Followers

Thursday, 14 April 2016

MELAKA WATSONS SALE !!! 14 ~ 17 APRIL 2016

Assalammualaikum dunia  ;)

Sekadar perkongsian , bagi penduduk-penduduk negeri Melaka , aku nak khabarkan berita gembira yang pasti membuat korang tersenyum .

Kenapa yer , sekarang sedang berlangsung jualan murah di Watsons hanya untuk cawangan Melaka sahaja , sebab ape yer ... jualan murah ini adalah sempena menyambut Hari Melaka Bandaraya Bersejarah , korang yang merancang bercuti di Melaka juga boleh shopping  mana-mana cawangan watsons ;)

Jom kita tengok ape yang murah tue ?
 
p/s : Esok 15 April Melaka cuti yer kengkawan ;)


Drama TV Lee Kwang Soo - It's Okay, That's Love

Assalammualaikum dunia  ;)

Dalam episod kehidupan kita ini umpama satu perjalanan yang sangat panjang sebelum sampai ke final destinasinya . Dari pada tiada sesiapa pon  yang kita kenali , melalui perjalanan itu kita dipertemukan dengan pelbagai watak-watak kehidupan yang akan menjadi sebahagian watak utama dalam kehidupan kita seharian .

Intro apakah ini ??? Haaa ceq nak habaq , la nie untuk slot ChamSarang korean drama kat TV9 or saluran 119 ade citer baru yang ganti previous drama iaitu It's Okay, Thats Love ;)

pelakon utama
 
Apa yang menarik perhatian aku adalah bukan pon watak utamanya , akan tetapi akan watak sampingan yang dilakonkan oleh Lee Kwang Soo yang menarik perhatian ;)

Kenal tak Lee Kwang Soo or Girin (zirafah) of course lah you all kenal kan , King Of Asia kan , kan kan ..

yang pasti sangat menghiburkan kerana dengan mimik muka jew dah boleh buat kita ketawa tauuu !!! punya lah dasyat penangan girin nie .

Ok , dalam drama nie  LKS jadi house mate kat 2 watak utama dan satu lagi watak sampingan , LKS bekerja dekat  kedai coffee shop berhampiran dengan rumah yang disewa . So sweet sesangat tau... korang apalagi tengok laa citer nie yang bersiaran pada pukul 6.30 pm till 7.30 pm ... akan tetapi jangan ler lupa waktu solat tauuu ... so , apakah intipati jalan ceritanya yer kengkawan , aku pon baru jer tengok tetapi bukanlah lah terlalu fanatik sangat sampai tak gerak -gerak dari tengok tv , just nice jer cerita nya , time masak , masak juga ikut sambil lalu jer boleh tak cakap cam gitu ;) time ajar ngaji , ngaji juga , so ikut sekadar di pinggiran sahaja huhuhuhuuuuu
 
 
                                                        Lee Kwang Soo
Yang pasti bila watak LKS muncul , mata akan terpaku kat TV hahahahahahahah... apa laa sangat LKS tu , dah lah kurus renjong , tak der ler handsome sangat , rambut plak tue keringting  ( boleh jer kalau dia nak luruskan ) , akan tetapi itulah dia aura yang dibawanya oleh lelaki ini yang membawa nama LKS. Jom tengok picture LKS sekadar menghiasi di skrin -skrin komputer anda ;)
 
 

p/s: ade plan nak pi Singapore just for merewang ngan kengkawan ... moga dipermudahkan        segala urusan  ;)  credit picture to google

* renjong -tinggi

Wednesday, 13 April 2016

Benarkah Begitu ?


Assalammualaikum dunia  ;)

ENtry ini adalah lahir dari pemerhatian aku yang datang ke klinik kesihatan baru-baru ini ;-
Keindahan suasana di sebuah klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan yang agak baik juga dari segi prasarana dan juga keramahan dari setiap anggota keluarga klinik tersebut .

                                                                    keluarga bahagia

 Seawal pagi aku telah berada di dalam klinik kesihatan tersebut , namun kulihat kebanyakan kerusi sudah dipenuhi oleh patient yang rata-ratanya terdiri dari warga tua , wanita mengandung, kanak-kanak dan juga beberapa orang yang terdiri dari baya-baya macam aku jer . ehh 

Mungkin sebab cuaca yang panas la nie , ramai orang jatuh sakit lol ,...

