Followers

Tuesday, 4 December 2018

Koleksi Transformers In The House ❤❤

Assalammualaikum Dunia.

Sekarang dak Rayyan  menggila membeli Transformers dan semua robot seangkatannya...wahhh.......tapi tak per papa dia rajin melayan dia....

Antara koleksi kesayangan



Apa tah nama nyer πŸ™„πŸ™„

Selain Transformers...dia suka juga kepada Alien dan geng-geng nya...

Korang rumah ciktim dah jadi macam kedai mainan....nie ade tambahan yang terbaru..korang tengok laaa.

Haq baru lagi nie..
Ngan geng dia πŸ˜€πŸ˜€

Ok selamat hari Selasa korang πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

P/s:malas nak taip panjang lebau....ok bye.


Saturday, 1 December 2018

Malaysia vs Thailand Malam nie ⚽️⚽️

Assalammualaikum Dunia.

Senarai pemain Malaysia malam nie⚽️⚽️

Yang mana dah beli tiket untuk menyaksikan perlawanan bolasepak semi-final yang pertama berhati hati semasa memandu ke Kuala Lumpur ...yang berkonvoi tue..tengok tengok orang belakang dan sila jaga keselamatan anda yer..

Sila sepak bola jangan lari yee...πŸ˜„πŸ˜„

Best oiì bila Malaysia dapat pi semi final...haaa nie baru semifinal...kalau dapat pi final waaaa lompat bintang japp..

Kalau tak cukup meh datang umah ⚽️⚽️

Ok didoakan semoga Malaysia team akan berjaya untuk melayan kunjungan Thailand malam ni 1 Disember 2018.

Selamat berjuang wahai para pemain -pemain bolasepak Negara...semoga kita dapat merampas kembali piala Suzuki AFF.

Friday, 30 November 2018

ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA

Assalammualaikum Dunia

Cerita setiap negeri memang berbeza dan perbezaan itulah yang melambangkan sesebuah negeri untuk didekati dan dikenali.

Nak masuk Istana pun kena daki tangga tau🀣🀣

Ampun tuanku izinkan patik  mengabadikan potret Istana Tuanku untuk tatapan anak cucu patik...πŸ˜†πŸ˜†

Setelah dipekenankan oleh Sultan ....maka jom kita explore  Istana Kesultanan MelΓ yu Melaka.

Kawasan Istana yang dijaga rapi

Posing kat dalam Istana Melaka

 Korang , Istana ini hebat sesangat sebab 100% adalah dari binaan kayu dan lagi satu tanpa menggunakan paku .. haaa hebat kan orang zaman dulukala , seni pertukangan yang sangat halus ... rugi kalau generasi zaman sekarang tidak mewarisi seni ini .

Balai mengadap

Sudah la tu Tuah Jebat jangan gaduh

Untuk pengetahuan rakyat jelata sekalian , Istana ini dibina semula di tapak asal Istana Kesultanan Melayu Melaka yakni semasa zaman kemasyuran Empayar Kesultanan Melayu Melaka .. korang saksikankan lah Istana Kesultanan Melayu Melaka ini umpama korang balik ke zaman silam yakni zaman hulubalang-hulubalang dan Empayar Sultan Melaka yang memerintah .


Jom lawan congkak sape terer

Apakata korang tengok gambau gambau yang sempat dirakamkan dengan hanya menggunakan telephone Samsung  jew...cikbunga lom ade lagi camera lagi ...sejak my camera kena curik ...lom ade pengganti lagi.

Dik nampak tak Jambatan Emas untuk Puteri Gunung Ledang ...


Nampaknya sampai sini jer laaa citer Istana Melaka ...jumpa lagi yaaa...

P/s:Jangan pernah lupa akan sejarah .



Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Assalammualaikum Dunia.

Gambar waktu malam wak

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan 


Ok ok...nie last ok pasal historical Melaka ...tapi jangan lupa banyak lagi tinggalan sejarah jajahan-jajahan dari Portugis, Belanda, Inggeris, Belanda ,Inggeris,Jepun balik pada Inggeris sampailah lah kita merdeka....nampak tak berapa banyak dah kena jajah...untuk Portugis jer dah kena 130 tahun....memang sukar untuk hilangkan kesan-kesan jajahan tersebut sehingga terbentuk komuniti Portugis di Melaka sehingga sekarang ini.

Posing jew laaa...tak leh masuk dah tutup


Sesungguhnya sejarah itu menjadi kayu pengukur dan sebagai panduan untuk kita menilai dan memahami jatuh bangun sesebuah negeri atau bangsa itu adalah ditangan anak bangsanya sendiri..


Suasana di waktu malam 

P/s: ok tamat sudah citer sejarah..

Thursday, 29 November 2018

Bukit St. Paul Melaka - Apa ada kat atas Bukit

Assalammualaikum Dunia.

