Followers

Monday, 21 May 2018

Resepi Sambal Udang Petai Meletop

Assalammualaikum Dunia .

Haaa hari rajin nak taip resepi kat sini ,
resepi pon senang jer main campak-campak dalam kuali dah jadi ;)

Meh tengok bahan-bahan nya ;-

Ni menu semalam berbuka puasa๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€


Sambal Udang Petai

cili kisar dalam 2 senduk (agak -agak)
bawang putih 3 ulas
bawang merah 2 ulas
bawang besar 1 biji
udang sederhana dalam 10 ~ 15 ekor
petai yang dibuang kulit
kiub knorr bilis ( ikut suka )
sedikit garam
asam keping / asam jawa
sedikit gula
sedikit air

Cara memasak
udang dibersihkam dan diketepikan , panaskan kuali dan masukkan bawang putih dan merah yang ditumbuk ( ni biasa yer )
masukkan cili kisar dan goreng biar nampak garing sikit , petai jangan lupa masuk yer dan masukkan kiub ikan bilis knorr dan masukkan juga asam keping ( dalam 2 ketul)  dan juga air , kacau biar sambal sebati ... okew watak utama sedia nak terjun dalam kuali , udang tue masuk jew dalam kuali dan kacau ...
sesuaikan rasa, masukkan garam , gula dan kalau suka serbuk perasa, masukkan bawang besar yang telah di potong bulat kedalam sambal .

Biarkan sambal seketika dan rasa semua nya ok , haaa bolehlah angkat hidangan yang mudah ini ke dalam mangkuk . Dah sedia untuk di makan .

Sekian sahaja untuk coretan hari ini.

6 comments: