Followers

Thursday, 9 October 2025

Subuh Pertama Di masjiid Nabawi

Assalammualaikum Dunia. 

MasyaAllah tabarakAllah alhamdulillah,  bila jemaah lelaki balik bilik, maksud nyer hari pun dah subuh, sini subuh awal yer lebih kurang 4.25 pagi waktu Madinah. Semua jemaah berkumpul pukul 4 pagi nak pergi solat subuh. 

Waktu solat di Madinah 

WiFi Royal Al Madina Hotel 

Ok nie klasik yer, jadual makan 🤭

Semua jemaah bersiap untuk menunaikan solat subuh pertama kali di bumi Madinah Al munawwarah. Suasana tenang jew walau pun adalah juga terdengar suara suara manusia kan...ketepikan itu semua,...untuk solat jemaah wanita akan masuk pintu 16...jangan tak tahu kat masjid Nabawi nie.banyak pintu.
Salah masuk nanti kena halau yer..

Ini adalah kubah yang boleh terbuka 

Ya Allah,  halus nyer seni reka bentuk kubah

MasyaAllah tabarakAllah alhamdulillah 

Ini adalah senibina dalam masjid Nabawi yang diinspirasikan dari kerajaan Abbasiyah

Korang boleh baca sejarah masjid Nabawi 

Kad hotel🤭🤭

Selepas selesai solat subuh para jemaah mengambil kesempatan untuk solat sunat dan solat tahhiyatul masjid dan.beberapa solat sunat lain ...yang mana sudah keluar dari masjid dan bolehlah healing @ melihat lihat sekitar masjid Nabawi  dengan melihat keindahan ciptaan manusia serta melihat payung payung di sekitar masjid Nabawi yang belum terbuka lagi..


Berlatar belakangkan masjid Nabawi 

Hiasan di dalam masjid Nabawi al munawwarah 

Payung belum terbuka 

MasyaAllah 

Payung semua dah terbuka

Inilah laluan para jemaah❤️❤️

Rasa nak tunggu jew, sebab bukannya nyer lama sangat pun...yang.di nanti telah pun terbuka...alhamdulillah dapat juga tengok payung payung dekat sekitar masjid Nabawi ni terbuka ...

Dan hari pun semakin lama.makin terang dan umat manusia pun sudah mula menampakkan diri mereka...huuuuuu ..nikmat mana lagi yang hendak kau dustakan ....


Till then
 🌹🌹 








Wednesday, 8 October 2025

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 pagi waktu Arab Saudi

Assalammualaikum Dunia. 

Kita orang sampai Madinah  pas tue beri salam kat Nabi Muhammad s.a.w. Dan yang penting adalah pukul 3 pagi jemaah lelaki akan masuk Raudah. 

Masjid Nabawi  3 pagi

Menuju Raudah 

Ok dah.berjaya masuk dalam Raudah 

Pandangan dalam Raudah 

Kami jemaah wanita tidur sementara jemaah lelaki pergi Raudah. 

❤️Raudah ❤️

Di dalam masjid Nabawi terdapat satu kawasan yang di gelar " Raudah " iaitu satu tempat yang sangat mulia di dalam masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah dan Para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda,ia merupakan taman syurga berdasarkan hadis Nabi 

"Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman syurga dan mimbarku terletak di atas kolamku"

Kubah hijau masjid Nabawi ialah tanda lokasi makam Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Umar Bin Al khattab


Nusuk 

Kena booking Nusuk kalau nak.masuk Raudah

❤️Raudah ialah kawasan "taman syurga' di dalam.masjid Nabawi Madinah, sementara kubah hijau adalah tempat makam nabi Muhammad s.a.w, Abu Bakar RA dan Umar Bin Al khattab.  Raudah terletak antara mimbar dan makam nabi, dan merupakan salah satu tempat yang mustajab berdoa.❤️

Sumber: google 

Kedudukan Raudah adalah diantara rumah Rasulullah s.a.w dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya.

Rujukan : Wikipedia 



Till then
🌹 🌹 

Tuesday, 7 October 2025

Masjid Nabawi : Pintu 326 Untuk Seminggu😍😍

Assalammualaikum Dunia. 

Akhirnya kumpulan  kami yang ikut mutawwif nak bagi salam dekat baginda Rasulullah dah bersiap sedia kat lobby .

Pintu 326


Rindu dengan pintu 326❤️❤️


Laluan dari hotel ke masjid Nabawi

Alhamdulillah Masjid Nabawi 

Mutawwif pun kira jumlah jemaah yang nak ikut kan...dah Jom kita gerak
Dekat sini malam ka siang ka sama.jew ...sebab semua orang nak buat ibadah kan...mutawwif tunjuk laluan yang akan menuju ke masjid Nabawi dan kena ingat atau  cam pintu dan juga tanda supaya senang nak pergi balik dari hotel ke masjid sendiri sendiri ....ingat jika pergi sendiri atau kumpulan kan...ok baiklah encik mutawwif...

