Followers

Thursday, 2 November 2017

My Lovely Pets - Birds

Assalammualaikum Dunia ;)


Budak-budak nie memang tau , semua haiwan kalau boleh depa nak bela , nak jaga dan nak belai , adoiii kalo nampak kucing yang datang siap peluk cium lagiii .. tak per lagi tue binatang kesayangan nabi .

Namun begitu boleh sakit suara ko tahu , bila akak dah start jerit jerit sebab bila depa jumpa ape sahaja jenis haiwan , dibawa balik dan diberi rumah serta kediaman yang lengkap dengan makanan , haaaa , korang tahu jer lar kan dah berebut masing-masing nak jaga haiwan tersebut , padahal benda tue hanyalah seekor belalang jer pon , .... nie lar pekerjaan diorang kalau dah start sorang , semua mengikut , pernah sekali tue, ade belalang nie mati , depa  siap baca doa dan tanamkan kat tanah ( yang nie sama perangai cam umi ko ) mase kecik kecik dulu .

Nie pon kejadian semasa balik kampung itu hari , dalam perjalanan tue, di pinggir kaki jalan ramai peniaga menjual hasil hutan ( ini menrujuk kepada masyarakat Orang Asli yer ) , pelbagai hasil hutan dapat dilihat dan anda juga boleh turun melihat-lihat , manalah tahu terbekenan kan , boleh buat koleksi gitew . Maka kami pon terjebak , dalam meliha lihat sahaja , maka terbelilah pulak haiwan comel , belilah jugak dalam 3 ekor birds yang comei jer kejadian beliau ...
nie lar dia lovely birds 🤗🤗



Siap belikan sangkar sekali , , well budak-budak korang tau jer larr, kat dalam kete pon dah bising , haaaa dak Rayyan jadi ketua , tak sape pon buat bantahan , selamat lah birds tue dalam pegangan dak Rayyan ...
comeii jew


Mase nak balik umah , plak rase macam tak boleh nak biaqkan birds tue tinggal jew kat umah tanpa ade penjagaan dan pemerhatian lantaran penghuninya akan pulang di petang hari , dengan itu , semua birds tue ditempatkan di rumah atok , yeayyy , semoga mereka sihat membesar dirumah atok yer .

Sekian ceritera My Lovely Pets.


p/s: korang ghase nak bela birds kena ambik lesen tak ?

Wednesday, 1 November 2017

Heroin 'Full House' kahwini Song Joong Ki

Assalammualaikum Dunia ;)

Akhirnya actress kesayangan akak sah bergelar isteri kepada pelakon kacak Song Joong -Ki.
Drama  yang popular akak tengok mase dia berlakon Full House, Autumn In My Heart dan banyak lagi ... tapi yang paliang famous mestilah 'Full House' . Kelakar ciiter nie ;)

husband & wife officially



actress popular China Zyang Ziyi

sweet & lovely couple
  Tahun 2016 tayangan drama Song Hye Kyo bersama suami beliau sekarang Song Joong Ki mendapat sambutan kebabom dimana drama tersebut meletup letup di Korea Selatan dan China dan juga Asia Tenggara . Dasat betui laaa penangan hang pa berdua nie dalam citer "Descendants of the Sun' yang sangatlah romantik sesangat telah di terjemahkan dalam ikatan perkahwinan semalam iaitu 31 October 2017.
antara babak dalam drama "Descendants of the Sun'

Majlis ceremony telah dilakukan dalam kawasan tertutup dimana lebih dari 300 jemputan terdiri dari kaum keluarga dan rakan rakan kedua belah pihak . Memang sweet jew tengok picture pasangan terhangat nie . Oh ya , antara artis yang di undang adalah dari China yer , Zyang Ziyi dan teman rapat Song Joong Ki actor Lee Kwang Soo dan Yoo Ah In dan beberapa aktor lain , ramai lagi , nie jew yang mampu akak senaraikan . ( Boleh google yer kengkawan ) .
teman rapat Song Joong Ki

