Assalammualaikum Dunia .
Mungkin berita ini kedengaran biasa biasa sahaja di halwa telinga kita ...malahan kita tidak tahu nasib dan derita yang ditanggung oleh saudara-saudara seislam kita diluar sana .
Etnik Uighur di China .Photo ihsan Google
Kebanyakan isu agama dan ekstrem terhadap Orang Islam adalah kerana fahaman dan ketakutan pemimpin negara itu sendiri ... namun saudara ku yang berada jauh di sana yang ditindas dan di seksa dan dilarang untuk solat, mengajar anak solat serta tidak dibenarkan berpuasa adalah sangat melampau ... inilah yang berlaku kepada kepada orang Islam dizaman kafir quraisy Mekah.
Palestine yang sentiasa bumi nya bermandi darah. photo ihsan Google
Diawal semasa Nabi Muhammad s. a. w menyebar agama Islam selepas diutus menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman ... Ya Allah peristiwa ini berlaku lagi dan kebanyakan disedari atau tidak disedari diseluruh Dunia ... memang berlaku penindasan minoriti terhadap umat Islam dalam Negara besar terutama China ...
Kenapa kita sebagai Islam banyak sangat membeli barang dari China dan menjual balik dalam Negara ... Sepatutnya dengan kerjasama dan hubungan baik Malaysia China akan dapat menyelesaikan situasi ini dari terus berterusan sehingga mungkin akan hilang semua etnik Uighur di bumi China .
Tidak kah China sedar bahawa rakyat mereka juga bertebaran diseluruh dunia dan ada di Malaysia dan diberi layanan yang sama rata serta kehidupan yang baik dan dengan bebas melakukan ibadah ajaran agama mereka tanpa sekatan ? Ini yang harus dipandang dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesedaran untuk membina dunia yang bebas dari kecaman dan ancaman serta pembunuhan dan pelupusan etnik . Tidak hairanlah di Mynmar pun masalah yang sama juga berlaku terhadap umat Islam .
Syiria yang bergolak .photo ihsan Google
Rohingya yang ditindas . photo ihsan Google
Harapan agar ada sinar untuk etnik Uighur di China menjalani hidup seperti manusia yang biasa yang bebas melakukan aktiviti dan ajaran agama.
Wahai saudara ku di sana .. hanya doa yang dapat ku titipkan untuk mu ... brgitu juga di bumi Palestine yang sememangnya telah dinafikan hak dan sekarang nie merebak pulak di negeri Syam , sekarang dikenali sebagai Syiria ,serta saudara islam di Kashmir ..
Sempena hari Jumaat ini marilah kita menadah tangan berdoa untuk kesejahteraan umat islam sedunia ... aminnnnn
syurga dunia Kashmir . Photo ihsan Google
p/s: penulis hanya menulis atas dari pandangan peribadi penulis dan artikel ini tidak ada kaitan dengan pihak lain sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia .