Followers

Wednesday, 26 June 2019

Bertemu Ratu Buaya Di Telok Sengat

Assalammualaikum Dunia.

Ratu buaya aka pemilik crocodile Farm

Jom cikbunga buat sambungan cerita  Taman Buaya Telok Sengat ... haaaaa lepas puas meronda satu taman buaya atau juga dikenali sebgai ladang buaya yang terbesar di Malaysia ...

Rayyan with Ratu Buaya

Sesi pembelajaran🐊🐊

Mulut kena tape... Tak kira lah buaya tue kenal hang ke tak... Kalau kena tak leh nak claim insurance tauπŸ˜†

Meh rasa kulit buaya 🐊

sib baik cuaca mendung dan kawasan ladang buaya nie dekat dengan laut , maka tak der lah ko bermandi peluh yer .. kan musim raya hari tue cuaca mendung dan berhujan  banyak kawasan kan .. kan..

Akan tetapi jangan bimbang jika anda pergi menjengah buaya pada hari biasa , kerana kawasan semuanya berbumbung dari awal ko masuk sehinggalah habis tawaf satu ladang buaya ;)

Tengok dak Rayyan sempat dia main phoneπŸ™„

Hi saya tak leh cakap🐊🐊

Bebudak tekun dengar Cerita  buaya🐊🐊

Disini juga terdapat cafe or coffee yakni korang boleh lepak dan order minuman nak yang panas atau sejuk pon disedikan ...
waktu cikbunga duduk -duduk tue, adalah sorang amoi tue datang kat table cikbunga sambil bercerita pasai buaya...cikbunga ingat dia mungkin salah seorang pekerja di situ ... punyalah lingat dia cerita pasai sejarah ladang tersebut ... dari mana dia dapat belajar dan macam mana dia mewarisi ladang tersebut dari ayahnya ... lepas tue baru dapat tangkap ,,,, dia nie taukeh ladang rupanyer ...

Coffe time





Pandangan dalam cafe☕☕

memang ramah dan speaking malay pon okew juga laa..
Menurut beliau , beliau adalah dari generasi ketiga yang mewarisi ladang buaya tersebut , untuk pengetahuan korang , beliau tidak menjual buaya tersebut kecuali untuk tujuan penyelidikan , pembelajaran serta untuk ubat tradisional , dan menurut beliau lagi , di ladang tersebut mereka menghasilkan krim buaya untuk beberapa penyakit ... cikbunga dengar jer laaa kann... kalau korang nak rasa soup herba buaya silalah datang ke sini yer ...

Sekitar view cafe

 
Kudapan pon ado kalau nak

Tue yang hujung nak buat muzium buaya🐊🐊

Menurut Ratu Buaya ini , beliau dipaksa oleh ayahnya supaya mewarisi ladang buaya ini dan mesti berjanji akan menjaga buaya- buaya tersebut serta tidak menjual buaya yang terdapat di situ ... memang anak yang taat lah beliau nie ... dari tidak tahu pasai buaya , beliau belajar dan terus mencekalkan hati untuk memenuhi amanat ayah. Tidak pernah pun terfikir beliau akan menwarisi ladang buaya ini kerana beliau mempunyai abang dan adik beradik yang lain .

Pertama kali pegang gigi buaya

Cantik tak gigi saya🐊🐊

Usia dalam 80 tahun keatas 

Amacam panjang tak story 🐊🐊.. Korang tue yang nak kan pengalaman berbeza melihat buaya... Sangat recommend dari cikbunga 🌹🌹

OK nanti citer pasai kami tengok udang galah plak🦞🦞

Tuesday, 25 June 2019

Cerita Taman Buaya Di telok Sengat

Assalammualaikum Dunia.

Buaya yang sambut kedatangan kami🐊🐊

Sign board Crocodile Farm 

Pintu masuk Taman Buaya

Korang... dekat Telok Sengat terdapat Taman  buaya yang terbesar di Malaysia... 🐊🐊
Banyak buaya yang berusia dari kecik sehinggalah ratusan tahun... Sampai seratus lebih usia sang bedal🐊🐊



Kawasan yang berbumbung untuk pengunjung berjalan kaki sambil melihat buaya🐊🐊

Disini juga dijadikan tempat pembiakan buaya dan juga sebagai tempat penyelidikan 🐊🐊

Korang memang patut kena pergi dan tengok sendiri buaya-buaya nie... dan merasai sendiri pengalaman melihat secara dekat dengan sang bedal dan yang paling penting tempat dan kawasan buaya ini tidak berbau busuk seperti kebanyakan taman buaya dan zoo yang sedia ada😁😁

antara view yang dapat di lihat



Sang bedal beristirehat

Sib baik batu... kalau betui... tak cukup tanah nak larik

Okew jom tengok picture sang bedal dan Kawasan kediamannyaπŸ˜ƒπŸ˜ƒ
Budak 3 begadik nie suka lah sebab depa kan pencinta haiwan πŸ˜†πŸ˜† kalau boleh semua haiwan depa nak bela... kecuali haiwan yang mendatangkan penyakit dan wabak.