Oleh kerana mereka berdua adalah personaliti yang amat popular di China disebabkan penangan drama "Descendants of the Sun' , maka perkahwianan melihat boleh dilihat secara platform Weibo. 'live' Chinese social media . Ramai juga fans dari China sanggup turun ke Korea untuk menyaksikan sendiri artis kesayangan mereka berkahwin secara 'live'.
pengantin baru

Tahniah kepada pasangan nie, yaaa, tahun depan boleh tengok Joong Ki junior or Hye Kyo junior plak ;)


p/s: picture ihsan google  , khabarnya pasangan Rain dan Kim Tae he baru sahaja mendapat cahaya mata yang pertama bayi perempuan ;) (Rain adalah pasangan Hye kyo dalam citer Full House )

Tuesday, 31 October 2017

Taman Larangan Astana CB

Assalammualaikum Dunia ;)

CB suka bunga ... semua bunga CB suke , jenis dedaun CB suke jugak ..
bak kata pepatah dimana ade oksigen di situ lah CB suke , macam pelik jew pepatah nie ...
meh akak showkan taman bunga terlarang yang sendu ;-
bukan nyer ape , sebetulnya nak show kan bunga baru yang dibeli , haaaa nampak tak permainan CB , kemain ayat CB kan ,


Jauh tau bunga nie CB import , nun di Negeri Pahang sana tue, sib baik hidup yer ngan aman damai kat sini , yer lar takut berlaku perubahan cuaca kan , biaq dia membesar dengan gemuk dan banyak bunga ;)

Pokok yang jauh di import 👆👆
pokok mawar a.k.a ros nie beli dalam negeri jew

pokok rama rama katenya

antara geng pokok yang baru 🙄🙄



jom tengok pokok baru CB di taman larangan.

 p/s:  Banyak pokok sedang melalui frasa kemurungan , sebab cuaca ,
         hippp asyik salahkan cuaca jew kan !!!


Kedai Kopi Zaman Dolu-Dolu

Assalammualaikum Dunia ;)


Bila larut malam , tara kucha tara kucha cha cha , suasana sepi tara kucha tara kucha cha cha .... haaa sape ingat lagu nie , angkat jari sikit , ..

Pernah tak korang masuk atau ternampak perabot atau apa jua jenis perhiasan yang jenis dolu-dolu kala yang mana mungkin pada zaman 60 an , 70 an haaa zaman dolo-dolu punyer .

Keindahan seni pertukangan kayu amatlah dititik beratkan dalam seni hias dan juga dekorasinya , walaupon simple dan biasa-biasa sajer namun impak nyer wow , sangatlah mengusik jiiwa raga mak-mak kitew dolu-dolu ;)

Meh tunjuk sekejap , picture yang diambik ketika  secara tak sengaja telah masuk ke kedai ini .

pandangan dari sisi depan
nostalgia kan dia punya Kerusi 😊😊




p/s: sib baik dia tak putarkan lagu piring hitam zaman dolu-dolu ;) , 

Monday, 23 October 2017

Planner Sioca 2018 GIVEAWAY

Assalammualaikum Dunia .

Jom kite meriahkan giveaway kat sini Planner Sioca 2018 Giveaway

Moh kite support sesame blogger ;)



ok bai .
p/s: ambik kat tuan punyer blog Planner Sioca 2018 Giveaway

Saturday, 21 October 2017

MYLARA SKINCARE review by Cikbunga

Assalammualaikum Dunia 😀😀

INI ADALAH STICKY POST !!! SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK LIHAT ENTRY BAHARU !!!