AKU memerhatikan setiap patient yang baru sampai hendaklah mendaftar dikaunter dan disana mereka akan dikelaskan mengikut zon atau kawasan . apabila dikenal pasti zon anda, sila tunggu mengikut giliran atau nombor akan di panggil nanti . ok ...

saat keluarga gembira
 
Semakin lama, semakin ramai pulak yang hadir disini , mungkin dekat dan faktor kewangan lagi satu . kalau pergi klinik berbayar, duit ubat jer dah tentu 30 hingga 40 hinggit , mengikut kes dan kategori kan.

Mari saya ceritakan perihal yang berlaku disana , dari pemerhatian mata aku yang sepet ini , kebanyakan kes warga tua yang datang adalah bersama suami , atau anak yang bawa dan tidak kurang juga yang datang seorang diri , dengan bertongkat lagi , jalan pun aku tengok tidak berapa nak jalan (maaf andai ayat nie macam tak betul jer )

                                                                      seorang diri

Dan kebanyakan ubat yang meeka ambil dekat farmasi adalah ubat DARAH TINGGI dan KENCING MANIS , inilah penyakit yang makin menular dikalangan warga Malaysia dikala ini .

Hati mula terdetik , Ya Allah , kasihannya , mana pergi anak diorang nie , tak ikut hantar mak depa ker pi klinik ..ada warga tua tue aku nampak siap pimpin cucu lagi baii .

masih ade yang saying
 
Depa tak ingat ker semasa kecil , tidak kira sihat atau sakit siapa yang selalu membawa mereka kehulu kehilir dengan penuh kasih sayang ....

p/s: sekadar renungan bersama ;- sayangilah orang tua anda semasa hayat dikandung badan
         picture sekadar hiasan semata-mata

Tuesday, 12 April 2016

DEKO DAPUR IMPIAN

Assalammualaikum dunia  ;)

Apa khabar kawan-kawan ? Cikbunga baru jer lega dari demam , batuk dan sakit kerongkong , kesihatan pun tak berapa nak sihat sangat lebih-lebih lagi dengan cuaca pada hari ini . Sakit ooo kepala dibuatnya dengan panas yang membahang siang malam opppss kat office sejuk sikit hehehehe..

Cikbunga sangat suka kalau tengok magazine or website , Cikbunga akan google bahagian dapur, living room , bedroom, bath room , dan juga bahagian garden ;)

Mungkin sebab minat akan kecantikan dekorasinya boleh membuatkan Cikbunga terleka dengan paduan warna dan juga gubahan setiap inci perabot .

Untuk rumah Cikbunga, masih lagi suci sesuci sewaktu mendapat kunci dari pemaju hahahahaha ambik ko... yaaa betul Cikbunga belum lagi menconteng kan cat atau apa-apa wall paper keatas kediaman Cikbunga .. masih lagi dengan original warna dari pemaju ;)

Ini bukan lah alasan untuk Cikbunga untuk berangan ke ape ker ,,, masih lagi memasang impian dan angan -angan untuk mendeko-deko tak kala melihat geng-geng deko di alam maya yang mendeko rumah mereka semuanya cantik-cantik belaka . sangat memberi inspirasi tauuu ;)

Sewaktu sedang mencari idea dan untuk mencuci mata pada hari ini , Cikbunga terbuka web page IMPIANA dan terdapat beberapa idea deko dapur yang sangat ringkas dan cantik untuk dijadikan panduan dan tatapan . Untuk itu , di sini terdapat beberapa picture yang cikbunga copy paste unutk dijadikan panduan cikbunga unutk satu hari nanti .( tak tahulah bila nak menjadi my dapur nie ni) . Jom lihat picture nya ;
 
 













                                                      picture dari IMPIANA by Wan Erni Liza Md. Izatzi

Oh ya , cikbunga juga obses dengan tatarias dari IKEA , sangat-sangat praktikal dan menarik segala idea yang diberi .
 



