Followers

Friday, 8 March 2024

Brickfields Pada Waktu Malam Kuala Lumpur

Assalammualaikum Dunia.

Alhamdulillah ya... Selamat sampai dari Masjid Negara ke Sentral Suites... Budak budak nie boleh pulak nak turun level. 8 dan mandi manda... Ehhhh diorang ni kan...

Sentral Suites KL 

Jom ambik angin malam Kuala Lumpur 

Hujan dah pun berhenti... Sementara  diorang mandi manda cikbunga cek dapur tengok apa yang ada...masak lauk sardin jew... 

Ok malam di Brickfields, memang colorful, warna warni disana sini... Macam nak celebrate Deepavali plak...

See colorful yer

Menara Shell

Menyusuri sekitar jalan dan tetiba dah sampai NU Sentral... Haaaa belilah sikit barang dapur, top up makanan sikit.. 

Merayau lagi dalam NU market sambil melihat gelagat orang ramai yang berkunjung dusana, 😬😬

Merayau dari Sentral Suites dan sekitar Brickfields memang memberi gambaran dan perasaan yang teruja... Sebab ko rasa cam pi New Delhi.... 😬😬

Inilah cerita malam kami kat Brickfields Kuala Lumpur 2024. Gambau cam tak banyak pulak... Dah terdelete kotπŸ€”πŸ€”

Mari tengok keindahan sekitar Brickfields, oh yer, Menara Shell dekat jew dengan Sentral Suites...

Till then 
😎😎


Thursday, 7 March 2024

Masjid Negara Kuala Lumpur 2024

Assalammualaikum Dunia.
Selepas minum minum penat jenjalan kat Sentral Market kan... Jom pi Masjid Negara pula... Cuaca yang mendung serta berangin sedikit... Membawa kepada titisan ujan gerimis... Jom naik grab..

Jom tengok map


Dari gerimis, hujan mulai turun membasahi Sentral Market.. Dalam perjalanan ke Masjid Negara, grab yang cikbunga naiki mengalami accident... Adeiii... Alhamdulillah tidak mengalami kecederaan... Kereta ada kemek sikit dan penumpang disebelah kiri mengalami Sakit akibat hentakan... 

Dalam grab 

MasyaAllah tabarakallah alhamdulillah 

Laluan utama masuk kemasjid


Hamparan di dalam masjid

MasyaAllah, akhirnya kami sampai di Masjid Negara, solat dulu lar sebelum explore πŸ˜€πŸ˜€

Cikbunga perhatikan ramai pelancong dari Asian membuat lawatan ke Masjid Negara terutama dari Negara China, Jepun dan Korea. 

Masjid Negara di reka bentuk selaras dengan reka bentuk zaman moden tetapi senibina Abbasiyah/Turkis  Usmaniah masih dikekalkan. 

Nampak tak reka bentuk. Nyer


Ehhh... Photo bomb plak

Selepas melihat keindahan Masjid Negara, cikbunga pun balik ke Sentral Suites, sebab hari pun dah nak gelap... Naik grab jew... 
Dekat kawasan sekitar masjid pun ada perkuburan... Rasa hari itu macam ada ambik gambar... Bila carik balik tak jumpa plak... 

P/s:keesokannya dapat perkhabaran Tun Sarawak telah kembali kerahmatullah... Disembahyangkan di Masjid Negara sebelum dibawa balik ke Sarawak... Kalau pi hari tue mesti dapat menyaksikan ramai orang kenamaan😬😬

Till then πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ




Wednesday, 6 March 2024

Sentral Market a.k.a pasar seni Kuala Lumpur

Assalammualaikum Dunia.

Selepas melawat Muzium Negara, cikbunga terus pergi pasar seni atau popular sebagai Sentral Market... 

Check point😁😁

Lawa eh lukisan mural tue

Gambau ni pun nak masuk dalam blog

Sentral Market Kuala Lumpur 2024

Ehhh...mesti kenal replika ni kanπŸ‘†

Dekat sini ramai pelancong beb, oleh kerana sampai pun waktu lunch kan... Memang carik makan dulu... Lapar lar sebab tadi merayau satu Muzium kanπŸ˜„πŸ˜„

Order nasi ayam, laksa ngan nasi berlauk..so far okew la... Sebab lapar kan... Kat Sentral Market nie ramai pekerja nyer warga asing... Ya faham... Kat Kuala Lumpur kebanyakan premis mengajikan warga asing... Tak nampak pun warga tempatan kat sini.. Bangla pun jual kain sarung...