Al-hamdulillah , CB sejak dua menjak nie telah mencuba produk kecantikan dari MYLARA SKINCARE,
Sweetnyer MYLARA SKINCARE 😍😍

yang mana sangat lah bagus untuk kulit kita yang memang Asian nie kan , apatah lagi produk ini menggunakan sumber alam semulajadi ;) iaitu sumber tumbuhan dan buahan yang segar .
mengandungi bahan sumber TUMBUHAN dan BUAHAN SEGAR👍👍

Meh sini CB nak perkenalkan produk kecantikan MYLARA SKINCARE ,
mesti korang kat sane tertanya-tanya , apakah kebaikan MYLARA SKINCARE 😘😘

MYLARA SKINCARE amat berkesan merawat   - kulit kusam💋💋

                                                                                  - kulit berminyak💋💋

                                                                                  - jeragat💋💋

                                                                                  - parut luka💋💋

                                                                                  - hiperpigmentasi💋💋

Ade  orang tanya , betul ke MYLARA SKINCARE ni seindah yang dikatakan itu , haaa meh CB khabarkan , produk MYLARA SKINCARE  mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan  Malaysia tau =) jadi , guna tanpa rasa ragu-ragu yer kengkawan .

meh akak tempek kan sebahagian testimoni dari pengguna 😍😍😍




Sebahagian dari testimoni yang diterima ;) , sebenarnya banyak lagi tapi kang jemm plak pc akak sebab picture beribu-ribu lemon , haaaa adik kakak sayang yang kat luar sane tue yang masih lagi tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit anda, silalah berhubung terus dengan talian yang tertera dan dapatkan khidmat consultant secara percuma yer😉😉
set yang terkandung dalam kotak comel MYLARA SKINCARE😘😘


Close up MYLARA SKINCARE😘😘

                                                                               

Oh yer kengkawan , adik , akak semua, MYLARA SKINCARE nie bukannya ari nie pakai esok boleh nampak kesan , no no no , tue semua produk yang ade ejen yang membahayakan kulit kita, oleh kerana bahan adalah dari sumber alam semulajadi dan dari buah-buahan segar, maka ia akan melalui beberapa peringkat untuk meneutralkan balik kulit kita .

Kat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?

Website:  klik  MYLARA SKINCARE

Facebook: klik MYLARA SKINCARE

Instagram: KILK MYLARA SKINCARE

Atau korang boleh whatsapp terus ke 013-9200960

atau e-mail mylaraskincare@gmail.com

p/s : #mylaraskincare
😍😍ini adalah sticky entry ,  untuk baca entry terbaru  sila scroll ke bawah😍😍

Saturday, 7 October 2017

Archery Sukan Sunnah

Assalammualaikum Dunia ;)

Kelangsungan hidup yang sangatlah mencabar serta gajet  sekarang yang semakin hari semakin up to date , memaksa kita mencari alternatif cara hidup sihat untuk anak-anak .




                                                              suke nyer dia ;)
 
Namun begitu , tiadalah paksaan untuk menyuruh anak-anak mengikut kemahuan kita , hanya memberi pandangan dan nasihat serta memupuk minat mereka dengan membawa serta menyaksikan sendiri aksi sukan .

                                                                      antara picture yang dihantar oleh cikgu Archery

Sukan Archery , memang termasuk dalam sukan sunnah , namun begitu tidak banyak terdapat pusat latihan archery yang boleh dihantar oleh ibu bapa ataupun sekolah untuk membuat latihan. Kami bernasib baik kerana di pusat jagaan anak-anak , guru archery datang sendiri untuk mengajar anak-anak ini dengan sukan memanah . Kalau ikutkan memang ade , akan tetapi seperti CB sebutkan tadi tempat latihan amatlah jauh dan ibu bapa juga tidak tahu mana nak cari pusat archery yang bagus .

                                                   si kakak yang cuba skill ... boleh lah , first time kan
                                          

p/s:  dapatlah jugak menghantar budak-budak nie memanah walau sekali sekala ;) , dulu ade juga bawa main badminton , banyak kekangan yang tidak dapat dielakkan lantaran jarak rumah yang jauh hendak membayar fee dewan terlalu jauh ke bandar '(, padahal dewan tue sekangkang semut dari rumah .