Sunday, 5 June 2016

Popiah dan Donat Paling mudah

Assalammualaikum dunia  ;)

Korang suka makan tak ? aku suka makan , semua makanan yang halal aku makan ;)

so , tak ade masalah ke aper , aku boleh telan jerrr , Oleh sebab aku suka makan , aku juga rajin menggoogle resepi kat internet . Dan selalunya aku cari respi yang mudah dan simple untuk disediakan . Untuk itu , meh aku sharekan resepi paling senang popiah dan donat ;)

Untuk popiah

kulit popiah secukupnya

inti

isi ayam/ daging / ketam

lobak merah

sengkuang

bawang

sedikit garam

toger / timun (option)

 sedikit air untuk nak tampal kulit popiah

seketul kiub ayam -  kalau ade nie tak payah taruk garam

Semua bahan untuk isi popiah hendaklah dipotong atau diracik halus , panaskan minyak sesudu

tumis bawang, masukkan  kiub ayam daging/ayam/ketam , biar sampai masak sedikit , masukkan semua bahan yang diracik dan goreng sampai separuh masak jew - tak yah lah sampai layu sangat

Ketepikan dan biar sejuk sedikit , ambil kulit popiah , dan mula mengisi inti popiah dalam sesudu kecil , jangan banyak sangat nanti kalau di gulung akan pecah kulit popiahnya .

okew, lepas gulung popiah , ulang balik sampai lah inti nya habis , nanti goreng separuh , separuh lagi simpa dalam freezer , kalau nak makan m baru goreng , kalau goreng bebanyak sapa pulak nak makan nanti - membazir jer kan .

goreng popiah sampai kekuningan dan angkat .

Okew dah settle, untuk  yang suka sambal, buat sambal manis sikit dan goreng garing-garing , sapa yang tak suka sambal bolehlah guna sos jer atau yang rajin tue bolehlah buat sosnya dengan cili besar yang di blender dan masak  sikit letak gula, garam dan asam sikit untuk rasa manis dan masam ... hidang untuk minum petang bersama teh o atau bersama air kegemaran ;)


Donat senang 

tepung gandum 3 cawan atau sampai boleh buat doh

3 sudu susu pekat manis -ikut suka hati kalo nak maniss lagii boleh tambah

gula 3 sudu

air suam kuku 1 cawan

sedikit minyak/ mentega  ( cairkan dulu mentega ini)

telur 1 biji gred B

yis mauripan 1 peket

gula / coklat  untuk tabur atas donat

Caranya,

Masukkan air , gula , susu kacau sampai gula larut , masukkan yis dan kacau lagi , pecahkan telur dan kacau bersama minyak atau mentega yang dicairkan , pas tue masukkan kan kedalam campuran air dan yis tadi , biar yis nya naik berbuih ;)

Dalam bekas lain , masukkan tepung , bila campuran air dah berbuih , masukkan kedalam tepung dan kacau sampai menjadi doh, kalau doh lembik , masukkan jer tepung dan uli doh - bulat-bulatkan doh menjadi donut atau kalau guna acuan buat lah mengikut sesuka hati , kalau tak nak buat donat , bulat- bulatkan jer pass tue goreng pon boleh .

Goreng donat , dan tabur gula yang dimesin atau cooking coklat , dan taburlah keatas donut anda , boleh juga tabur coklat rice if you letak coklat ;) dah boleh makan .

P/S: bila masak sendiri , dapat banyak lah jugak dari kita beli kat luar tue , kekadang 2 ketul seringgit tapi kalo dok 2 orang beli jew ;

5 comments:

  1. Suka popia...biasanya letak udang ..sedap

    ReplyDelete
  2. elok sgt ni... my adik2 klu bukak puasa antara yg mesti ada popia la...

    ReplyDelete
  3. mudah!! terus copy resipi ni

    ReplyDelete
  4. Da lama xbuat benda alah ni...hikhik

    ReplyDelete