Wednesday, 4 September 2024

Selamat Mendarat ke Kuching Sarawak Ogos 2024

Assalammualaikum Dunia.

Meh sambung citer pi Kuching. Night flight smooth jew.. Kapten yang bertugas pula adalah Kapten Hafiz kot kalau tak silap...

Kena lar bergambau kat sini

Selamat Datang Sukma xx1 
Sarawak 2024

Tup tup jew Kapten kata dah nak landed kat Kuching, ehhh macam cepat plak... Tak Sampai 1jam 50 minit... Laju betui Kapten nie bawa... Maybe cuaca pun memainkan peranan kot... 

Alhamdulillah selamat mendarat kat Kuching International Airport. Tapi kan sebelum tue, masa flight nak landed, telinga ko akan rasa tekanan yang kuat... Haaa korang kenalah pakai ear phone..Sampai je terus pi beratur kat kaunter immigration... 

Nak jugak... Selfie sikittt

Mak bunga ngan anak bunga 

Oh yer, orang semenanjung yang nak pi ke Sarawak dan Sabah tidak perlu passport yer, semasa sampai balai ketibaan kena melalui immigration dan kita akan diberi satu slip macam pas la... Yang kurang dari 90 hari... Kalau lebih 90 hari akan dapat passport biru kalau tak salah... Tak yah apply, akan dapat masa dah sampai kat sana... Sarawak atau Sabah...


Permit masuk Sarawak.. Jangan hilangkan, sebab masa kita nak balik ke semenanjung kena pulang kan balik kat pegawai  immigration ysng bertugas , simpan dengan selamat, jika hilang kena buat polis report😉


Kuching International Airport tak der lar besar sangat yer... Ok lar... Kat sini Mas dan Air Asia sama bangunan... Cuma asing asing pintu pelepasan masuk dan keluar... 


OK dah jom kita balik apartment 🌹

Sebab sampai awal, cikbunga rounding jew kat kawasan airport, ni kan kali pertama kan... Masa ni dekat Kuching International Airport memang ada sediakan welcome to to atlet dan juga para Kontinjen. 

Till then

✈️✈️

5 comments:

  1. Replies
    1. Ni pertama kali nie... Alhamdulillah... 🌹🌹InsyaAllah 2026 kat Selangor pulak wak😄

      Delete
  2. Oh saya baru tahu, keluar nya juga lewat imigrasi ya kak, walopun tak perlu pasport. Berarti kalo foreigners , walaupun dia berangkat dari KL, ke Serawak, tetap akan diminta pasport? Hanya warga negara Malaysia saja yg tidak kan?

    ReplyDelete
  3. rasanya ms g kuching dulu x de permit ni. mungkin sbb sy stay sekejap je kot. tp sy ttp bw passport merah tu in case kalau diorg minta

    ReplyDelete