Hotel Royal Madina ke masjid Nabawi tidak lar berapa jauh..mengambil masa 7 minit jew jalan kaki ...

MasyaAllah ya Allah aku disini

Nak jumpa nabi Muhammad s.a.w ❤️❤️

Macam tak der orang jew kan...

Marilah bersma memberi salam keatas nabi junjungan kita

Malam di masjiid Nabawi 

Jom jalan lagiii 

Sepanjang jalan tak ada apa yang nak risau sebab kiri kanan adalah hotel dan juga kedai kedai yang menjual pelbagai barangan untuk jemaah umrah..kat Madinah juga ada kedai exchange money àtau tukar mata wang...

Tok sah bimbang kalau duit riyal tak cukup....banyak.jew. mesin duit atm...yang oenting dalam kad ada duit dan dah aktifkan kad debit  untuk international punya. 

MasyaAllah tabarakAllah alhamdulillah keindahan masjid Nabawi yang kaminlihat sangat lah besar dan luas...Allahu,  kalau pertama kali datang memang akan sesat, dengan pintu yang banyak...jadi pjntu masuk kami adalah pintu 326....sebelum tue akan jumpa.tempat burung merpati lepak lepak ngan geng dia makan makan sambil meeting kan...

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah 


Tenang jew hati dan segala kegusaran duniawi hilang 

Qalbi fil madinah 


Ambik gambau selepas memberi salam

Dah sampai hotel Royal Madina 

Kami datang pun dah malam kan, dengan terkedek kedek lagi nak jalan tup tup dah pukul 11 lebih, dah lah jemaah lelaki nak pergi raudah kui 3 pagii...nak.masuk raudah kena.booking yer, sebab itu semua kena ada telefon masing masing..

Batch kami dah booking sesiap dah kat Makkah...itu sebab dapat kui 3 pagi .

Inilah pintu yang akan menjadi penanda untuk pergi dan balik dari masjid Nabawi ke hotel Royal Madina 

Till then
🌹🌹












Monday, 6 October 2025

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah

Assalammualaikum Dunia. 

Alhamdulillah selamat sampai setelah 6 jam naik bas dari Kota Makkah ke kota Madinah...tetiba nyanyi lagu 1 muharram...lagu hijrah.. 

Kad bilik

Assalammualaikum, kami dok sini yer


Alhamdulillah bilik di Royal Madina

Cikbunga akan berkampung kat sini selama seminggu♥️

Bahagian depan hotel


Ketibaan para jemaah

Panorama waktu malam

Kawasan sekitar hotel

Tengok kubah hijau jew hati dah girang gumbira...aduhai tak sabar nak.jumpa kekasih Allah ..terpandang masjid Nabawi...Allahu ya Allah terima kasih kerana memberi nikmat dapat datang ke Madinah...lepas tue kan tetiba nyanyi lagu 

♥️♥️Maher Zain ngan Harris "qalbi fil madinah"♥️♥️

Selamat sampai kat lobby hotel, diberi taklimat dan serahan kunci bilik, di bumi Madinah ini kami stayed kat Royal Al Madina Hotel untuk seminggu jugak.

Ni gambau ambik dalam bas

Tour bilik

Alhamdulillah ❤️ 

Kat sini pun nak.ambik gambau 

Laluan nak pergi jumpa Nabi kita 


Masjid Nabawi 

Allahu, selepas 6 jam perjalanan ,faham faham jew lar....oh yer sebelum masuk biliknkami menjamu selera dulu..,selepas itu masuk hilik teruslah kemas apa apa yang patut dan yang penting nak mandi dulu...santai santai pas tu bersiap nak jumpa Rasulullah dan nak.bagi salam...

Hari pertama kat bumi muhajirin dan ansar.bersatu ni, kami nak bagi salam kat baginda..
Memula tue kita ikut mutawwif ler, hari pertama kan...bila dah pandai boleh jew jalan sendiri ♥️

Dalam group wasap mutawwif kata berkumpul kat lobby dalam pukul 10.20 malam...insyaAllah pertama kali nak bagi salam nie...teruja dan rasa tak sabau...ramai yang tak ikut sebab nak rehat dulu kan...sebab pukul 3 pagi jemaah lelaki akan masuk Raudah...mungkin nak rehat kot..

Inilah momen momen yang dapat diambil kali pertama masuk masjid Nabawi...Allahu hanya Allah yang tahu akan perasaan ini 🤲🤲

Till then 
🌹🌹