Yayyy mari kita sambung citer sejarah Melaka...kisah penjelajahan orang Portugis dan bagaimana tragisnya Empayar Melaka yang begitu gah jatuh ke tangan Portugis.


Ade kapal Belanda lahh sedang menghampiri Pelabuhan Melaka  
 

Nie sisi popular ambik gambau kat atas Bukit St Paul

Benda pertama sekali yang Portugis buat selepas berjaya menawan Melaka adalah membina kota Afamosa yang dikelilingi mariam (sebagai kubu untuk menangkis serangan balas dari penduduk Melaka pada masa itu)

Coretan atas batu tinggalan Portugis

Yang uniknya kawasan kubu ini adalah diatas bukit dan dari atas bukit kita boleh nampak kawasan perairan Melaka...pada masa tue depa  boleh nampak kapal dagang yang berlabuh di Melaka .

Korang yang dah belajar sejarah mesti tau pasai apa Portugis belayar kan..tujuan utama adalah 3G ...Gold, Glory dan Gospel
..yaaa waktu inilah bermulanya penyebaran agama Kristin di Melaka.

Aiii dah macam buat tesis sejarah laaa pulak...tengok gambau jer laaa..untuk details korang boleh jer google sejarah Melaka .

Tangga ni la nanti korang kena naik dan turun πŸ˜€πŸ˜€

Ok bye bye....nanti ade sambungan lagi tau πŸ˜€πŸ˜€

P/s:all picture taken by Mr Hubby.

Wednesday, 28 November 2018

Kota Afamosa Melaka Tinggalan Portugis

Assalammualaikum Dunia.

Dah terlanjur pi Dataran Pahlawan kan...moh ler kita jelajah kota Afamosa sekali πŸ˜€πŸ˜€

Kota Afamosa

Picture waktu petang  nie

Di waktu malam

Lama dah tak pi siniπŸ˜‚πŸ˜‚...yer laaa kawasan penuh ngan bukit bukau dan apatah lagi kalau musim tak der ujan...memang panas memanjang kot....tapi kali nie...pi laaa jugak sebab dah dekat sangat....rugi kot kalau tak pi explore...saja je bawa bebudak nie...biaq kenai sejarah sikit😁😁


Kami anak Melaka 😁😁

Tak payah laa CB buat coretan...semuanya ade dalam buku teks sekolah🀣🀣 korang memang dah bijak pandai kan...cuma CB tempek gambau jer sebagai kenangan gitew...

Bahagian dalam kota Afamosa 

Kawasan sewaktu dengannya😁😁

Dah jom balik balik balik...

P/s:Korang minggu nie memang entry dan picture sejarah jew.

Tuesday, 27 November 2018

Hoye-Hoye Kat Dataran Pahlawan Melaka

Assalammualaikum Dunia .

Dataran Pahlawan

Sapa kat sini dah pi Dataran Pahlawan kat Melaka , angkat tangan sikit ...haaaa sapa dah sampai tue kabau-kabaukan berita nie kat kengkawan yer , suh datang Melaka yer ...
Dua ketul budak sedang explore DP

Kawasan yang amat tenang ini dikelilingi bangunan pusat membeli belah yang amat popular kat Melaka , apalagi kalau bukan Mahkota Prade , Dataran Pahlawan Mall, Hatten Square ... dan terdapat juga disekitarnya kawasan bersejarah , ollaaa korang jalan kaki jer deq non ... boleh kembara dan mengenali sejarah Melaka gitew... apa-apa pon jangan lupa bawa air mineral... memang haus kot , nak naik tangga turun tangga ... dan menjelajah dari satu port sejarah ke port sejarah ...

Kat dalam Hatten Square

Dataran Pahlawan Mall


Yang penting , kenangan itu tidak ade dijual dimana-mana... korang kena lalui dan merasai pengalamannya sendiri dan akan menjadi  memori indah korang ... amacam , ade berani nak datang Melaka tak ?   Kami warga Melaka mengalu-alukan kedatangan tuan hamba sekalian ... harap korang berpuas hati dengan keindahan Negeri Laksamana Hang Tuah ini ...

Dalam mall (gelap la pulak)

Pasal makan , jangan risau , buka mate jer dah Nampak makanan .... haaaaa ... memang laaa ...

Oh yer pasal , Dataran Pahlawan tue .. tue dulu kawasan padang bola yer .... tempat anak-anak muda main bola sepak dan juga tempat kereta lembu ( dulu-dulu sesapa yang nak rasa pengalaman naik kereta lembu memang akan naik kat sini.. pusing-pusing kat padang bola nie ) .. tu lah citer nyer ... haaa korang apa lagi , sekarang nie cuti sekolah kan , apa kata korang datang ke bumi Melaka ini .. dan  explore sendiri sejarah nyer ... πŸ˜€

CB dan Dataran Pahlawan 

ok bye nanti akak sambung lagi yer .. citer Bandar Melaka Bersejarah .

P/s:picture taken by Mr Hubby.