Bismillah... Makan dulu yer 

Alhamdulillah 

Jalan jalan kat Sentral Market Kuala Lumpur 

Jumpa benda alah nie.. Baikkk... Rasa dulu 

Lepas makan, kita merayau kat sini.. Ada di tingkat juga... Kat bawah kebanyakan kedai makan dan cenderahati untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan πŸ€“πŸ€“

Level 2 pula, pelbagai baju bajan dan kain batik ada disini... Haaa terdapat juga replika pasar seni, bila dan kawasan yang digumskan untuk membina pasar seni ni.

Dah penat penat jalan, minum dulu

Lepas habis minum, kita sambung misi lagi

Awan gelap waktu petang πŸ™„

Till then. 
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Tuesday, 5 March 2024

Muzium Negara 2024

Assalammualaikum Dunia.
Alhamdulillah, hari kedua kami di. Kuala Lumpur, oh yer hari nie nak bawa budak budak tengok sejarah... Dah sampai Kuala Lumpur kan kenalah tengok sejarah kita... 

Perjalanan ke Muzium Negara mengambil masa Hanya dalam 15 minit lar lebih kurang... Order grab jer... Sebenarnya dekat jew ngan Sentral Suites... Jalan kaki pun boleh... Tapi sebab pergi pun dah nak dekat tengah hari... Pepagi macam biasa lar berendam dulu.... 

Alhamdulillah sampai ke Muzium Negara 

Sekali lagi senyumπŸ€“

Wow, ini kali pertama cikbunga pergi ke Muzium Negara.... Adeiiii disebabkan kekangan dan masa yang amat limited 😬😬

Ada 2 tingkat Muzium Negara nie, kita jelajah satu persatu... Mmm tingkat pertama sebelah kanan dari pintu masuk Muzium Negara, anda akan di sajikan dengan penempatan pertama manusia neo di Tanah Melayu dan juga terdapat juga mnusia awal serta tinggalan bahan bahan arkeologi penempatan awal... Dan juga peranan gua serta hutan disejarah awal penempatan manusia neo, meo... Apa lagi yer.. Lupa lah... Nanti kita google πŸ™

Keris antara artifacts yang berharga dan diwarisi

Sila baca yer 

Antara artifacts kapal karam

Artifact yang dijumpai sekitar laut Malaysia 

Di sebelah kiri pula adalah sejarah kerajaan melayu Melaka serta kedatangan Islam ke tanah Melaka. Korang kalau datang sini... Memang semua nyer ada disini semua mengenai sejarah kita... Replika Hang Tuah pun ada disiniπŸ‡²πŸ‡Ύ adik adik yang belajar sejarah tue, silalah pergi Muzium Negara untuk lebih mendekati dan memahami sejarah.

Zaman Portugis 

Background  Kota Melaka

Ufti ke negara Siam.. Bunga emas

Bendera Malaysia yang pertama 

Tingkat atas sebelah kanan pula adalah zaman penjajahan... Semua lah dari Belanda. Sampai lah Jepun dan sampai lah British balik... Tak mo tulis pepanjang... Silalah pergi dan selami... Sebab kenapa dijajah semua ada disini dan asal usul getah serta pokok  kelapa dan juga bijih timah... 

Okey next pasca nak merdeka... Tingkat atas sebelah kiri pula... Penubuhan Malaya Union, kebangkitan untuk merdeka dan ada juga di sajikan video bagaimana dan usaha untuk merdeka.. Nanti korang tengok gambau yang diambil yer... 

Panas lit lit

Semoga sampai lagi kat sini.. πŸ˜ŽπŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga generasi hari ini memahami apa erti merdeka dan harus lah mengekalkan kemerdekaan yang dibina atas usaha generasi yang lepas... Kita harus bersyukur negara kita aman dan makmur serta damai serta menjadi tumpuan pelancong seluruh Dunia... Aminnn🀲🀲

Next pergi mana lepas ni
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
 

Monday, 4 March 2024

NU Sentral Kuala Lumpur 2024

Assalammualaikum Dunia.

Pagi yang indah di Kuala Lumpur, haaaa dah lar apartment nie cozy dan best giler... Malas tau nak keluar, tapi pepagi lagi encik husband dah kena pergi buat kerja dia kan...
So, memang buat  breakfast pepagi... 

Pepagi pi gym duluπŸ€“

Lepas tue bedebush plak... 

