la nie anak-anak semua tengah seronok sakan , yelah kan cuti sekolah ;)
korang dah tonton rancangan adik-adik ku musim ke 5 tak ? walaupon belum ditayangkan lagi , tetapi sekarang sudah ada rancangan khas sempena cuti sekolah hahahaa.. mari kita tengok macam mana peserta-peserta ini mendapat surat yang dibagi by hand tau ...
baru-baru nie saya tertonton lah jugak mula tue taklah excited sangat , rasanya rancangan khas adik-adik ku musim ke 5 sempena cuti sekolah sekarang nie ... tengok depa kena kejutan yang memang beratlah juga bagi pandangan saya sebagai penonton ,
yelah kalo tiba-tiba mak kata kita nie sebenarnya anak angkat dan kena ikut makcik yang kita tak pernah tengok dan kenal .. mestilah meraung kat situ ka ,,, tetapi adik yang kena kejutan tersebut boleh pulak nak ikut makcik tue walaupun menangis sakan .. caya lah dikkk
kejutan demi kejutan memang tak boleh dinafikan , saya sebagai penonton pon menangis bagai nak rak waktu menonton rancangan itu uwaaaaaa sedih hoiii, ..
adik yang kat Sabah kena teruk juga sampai rombongan datang meminang dilakukan ... kalo acik kannn memang dah lari dah.... nasiblah ... banyaklah juga kejutan demi kejutan untuk adik-adik ku musim ke 5 .. okew adik-adik ku musim ke 5 semoga berjaya dan doa acik untuk adik semua agar success dan success dunia dan akhirat dan tahniah lah kepada JAKIM kerana menganjurkan rancangan reality adik-adik ku untuk mecungkil bakat dan mengasah bakat yang terpendam untuk semua Adik-Adik ku seluruh Malaysia ... mana yang tak Berjaya menjadi peserta musim ke 5, jangan patah semangat yer dikk , insyaAllah ade peluang , pasti bakat yang di anugeri oleh Allah akan terserlah juga tak kira walau dimana kita berada .., aminnnnn
bak kata pepatah pujangga (akak tak ingatlah pulak sape ) ;)
'ibarat biji benih yang baik jika terjatuh dilautan ia akan menjadi sebuah pulau ,
dan jika ia jatuh ke tanah yang kosong pasti ia akan menjadi sebuah hutan rimba '
lebih kurang cam gitu ler ;) okew semoga cuti sekolah ini akan diisi dengan ilmu yang bermanfaat untuk adik-adik semua ... akak doakan semoga adik berjaya insyaAllah boleh ..
mari kita nyanyi lagu tema adik-adikku ...
Tema Lagu Adik-Adikku, InsyaAllah Boleh
Adik-adik anak soleh ,
Adik-adik serba boleh ,Adik-adik akhlak yang mulia ,
Senyum ceria semua orang suka .
Berkasih sayang sesama insan ,
Taat Allah dan Rasul ,Kasihkan ibu bapa.
Beramal soleh di mana saja ,
Berjuang dan berkorban ,Untuk agama.........
Adik-adikku , Insya Allah Boleh !
sekian untuk semua ..................#######