Mee Goreng

Assalammualaikum semua ;)

Pada suatu hari yang cerah , angin bertiup dengan kencangnya dan juga cuaca panas yang sangat membahang , telah menggerakkan kedua-dua kaki ku ini ke ruang dapur untuk mencari bahan dan idea membuat makanan untuk anak tekak ini ... mata meliar mencari sementara kedua-dua tangan menguak daun pintu ais ...
 
 
Aiskrim Sumi
Aiskrim coklat & anggur (black berry)

hahahahaaa dah jumpa detik hatiku ketawa girang , apatah lagi aku baru sahaja melihat resepi yang menjadi viral hahahaaa yaaa resepi pun mudah dan bahan nya ada didepan mata ..
maka dengan kedua-dua tangan dan otak aku memulakan operasi ... oohhh yaaa, ada kepingan Nori juga ...aku mengambil 1 cawan beras untuk ditanak dengan air yang terlebih sedikit supaya nasi yang akan dimasak menjadi lembik sedikit sebab aku tidak ada beras untuk membuat Sushi....dan bahan -bahan yang akan digunakan adalah telur dan juga hirisan ketam ...senang jer kerja nya moh kita tengok gambar nya kawan-kawan ...

 
Sushi Express ;)
 
 
Dan untuk menutup hidangan pulak , kedua-dua pancaindera mata ini , terpandang akan adanya mee ...taugeh, lobak merah, ikan bilis dan beberapa ketul bawang merah dan putih ..... apa lagi kita bikin mee goreng , pecah telur dan taruk kicap .. buat sedikit basah-basah....
 
 
wahhh marbelasss untuk tekak den ;) lepas tue , leh lah buat air teh o panas ,, dan tambah ler beberapa ketul ais sebab cuaca panas kannnn .... maka dengan tenang suapan demi suapan masuk ke mulut kuuu... dengan tidak semena -mena ribut dan angin kencang disulami dengan terikan pekikan dari arah hadapan ruang tamu ... oooohhh dah bangun rupanya tomei dak Umiiii ... hiiiih maka dengan sepantas kilat, baru jew nak makan sambil verangan ... memang betul lah dak bertuah nie telah melenyapkan angan -angan Umi koooo .. sekian cerita untuk edisi Sushi, Aiskrim Sumi dan Mee goreng ...  dah jom sambung buat kerja , walaupon hari ini hari Isnin . namun masa terus berlalu tidak kira hari ini hari apa dan apa yang ada dalam fikiran kita ;)
 
 

Tuesday, 23 February 2016

Kejadian Hujung Minggu

Assalammualaikum semua ;)

Kejadian nie dah lama dah berlaku , baru sekarang nak up entry hahahahahaaa , jangan lah marah yer ...
Pada suatu pagi yang indah ,semasa sedang leka menyapu sampah , tiba-tiba si Abang kata "Umi , kita dah lama tak keluar kan ? bosan lah asyik dok rumah jew " haaa ambikk ko ayat tak menahan , iyer ker dah lama tak keluar rumah , memandai jew jew dia buat ayat,,, oooo tahu bosan pulak tue ,,, budak-budak zaman sekarang ..
                                              
Dan juga hujahan itu telah mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari adiknya , " ya lah Umi kita dah lama tak tengok wayang , jomlah Umi " wahhhh ayat memujuk pulak yang keluar ... baiklah anak-anak semua , jom bersiap , mari kita memulakan perjalanan hahahahahaha..
                                                  
                                                ambil pic kat bus stop dulu untuk kenangan
 
 Kami sampai kat Aeon Bandaraya dalam pukul 12 tengah hari cam tue lah ... tengok listing movie untuk tontonan anak-anak semua , haaa nasib baik ada cerita untuk bebudak ... jom kita tengok ALVIN & CHIPMUNKS : THE ROAD CHIP

Cerita nya ok untuk anak anak semua, part yang paling best bila Chipmunks nie menyanyi ler ... budak -budak pon turut menyanyi mengikut rentak alunan muzik , meskipun kedengaran hanyalah dibahagian hujung-hujung jew ... so far mereka enjoy ...diorang memang enjoy jew kalau pi jalan-jalan , makan -makan dan yang paling best part belian mainan , haaa memang akan duduk lama kat bahagian nie... sampai Umi pon naik bosan ....
                                              
Dijadikan cerita , sebelum melangkah masuk , dah siap-siap bekalan untuk diorang dengan makanan dan minuman supaya mereka mempunyai aktiviti didalam panggung .. hahahahah ...

 
Bila tayangan selesai , apalagi kami pun serbu lah tempat yang ada makanan ... iyaaa, semua dah minta makan .. jom, jom , jom kita makan dulu .... sambil makan kita layan internet yer ....

                                       lepas abis makan , bersantai jap , layan wifi hihihihihihMaka tamatlah sudah kisah kami pada hari minggu yang dah tak ingat bila ....;)

Friday, 19 February 2016

Museum Art Di Melaka

Assalammualaikum ..

sebelum memulakan entry ini , saya harap semua kengkawan sihat dan gembira disamping keluarga yang tersayang .
Apa khabar orang Melaka ? Melaka baik jew ;)

Melaka memang terkenal dengan sejarahnya dan disebabkan Melaka jugalah maka , Tanah Melayu yakni Malaysia yang dikenali sekarang menjadi daya tarikan dan tumpuan para pedagangan dan juga para saudagar yang ingin berniaga di Melaka.  ...

Maka tersebutlah kisahnya pada suatu hari yang indah , telah diperlihatkan ke mata manusia akan kekreatifan akal manusia dalam menghasilkan seni yang amat memukau (yakni mengambil idea dari luar kalau tak silap cikbunga) , maka dengan itu terhasillah Museum Art di Kota Melaka yang bertuah ini .... marilah kita tengok sikit gambar nya yaa...








berapa harga tiket dan kat mana nie ?  meh cikbunga nak bagitau naaaa , Museum Art nie terletak kat
Melaka's Bayou Square

harge nyer pulak untuk kanak-kanak umur 2 tahun hingga 11 tahun  - RM 20
                                                      untuk dewasa 12 tahun dan keatas - RM 25

Apa lagiii , wahai rakyat jelata marilah bersama-sama merasai kehebatan Museum Art 3D ini .wallahhh .

sedikit perkongsian dari hamba ;)

p/s: pic credit kat groupon .. sekarang ade promosi sila layari gropun untuk tawaran terhad ini !

Friday, 12 February 2016

Cerita Bulan February

Assalammualaikum semua ...

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat yeeeeeaaa... untuk itu mari lah ronda ronda ngan cikbunga sempena bulan February ini yang dah nak masuk pertengahan bulan ..

Okew, sempena February adalah bulan kelahiran cikbunga hahahahh


kek yang lagi satu tue mase bulan January lepas ...sempena my bujang birthday ...

                                       kejadian di kedai mamak hollaaaa
 
kejadian sehari sebelum chinese new year .. antar kak wat umrah ...


p/s: pssst hujung bulan nie juga rombongan nak ke negeri 3x3 ... semoga dipermudahkan



kenangan hari pertama icha masuk darjah satu ......huhuhuuhh 

Friday, 5 February 2016

Sekitar View Cameron Highland

Assalammualaikum ;)

Dah February sekarang .... cikbunga pon dah lama tak mengupdate diari kat sini , untuk itu , marilah lah kita sama-sama menenangkan fikiran unutk melihat view yang ada di Cameron Highland tue ;)
Pernah suatu ketika dulu kala cikbunga mengimpikan untuk tinggal bermastautin di Cameron Highland sebab kawasan Tanah tinggi kan ... sejuk kan... rasa cam dok kat oversea hahah a










 
p/s: terima kasih kat Abang saya (Alang sebab hantar gambar yang ohseme .... nanti cikbunga pergi melawat Alang kat sana yer ;)