Friday, 22 November 2019

Cerita Etnik Uighur Di China Yang Kita Tak Tahu

Assalammualaikum Dunia .

Mungkin berita ini kedengaran biasa biasa sahaja di halwa telinga kita ...malahan kita tidak tahu nasib dan derita yang ditanggung oleh saudara-saudara seislam kita diluar sana .


Etnik Uighur di China .Photo ihsan Google 

  Kebanyakan isu agama dan ekstrem terhadap Orang Islam adalah kerana fahaman dan ketakutan pemimpin negara itu sendiri ... namun saudara ku yang berada jauh di sana yang ditindas dan di seksa dan dilarang untuk solat, mengajar anak solat serta tidak dibenarkan berpuasa adalah sangat melampau ... inilah yang berlaku kepada kepada orang Islam dizaman kafir quraisy Mekah.


Palestine yang sentiasa bumi nya bermandi darah. photo ihsan Google

Diawal semasa Nabi Muhammad s. a. w menyebar agama Islam selepas diutus menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman ... Ya Allah peristiwa ini berlaku lagi dan kebanyakan disedari atau tidak disedari diseluruh Dunia ... memang berlaku penindasan minoriti terhadap umat Islam dalam Negara besar terutama China ...

Kenapa kita sebagai Islam banyak sangat  membeli barang dari China dan menjual balik dalam Negara ... Sepatutnya dengan kerjasama dan hubungan baik Malaysia China akan dapat menyelesaikan situasi ini dari terus berterusan sehingga mungkin akan hilang semua etnik Uighur di bumi China .
Tidak kah China sedar bahawa rakyat mereka juga bertebaran diseluruh dunia dan ada di Malaysia dan diberi layanan yang sama rata serta kehidupan yang baik dan dengan bebas melakukan ibadah ajaran agama mereka tanpa sekatan ? Ini yang harus dipandang dengan penuh rasa tanggungjawab dan kesedaran untuk membina dunia yang bebas dari kecaman dan ancaman serta pembunuhan dan pelupusan etnik . Tidak hairanlah di Mynmar pun masalah yang sama juga berlaku terhadap umat Islam .

Syiria yang bergolak .photo ihsan Google


Rohingya yang ditindas . photo ihsan Google


Harapan agar ada sinar untuk etnik Uighur di China menjalani hidup seperti manusia yang biasa yang bebas melakukan aktiviti dan ajaran agama.

Wahai saudara ku di sana .. hanya doa yang dapat ku titipkan untuk mu ... brgitu juga di bumi Palestine yang sememangnya telah dinafikan hak dan sekarang nie merebak pulak di negeri Syam , sekarang dikenali sebagai  Syiria ,serta saudara islam di Kashmir ..

Sempena hari Jumaat ini marilah kita menadah tangan berdoa untuk kesejahteraan umat islam sedunia ... aminnnnn

syurga dunia Kashmir . Photo ihsan Google


p/s: penulis hanya menulis atas dari pandangan peribadi penulis dan artikel ini tidak ada kaitan dengan pihak lain sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia .

10 comments:

  1. Thanks to this post, saya baru tahu kewujudan etnik ulghur ni.
    Kalau tak, memang sampai bila2 clueless.

    ReplyDelete
  2. Ramai umat Islam jadi pelarian di negara sendiri..mari kita baca Qunut Nazilah utk mereka..

    ReplyDelete
  3. sama-masa kita mohon doa agar akidah dan nasib mereka terpelihara

    ReplyDelete
  4. kalau sesiapa pegi melancong ke Xian china, bw lah brg utk disedekahkn buat saudara kita kat sana...mungkin itu cara plg pantas utk kita bantu mereka...

    ReplyDelete
  5. ya Allah...syukur sgt..negara malaysia aman...boleh buat ibadah tanpa d larang..tetapi sedih ada lagi yg masih lalai dan tggal sesuka hati

    ReplyDelete