Monday, 25 November 2019

PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG

Assalammualaikum Dunia .

Meh sini cikbunga nak kongsi  kepada semua kaki melancong aka travel ... haaaa marilah kita tengok apa yang patut dilakukan sebelum anda melancong ;)

Tiket Flight


Kapal Terbang  ihsan google

Bagasi ihsan google

Travel ihsan google

 Ini merupakan komponen yang paling penting kalau kita nak travel luar negara. Kalau kita tak ada yang ni, possibility untuk kita sampai negara yang kita nak tuju tu sangat nipis. Kalau nak beli tiket flight ni adalah lebih baik untuk kita beli dalam tempoh 6 bulan hingga setahun sebelum tarikh yang kita aim. So, bila ada promo je kenalah grab cepat-cepat.

Sebenarnya banyak airline yang selalu buat promo ni, antara yang boleh kita grab adalah cheap Emirates promo . Seperti yang kita tahu harga tiket Emirates ni boleh tahan mahal sebenarnya tetapi bersesuaian dengan servis yang ditawarkan. So, bila ada promo tu boleh lah beli laju-laju sikit.


Book your ticket ihsan google


 Kalau guna Emirates ni banyak tempat yang boleh kita pergi dan antara yang boleh kita beli ialah flights to London dan sebagainya. Dengan harga yang mungkin sedikit mahal berbanding airlines yang lain tetapi mempunyai servis yang tip top, mesti kita akan berpuas hati. 


L       Lagi satu tip yang mungkin berguna kalau nak beli flight tiket ni, cuba usha harga masa Selasa atau Rabu dan beli juga tiket yang jatuh pada hari tersebut. Orang kata ia lebih murah berbanding kita purchase masa weekend walaupun tarikh yang kita nak pergi tu weekday. 

Aku tak sure ia boleh dipraktikkan untuk semua airlines atau tak, tetapi tak salahkan kalau kita mencuba.
                 



             Itinerary
Iti

         Selepas dah settle beli tiket flight tu, kita boleh mula susun itinerary. Bukanlah kita nak detailkan sangat, tetapi sekurang-kurangnya kita dah mula survey harga tiket masuk tempat yang nak pergi dan aktiviti yang kita plan nak buat nanti. Ini dapat bantu kita daripada segi arrange bajet kita. 

Hal ini kerana aku pegang prinsip untuk ada percutian yang sangat best, kita kena ada plan. Dan bila kita mula buat plan, kita akan rasa teruja dan tak sabar nak pergi. Sedikit sebanyak ia akan bantu untuk kurangkan stress di tempat kerja atau di universiti. 


contoh Itinerary ambik kat google 


sekadar hiasan 


Bila    kita nak buat itinerary ni, kita perlu ada target dekat area mana kita nak stay nanti supaya kita tahu susunan aktiviti yang bersesuaian dengan jarak dan kekangan masa. Bila masa kita nak detailkan itinerary? Cadangan aku kita dah boleh susun dengan lebih kemas dalam masa 2 minggu ke 1 bulan sebelum tarikh travel tu sebab masa tu kita mungkin dah ada spesifik hotel yang kita akan stay.

Macam aku cakap tadi, tak semua benda perlu untuk kita settlekan terlalu awal. Ada benda yang kita boleh beli kurang daripada 2 bulan sebelum sebab harganya lebih murah. 

Dan ada juga yang kita boleh beli kurang daripada 2 minggu sebelum bergantung tempat dan juga keadaan.


Penginapan
Ada    Orang yang suka tempah hotel awal-awal sebab nanti tak payah fikir dah. Tetapi kalau tanya aku, aku lebih prefer tidak terlalu awal dan tidak juga terlalu gamble sampai sana baru cari. Ia bergantung pada jenis penginapan dan juga tarikh yang kita pilih tu. Kalau kita plan nak stay di Airbnb ataupun homestay masa yang sesuai untuk kita tempah lebih kurang 2 bukan sebelum. 
Seb    ab selalunya Airbnb ni tak banyak unit, mungkin satu owner hanya ada 1 atau 2 unit sahaja. Jadi nak dapatkan yang berbaloi tu tak boleh lah nak beli terlalu last minit. Dan kalau tarikh yang kita pilih tu merupakan cuti sekolah ke cuti umum ke mungkin lagi awal kita kena pertimbangkan untuk beli. 


Tempat beradu  ihsan google

OMG Dubai ....ihsan google


N        Namun begitu, kalau kita dah decide awal-awal nak duduk hotel aku rasa tak perlu risau sebab hotel ni banyak pilihan. Dan aku pernah usha, harga hotel ni kadang-kadang lagi dekat dengan tarikh lagi murah tetapi bergantung juga pada demand hotel tersebut. So, 2 minggu ke sebulan tu just nice lah untuk kita book.



Ini je tip yang aku nak share buat masa ni. Kalau korang pun ada tip yang baik, boleh lah share juga dengan aku nanti tau. 

Korang yang kaki travel tue... Jangan lupa rebut peluang yang ada... Kita nak pi travel Mestilah nak jimat kan dan yang penting ianya menjadi kenangan untuk seumur hidup kita ๐ŸŒน๐ŸŒน

18 comments:

  1. singgah isnin pagi
    hari ini bz sangat x dan nak blogwalking

    ReplyDelete
  2. Saya jarang merancang perjalanan. Selalunya tiket saya beli sebulan sebelum fly. Nasibla... kadang dpt murah... mcm sebelum ni...first saya gi London tiket flight RM3700 pergi balik... kali kedua saya dpt tiket mmg murah habis.. RM2700 return. Dua-dua dgn MAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue la... Cikbunga ada kala nyer nampak juga iklan ticket promo... Memang berbaloi grab masa tue...

      Delete
  3. Perkongsian yang ohsem..
    Sha selalu buat macam nie.. Itinerary dan juga penginapan.. Wajib buat awal supaya tak lost dan ada tujuan.. kikiki..

    ReplyDelete
  4. beli TRAVEL INSURANS. penting oooo esp pegi negara2 yg mahallllllll

    ReplyDelete
    Replies
    1. plus, ramai nk berseronok tp terlupa akan keselamatan diri

      Delete
    2. Insurance yang penting tue๐Ÿ‘

      Delete
    3. Betul tue... Bila nak pi holiday... Just fikir pasai holiday jew... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

      Delete
  5. entri yg paling JM teruja nk baca haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaaa.... JM lagi layak buat entry cam gini๐Ÿ˜๐Ÿ˜

      Delete
  6. bila baca entri ni rasa seperti bukan CB yang taip hahahaah

    ReplyDelete
  7. anyway tips yg sgt berguna leh jadi panduan utk yg baru nk belajar travel..pastikan beli insuran jgk...sblm pergi stu satu negara tu at least kena faham jgk serba sedikit negara yg nk di lawati..tak boleh main terjah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... Nnti JM buat ebook tau๐Ÿค—๐Ÿค—

      Delete
  8. check jgk kadar tukaran mata wang..ada money changer yg tawar rate paling cun..dan paling penting jaga keselamatan d tempat orang..

    ReplyDelete