Bersenang lenang si bedal nie🐊🐊

Comei tak 🐊

Aksi dak Rayyan

Lama juga kita orang kat dalam Taman Buaya Telok Sengat... dan sebagai bonus kita orang dapat berjumpa dengan Ratu  Buaya aka owner the crocodile Farm. Secara kebetulan jer 🌹🌹

Ye..... Mestilah ada sambungan yer... Nanti cikbunga story pasal Ratu Buaya dan Kisah Sang Ratu Dan buaya🐊🐊.

P/s: bayaran masuk untuk  Crocodile Farm Telok Sengat nie:

Dewasa : RM 8
Kanak-kanak :RM 4

Alamat : JALAN SEMBILANG, TELOK SENGAT, 81900 KOTA TINGGI JOHOR

MASA : 9 PAGI - 6 PETANG
TEL : 07-895 5220


Monday, 24 June 2019

Ambil Angin Laut Ditelok Sengat Johor

Assalammualaikum Dunia.

Yb melawat kawasan🌹🌹

Telok Sengat... Cikbunga pon baru dengar nama nyer dik non😁😁
Kawasan Laut memang best weiii...

Telok Sengat Johor



Mariah kita bergambau😁😁

Cikbunga pon membesar di Kawasan laut... Ohhh rindu nyer nak kutip siput, kulit kerang, melukis diatas pasir dan mandi manda di laut.Hebat sungguh zaman kekanak🌹🌹


Tiga ketul budak

Pinjam sat bot yer🌹🌹

Peace yo

Nostalgia sangat nie... Okew jom tengok foto yang ada.

Memukau pandangan😍😍

Solat dulu yer🌹🌹

Nanti sambung citer cikbunga tengok buaya🐊🐊


Friday, 21 June 2019

Raya Ketiga Kami Ke Negeri Johor

Assalammualaikum Dunia.


 Okew kita posing duluπŸ€—πŸ€—

Sebab tengok gambau banyak nau dalam handphone kan... Meh lah cikbunga kemas dan buat entry 🌹🌹

Okew dah sampai sempadanπŸ˜€


Siapa tahu nama jambatan nie


Nie pon cikbunga ambik gambauπŸ™„

Oleh sebab encik hubby keje pada hari raya ke tiga , maka cikbunga dan anak anak bunga pon mengambil peluang untuk melancong ( haaa ayat kooo ) ke negeri Johor dan juga berhari raya di sana ;)

Sampai jer bilik tukau baju🏊‍♂️🏊‍♀️

Aktiviti riang gumbira di hari raya


Ini lah pekerjaan 3 begadik nie

budak budak nie biasa laaa nak berendam jer keje nyer ... dah musim raya nie hujan sepanjang perayaan .. tak pon langit mendung dan udara sejuk sejuk gitew . ...bebudak nie ... memang kental dok berendam dalam ayaq ;)

Sambil -sambil encik hubby keje kan , sambil -sambil cikbunga meneroka Tanah Jajahan Negeri Johor Darul Takzim ... nie pon pelancongan mengejut katanya ;) iyelah musim-musim perayaan nie memang cam gitew ler semua nya mengejut asal kan boleh jer kan ... cikbunga okew jer ..

Kakak jump adik jump😁😁



Pandangan waktu malam🌹🌹

sambil-sambil tue korang tengoklah gambau yang dapat dirakamkan oleh cikbunga sebagai kenangan semasa berada di negeri Johor ;)

Bunga kebangsaan 

Macam unik jer sebab tue ambik gambau


Jjcm kat Johor tak sempat lah wak ... kita makan apa yang ada depan mata jer ;) nanti nak kena repeat lagi ... InsyaAllah semoga diberi peluang untuk datang ke negeri Johor lagi yer ..

Nanti kita sambung citer lagiπŸ€—πŸ€—