Monday, 26 November 2018

Annual Concert & Graduation Day 2018 - WACECE MUMTAZ KIDS

Assalammualaikum Dunia .

Main entrance 

Dewan yang dihias

Hujung-hujung tahun nie, memang akan ada majlis-majlis penyampaian hadiah, pelajar cemerlang , jamuan perpisahan dan tak lupa juga majlis habis sekolah ... waaaaa... dak Rayyan tahun depan masuk darjah satu ... dah besaq dahh !!!

Bacaan selawat

Doa dan surah lazim

Fitting room

Back to 60'

Majlis diadakan di dewan Kolej Yayasan Melaka (KYM) , pada sebelah petang dan semestinya meriah dihadiri para pelajar yang dah nak habis sekolah diiringi para ibu bapa dan juga sanak saudara .
Masa inilah korang akan dapat melihat bakat anak-anak kecil nie diterjemahkan dan dipertontonkan kepada ibu bapa kerana kebanyakan masa anak anak ini adalah disekolah dan diajar oleh guru serta mendapat bimbingan terus dari guru . Kalau kat rumah tak mahu dia nyer nak ikut cakap ibu bapa membuat sesuatu seperti menari , menyanyi , berlakon dan sebagainya ... terima kasih cikgu semua kerana kesabaran mendidik anak-anak ini menjadi anak yang cemerlang dan mendengar kata .

Dance muda mudi

Memang gelihati melihat telatah budak-budak nie kat atas pentas , memang mencuit hati dan menghiburkan , walaupun majlis agak panjang sehingga pukul 6.30 petang , masa terasa pantas jer seiring dengan telatah anak-anak ini diatas pentas . Sebagai ibu bapa , mesti rasa , wow .. berani erk duduk kat pentas dengan disaksikan para tetamu yang hadir ... memang 'amazing' .

Dah konvo

Untuk itu , diabadikan sebahagian moment-moment indah sewaktu majlis berlangsung .



Dak abang

Ok bye bye

 Semoga Rayyan akan mengingati detik-detik ini untuk dijadikan cerita di sepanjang perjalanan menjadi seorang pelajar di sekolah nanti ;)

6 comments:

  1. dasat budak2 sekarang... siap ada konsert gitu... last week tadika dpn opis sy ni buat konsert ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman kite jer tak der ... sekolah menengah lagi dasat... siap buat fareweel kat hotel kot ... tamat sekolah ... alahai dpt tengok jer laaa

      Delete
    2. yg dok bandar lg dahsyat...seram tgk hehehee

      Delete
    3. Yaaa...siap buat graduation konvo lagi

      Delete
  2. Dah konvo dah comei jek pakai jubah

    ReplyDelete