Pas tu  budak budak ni nak mandi manda kat level 8... Oh yer cikbunga stayed jat level 19...pening kepala  bila turun naik... Sebab macam telinga ada dengung githew πŸ€“πŸ€“ lama ehhh diorang berendam... Adeiii selagi tak kecut selagi tue la tak nak naik.... Baikkk silalah berendam yer...

Syok nie tak der orang

On the way to pool 

Naik dari pool, lapar terus, budak budak nie nak makan makanan segera baik... Kita order jew by grab.. . Kena turun kat lobby sebab grab tak boleh naik atas atas Alasan security kan... Hihihiiii 

Dalam pukul 2 lebih, dah siap siap cecantik, misi nak gelajah kawasan... Jom kita pergi NU Sentral... Tengok apa yang ada kat sana.. Cikbunga bawa budak budak jalan kaki jew... Lebih kurang 10 minit lah dari Sentral Suites ke NU Sentral... 

Kat sini ada market wak... Oh yer ada stesen LRT, MRT... Yer sini lah  KL Sentral....
Masa kita sampai tak berapa ramai sangat orang, petang memang ramai, dalam pukul 5 lebih cam tue... Mungkin orang balik kerja guna MRT dan LRT kan...

Tengok platform

Antara kawasan tanga akan di jelajah 

Kat Sentral Suites ini sebenar nya dekat dengan kawasan Brickfields dan juga jalan Tun Sambanthan... Kawasan ini ramai etnik India... Little India pun kat sini tau... Malam malam memang meriah dengan orang India... Kedai Indian pun kiri kanan... Susah korang nak tengok kedai melayu kat sini.. So far memang banyak lar kedai yang jual nasi daun pisang... Cikbunga tak. Masuk pun. Ada lar masuk kedai mamak nie... Kedai dia memang bersih sangat sangat... Kalau tak salah nama kedai nyer Mamak Cafe... Cantik pun cantik... 

Till then
😍😍

Saturday, 2 March 2024

IOI City Mall

Assalammualaikum Dunia.
Selepas drop barang, kemas apa yang patut, jelajah sikit kawasan sekitar, pas tue adik call kata dah ada kat Kuala Lumpur... 

Dekat jew bangunan ni... Menara Shell

Nampak tak KLCC  ngan menara 

Dia nie memang expert jalan kat Kuala Lumpur... Bolehlah bawa kita orang jenjalan kan...

Malam tue, dia bawa pi IOI City Mall.... Pergi pun malam, tak tau lah jalan mana... Yang pasti ada keluar masuk tol... Mmm

Nak tengok lah juga orang main ais skating... Tak der rezeki sebab masa tue diorang tengah cuci kawasan meluncur ice skating ⛸️❄️

Layan Netflix 

Ngan. Cousin 🎁🎁

Lego

Memandang dari luar tingkap

Tinggi wak bangunan ni... 

Beli lego jew wak kat sini... Oh yer.. Kita orang makan kat sini apa nama nyer... Black Canyon... First time makan Black Canyon... Ok lar,

Till then. 
,😍😍

Friday, 1 March 2024

Sentral Suites @KL Sentral

Assalammualaikum Dunia.

Meh nak citer tempat cikbunga stayed selama seminggu kat Kuala Lumpur.

Install dulu Airbnb 

Dah boleh pilih mana nak stayed 

Seperti mana cikbunga sebut sebelum ni, cikbunga booking by Airbnb. Memula tue, cek lar juga kat booking. Com, Agoda, dan juga google kat Facebook, tiktok pon ada jugakπŸ˜€, selepas ditimbang ditolak ditimbang lagi akhirnya cikbunga pilih Airbnb. 

Picture kat Airbnb 

Picture by phone 

So cozy and Comfort 

2nd room

Master bedroom 

Cikbunga nak carik apartment yang sesuai ler untuk family kan, lagi satu yang ada kitchen untuk masak 😎😎, kat sini jumpa lar semua yang di carik terutama mesti ada pool untuk bedebush kan... Oh yer, kat sini juga ada kemudahan gim, dan pelbagai lagi😬😬
Pool.. Nie tempat penting nie😍😍🏊

Garden, petang petang bolehlah walking kat sini

Ambik angin kulompo kata nyerπŸ˜€

Tengok atas plak

View dari pool

Tengok kawasan jajahan😁😁

Dah puas hati dengan semua fasiliti yang disediakan, cikbunga pun pilih lah Sentral Suites @KL Sentral. Yang penting ada WiFi dik😘😘

Jom tour apa yang ada kat sini. 

Till then 
πŸ˜ŽπŸ˜ŽπŸ€“