 
                                                       sebahagian picture dari galeri IKEA

p/s: sila terjah WWW.IMPIANA.COM & web site IKEA.COM

Friday, 8 April 2016

Hada Labo oh Hada Labo


Hada Labo oh Hada Labo

Assalammualaikum Dunia ;)
 
Jeng jeng jeng , dah Jumaat dah , so sesiapa yang nak pi travel tue , kemas barang sesiap dan boleh fly sesuka hati kat tempat yang di idamkan ;)

Untuk yang tidak ke mana-mana pada hujung minggu ini, apa kata anda serbu Watson dan shopping lah mengikut budget anda ... apa yang menarik yeaa

Ok , cikbunga nak share kat Watson la nie ade promotion dan untuk itu semua barang yang ditawarkan
, so mari kita tengok barang apa yang menarik ... nie ade satu barang penjagaan muka yang sangat- sangat bagus untuk kulit kita semua ;)

apa lagi kalau bukan Hada Labo. ... marilah kita cuci mata dan cuci duit sekali kalau pi Watson yer ...
 
                                             deep clean blemish wash RM 18.8
                                                     hydra & whitening RM 18.8
                                                               whitening face wash RM24.8
                                               moisturizing wash RM 24.8
                                              super hyaluric acid foam RM 39.9
                                                    moisturizing makeup remover RM 48.8

jom cecepat serbu Watson diseluruh Negara , unutk maklumat lanjut , sila layari WWW.WATSON.COM


P/S: semua picture ambik kat websiter Watson .

 

Friday, 1 April 2016

Wordless Friday


Wordless Friday.

Assalammualaikum dunia  ;)

Alhamdulillah , masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini ;)
Ok, sempena hari  Jumaat ini , saja jer aku nak catat catatan hanya untuk direnungkan dan difahami untuk diri sendiri .

Aku nie bukanlah marah ke apa tak niat pon , namun aku rasa segelintir mak bapak sekarang selalu menggunakan anak-anak untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga !!  segelintir okew ..

KES 1

Kenapa plak aku kata lagu tue , nie kejadian berlaku depan mata akhak ok , waktu tue , tengah order makanan kat sebuah gerai , sementara menunggu hidangan sampai , ade dua hingga tiga orang kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 higga tujuh tahun membawa buah-buahan dalam plastik .. antara buah tue adalah , buah mata kucing , buah delima dan juga buah jambu ...


Cuba korang  teka, agak-agak berapa hinggit satu plastik buah tue yer ?
hahahah , sepuluh ringgit tau !! ,tak kan lah buah Jambu 3 biji 10 ringgit !!! Ada lah juga beli atas dasar kasihan kat budak-budak tu , kalau korang , mesti rasa kasihan kan dan juga simpati kan , kan , kan ... pas tue , kami dok tengok perhati , budak-budak nie datang ngan saper kan . .. takut lah juga ada sendiget ker ape ... otak nie kan fikir yang bukan-bukan jer ;)


Rupa-rupa nya datang dengan mak apak nyer , depa dok tunggu kat dalam kereta, anak -anak pula disuruh menjaja .. what this is ? ohh come on dah ... itu satu kes ,
 

KES 2

Lokasi kejadian adalah berhampiran ngan tempat kerja aku okew , aku dah aim kat budak nie lama dah , sebab tiap-tiap petang memang aku nampak dia akan pikul keropok , dan mula menjaja ketika orang balik bekerja , memang lah baik tolong mak apaknyer , tapi ko tahu tak dia seorang diri , ko tahu bapak dia dok tang manA ? haa nie nak habaq, pak dia tunggu dalam kereta kat lokasi yang jauh sedikit dari orang ... Apakah ini ? memang bagus anak-anak menolong keluarga meningkatkan pendapatan tetapi aku rasa macam kanak-kanak tue diabaikan dan di pergunakan  , sepatutnya waktu itu dia berada dalam kawasan sekolah tau , sekolah petang atau dikenali sebagai kelas KAFA .
 

Bagi aku memang desakan hidup pada masa kini amat memeritkan dan memerlukan belanja yang tinggi , akan tetapi sebagai ibu bapa , tugas mencari nafkah adalah tanggungjawab sepenuhnya , janganlah kita mempergunakan anak-anak untuk meraih simpati dan belas kasihan dari oarng ... Walaupun kita mencari rerzeki yang halal, janganlah mempergunakan anak-anak kita sebagai batu loncatan untuk meraih kesenangan atau jalan mudah .. kerana berfikir kanak-kanak mudah mendapat simpati dari orang dewasa ...

Untuk itu , renung-renungkanlah dengan akal yang waras , fikir kat mana kita meletakkan anak-anak kita yang kita sayang di tempat yang sepatutnya ;)

wallah hu alam min sawab .


p/s: hari ni minyak naik !!!@@##$$&&
        picture semua sebagai hiasan tq google !!!!