Hari yang indah untuk Negara yang bertuah
;)
Bagaiman persiapan raya anda ? semua berjalan
dengan lancar ? dah shopping baju raya ? kuih raya ? perabot raya ? kereta raya
? pinggan raya ? oppssss awatlah merepek lagu tue ...
Sempena nak menyambut Syawal bulan
kemenangan umat Islam , marilah kita bersama-sama menyambut dengan penuh rasa
syukur kerana diberi kesihatan dan masih lagi menghirup udara di bumi Allah ini
.
Keindahan menyambut lebaran amat terasa
tak kala , kedengaran lagu raya berkumandang di corong-corong radio dan juga di
mall membeli belah telah rancak di
dendangkan di sana sini .
Masa dahulu teringat zaman kanak-kanak
dimana situasi ini amat dinantikan dimana memasuki 10 Ramadhan yang terakhir
... mendengar takzirah dan cerita-cerita yang disampaikan menjadikan semangat
untuk mencari 10 malam yang terakhir itu ;) tapi nan hado sebab dah tidoq
akibat keletihan apabila balik dari terawih ;)
Dan untuk
kenangan itu juga pada malam 7 likur atau malam yang ke 27 kita berpuasa
, di masjid kami ( masjid lama zaman kanak-kanak , dah tak ade sebab dah roboh
) ada juga disediakan kuih muih untuk santapan jemaah .. seronok weiii habaq
kat hang. Rindunya waktu itu , tak payah nak dok serabut sangat , pagi pi
sekolah , petang plak sekolah petang, selepas berbuka pi masjid , balik terawih
tidoq ;) seronoknya zaman kanak-kanak .... ( waktu bulan ramadhan , mengaji dengan
pakngah cuti sebulan ) .
Dalam masa kurang seminggu pulak , tolong
sibukkan diri tolong mak buat kuih , waktu itu , tiada pakai oven macam zaman
sekarang , kena pi cari sabut kelapa untuk membakar kuih baulu yang menjadi
kemestian untuk setiap kali raya , merasa jugalah memukul telur untuk buat kuih
belanda a.k.a kuih semperit , kena jaga api bagai jangan sampai hangit , sampai merah-merah
tangan menggulung kuih hahahahaa indahnya ...sekarang tak ade lagi sebab semua
pakai jari jew huhuhuhuhu....kuih yang
menjadi kemestian kuih bangkit , maruku
, kuih bakawali (suka kuih nie ) tempeyek , rempeyek kacang hijau ...seronok
tolong mak buat ;) tapi sayang tak ambik resepi ... nanti nak pi tanya resepi
kat mak. Yang lain-lain tue kuih dah moden sikit , pas tue dah ade oven , semua
kuih kakak yang buat , kita tolong masukkan dalam balang jew hahahahaha.
Pada zaman itu (zaman saya waktu
kanak-kanak) , baju mak yang belikan , kita pakai jew ...pakai baju sedondon
dengan kakak , pas tue ade baju gaun lagi ....semua gambar waktu tue tak ade ,
poor me , tak ade kenangan nak tunjuk kat anak-anak . Bila dah masuk sekolah
menengah dah demand , pandai carik color sendiri ...
Malam raya lagi best habaq kat hang , 2
hari atau 3 hari sebelum raya memang tertunggu tunggu kakak yang sulung balik
sebab , kaklong masak sangat sedap , dan bila dia balik rumah jadi sangat
bersih dan kemas , pas tu kalau malam raya , dia boleh jahit langsir lagi ,
bukan untuk satu atau dua tetapi untuk satu rumah dia jahit , kaklong memang
hebat ;) malam raya tak tidoq , pasang langsir dan isi kuih raya , tapi yang
paling best malam raya juga mak selalu buat kenduri , panggil orang sekeliling
rumah untuk takbir raya dari rumah kerumah ;)
Selalunya pagi pagi subuh lagi mak
kejutkan pada pagi raya , lepas mandi , solat subuh , bersalaman dengan mak
bapak dan ahli keluarga yang lain , pas tue tunggu sedara mara datang
berkunjung , sebab mak anak sulung , so kita tunggu adik-adik mak datang beraya
;) nie sebelum solat sunat raya yer ...
Sekarang dah tak der cam tu , ( masih
praktik lagi kat umah mak ) lepas solat subuh jew bantai tidoq tidoq lagi ,
tunggu solat raya baru bersalaman ... tapi kat rumah sendiri ajar juga kat
anak-anak bersalaman sebelum solat raya ;) tak der la kelam kabut lepas balik
sembahyang , nak bersalaman dan juga dengan tetamu yang datang lagi kan kan kan ...
picture semua credit to encik google
p/s: Keindahan syawal sentiasa ada untuk kita yang meraikan nya
setiap tahun.Nukilan ini untuk
diimbau nostalgia oleh diriku .