Wednesday, 13 November 2013

5 Waktu Yang Sesuai Untuk Makan

5 Waktu Yang Sesuai Untuk Makan
Published on 
September 11, 2013 |in TipsOleh Resepi Mudah | ?
 
1. Sarapan pagi 
 
Sarapan pagi sekitar 8 pagi atau dalam masa 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun dari tidur. 
Selepas tidur selama 6 hingga 8 jam, sarapan pagi amat penting untuk menambah kembali paras
 gula di dalam darah.
Selain untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sarapan pagi juga membuat otak kita lebih 
cergas dan cerdas. Seeloknya pilih makanan tinggi kandungan karbohidrat kompleks seperti kekacang
, oat, bijirin gandum,
 buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Makan tengahari
Makan tengahari sekitar 12 tengahhari atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas  mengambil sarapan 
pagi. Makan tengahari amat penting kerana kita memerlukan banyak tenaga untuk melakukan 
aktiviti seharian.
 Seeloknya ambil makanan yang seimbang dengan protein, karbohidrat kompeks, lemak baik 
 (lemak yang tidak di proses serta bebas daripada bahan kimia sintetik) dan serat.
3. Minum petang  
Minum petang sekitar pukul 3 petang. Makanan yang baik untuk minum petang seperti bubur bijirin,
 salad buah-buahan, kacang, yogurt buah-buahan,
dan sup sayur-sayuran.
 
4. Makan malam 
Makan malam sekitar 6 petang atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas mengambil makanan ringan
 ketika minum petang. Makan malam yang seimbang mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan
 lemak yang baik.
5. Snek lewat malam 
Snek  lewat malam boleh dinikmati sekitar 9 malam atau 1 jam sebelum tidur. Pilih makanan yang 
rendah kalori tetapi tinggi kandungan nutrien. Elakkan daripada minum kopi atau minuman tenaga. 
Seeloknya minum
 segelas susu, air putih atau jus organik untuk tidur lebih lena.

No comments:

Post a Comment