Huhuuu... Nak jugak citer kat sini, kan cikbunga beli makanan kat Karnival SUKMA kan... Sebab malam tak nak keluar... Dah penat seharian dok kat Stadium Perpaduan petrajaya Kuching Sarawak... Tambah pula. Si krisya kan ambik lambat... So... Mood dah kelaut...
Dalam Stadium Perpaduan petrajaya Kuching Sarawak
Dah gerak pi karnival sukma
Makan donat beli kat karnival
Sebab beli makanan... Kita balik apartment jew... Makan dan rehat... Esok kita nak jalan lagiii kannn...
Aksi 2 orang budak
Membawa hasil membeli belah
Ni tunggu dak krisya la ni...
Memang me lepak jew lar kat bilik since sampai pun dah nak dekat pukul 9 malam... Memang tak lar nak keluar balik kan..
Esok baru kita citer lain... Budak budak pun penat jew... Penat menunggu...
Itulah, cikbunga rekomenkan agar. Korang drive sendiri... Sewa. Kereta... Tak yah nak gaduh cepat atau lambat... Sendiri yang bikin kan... Ini pun ada pro dan kontra dia.. Tepuk dada tanya lah poket sendiri... Tak githew..
Mee kolok rasa macam mee sanggul atau macam Maggi goreng kering... Tapi ada soup... Pertama kali cuba... Mmmm... Tak berapa pedas... Cikbunga siap minta cili potong... Apakah... Ko ingat ni Melaka... Hahaa tukang jual pun geleng kepala..
Memperkenalkan sicantik manis ss...
Mee kolok Sarawak ❤️
Laksa Sarawak, ini kes pertama kali ras yer... Beli pun kat Karnival.. So faham faham jew lar mak enon... Mmm
Ingat laksa guna mee laksa yang putih tue... Laksa Sarawak guna mee hoon yer.. Ada Kuah macam masak lemak.. Pertama kali masuk dalam mulut... Rasa lemak manis Kuah laksa... Adeiiii sedap nak mati..
Yang menjadi sebut sebutan kalau pergi Sarawak... Semesti nyer Laksa Sarawak
Selepas hari itu, pi mana mana asyik order laksa Sarawak ngan mee kolok aje... Budak budak nie pun pelik jew mak dia asyik order menu yang sama ajeee... Hikhikhik...
Till then
☕☕
Sedap??? kalau laksa sarawak tu saya pernah makan la, ada jiran org Sabah tp pandai buat laksa Sarawak... mee kolok tak pernah rasa dan makan lagi.
ReplyDeletekak ana lama dah teringin nak makan mee kolok ni belum ada rezeki
ReplyDeletemi kolok ni sedap kalau penjual betul2 buat ikut resepi
ReplyDelete