Friday, 17 June 2016

PERANGAI LAKI BINI

Assalammualaikum Dunia ;)
 
Salam keberkatan bulan Ramadhan al-mubarak yer kawan-kawan , sekejap jew masa berlalu dan kini hanya tinggal tidak kurang dari 18 hari jew kita akan memasuki Syawal gitew ...huhuhuhuhu

Kesibukan mak dan bapak bekerja juga mengundang kerisauan dihati anak-anak zaman sekarang , dimana segala urusan anak-anak telah di berikan kepada pengasuh sepenuhnya .... dan ramai ibu bapa yang pulang lewat malam dan kadang-kadang tidak sempat pon nak menyembang dengan anak-anak sebab anak-anak dah masuk tidur . Hanya bersua muka di awal waktu pagi sahaja .....memang tidak salah mencari rezeki untuk keluarga yang tersayang , tetapi AWAS yer jangan sampai mengabaikan orang yang kita sayang terutamanya anak-anak yang kian membesar dan memerlukan perhatian dan sokongan dari kedua ibu bapanya .

Situasi ini semakin menular dikalangan masyarakat hari ini, istilah skandal dan juga kekasih gelap atau boleh ker kita panggil kekasih haram  yang sering kali memusnahkan insitusi kekeluargaan . Apakah yang mendorong perkara ini berlaku ?

Secara fizikalnya , mak-mak yang bekerja amat stress dengan kerja-kerja di pejabat dan juga kerja dirumah , dan bertambah stress dengan kebisingan anak-anak yang membingitkan telinga apabila pulang dari kerja , oleh itu hasil dorongan dan perhatian dari seseorang teman sekerja amatlah dirasakan istimewa dan dari teman bicara menjadi teman berWasap gitew .... ini adalah tanda-tanda awal si isteri atau si suami mempunyai gilrfriend or boyfriend or kekasih gelap , ... selalu juga kita lihat atau perasan wanita atau mak yang bekerja membelek cell phone dan tersenyum sendirian amatlah menakutkan ...

Persoalannya, adakah cara hidup kita mencari rezeki ini mengundang masalah yang melanda sekarang ? atau ianya sebagai hiburan untuk merawat hati yang lara kerana mendapat teman yang pandai mengambil hati dan menghibur dikala hati yang sedang kusut ...

Al-kisahnya adalah seorang teman menceritakan perihal yang berlaku di officenya , mak yang mempunyai 4 orang anak boleh menjalin cinta dengan bapa yang mempunyai 4 orang anak . Kasihan kan kepada mereka ... tidak sayangkah mereka akan keluarga yang di bina atas dasar cinta itu ? Anak yang baru melihat dunia , dan suami yang bekerja siang malam untuk memastikan semua keperluan dipenuhi , dan juga seorang isteri yang kerjanya menguruskan anak-anak dan rumah yang hanya mengharapkan lakinya memberi wang belanja  setiap bulan . Jika mereka tahu akan perihal laki dan bini mereka di tempat kerja , apakah yang akan bermain di kotak fikiran mereka pada ketika itu ? Salahkan takdir ? Salahkan  waktu ? Salahkan Perempuan itu ? Salahkan Lelaki itu ?

Apakah ada jalan penyelesaian untuk masalah ini ? Jawabnya selagi ada perempuan dan selagi ada lelaki yang hanya tahu untuk menghiburkan hati sendiri , pasti gejala ini tidak akan berakhir ... ini kerana di dalam hati mereka keluarga bukanlah keutamaan dan yang paling penting mereka ada orang kesayangan yang mengambil berat dan menghiburkan hati... ohhhhhh ... tidak kah mereka takut ? Sebagai bapa orang dan sebagai mak orang , satu tempat kerja pula tue .huhuhuhuhuhu.. bagi mereka sekarang adalah masa yang indah dan sangat bahagia , mereka tak tahukah bahawa pasangan mereka menderita ? Apabila semua keperluan dihujung jari dan teknologi berlari seiring masa , mana nilai mak bapak sekarang .

Hanya untuk seronok seronok sahaja . Mana pegangan agama ...opppsss (Jangan jaga tepi kain orang, sila jaga tepi kain sendiri )  namun sebagai insan seagama kita layak untuk menasihatnya walaupon terdapat suara suara sumbang , Jadi apakah tindakan anda ... Diam , hanya pemerhati , biarkan jew lah asal kan dia bahagia , dah tua bangka tak tau nak fikir ke ? jangan sibuk hal orang , jaga diri sendir jew .. sendiri mau ingat laaa ...

Jadi kesudahan nya , tiada noktah . ok lah aku tak mau bercerita lagi sebab ini semua adalah mengenai diri masing-masing dan semuanya sudah berumahtangga dan beranak pinak  ;)


                                                        picture sekadar hiasan dari google

Nota: - kasihan kat anak anak yang masih kecil tak tahu apa apa

2 comments:

  1. Setiap kita adalah bersaudara. Pada kakak teguran yg dibuat kepada kawan pada hakikatnya dia adalah saudara kita. Mahukah kita melihat saudara kita membina jalan utk ke neraka? Hakikatnya juga menjadi tanggungjawab bersama utk membenteras. Sekurang-kurangnya kalau kita dikatakan jaga tepi kain dia kita dah terlepas dari tanggungjawab kita utk memperbetulkan yg salah. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. aduhai...sedih kalau mcm tu..bila dah berkahwin..masing2 tahu tangjungjawab..apa yg boleh pe yg tak boleh..kalau nka hibur diri sendiri n tak nk ada komitmen baik hidup sendiri ye dok

    ReplyDelete