Assalammualaikum Dunia ,
Hai kengkawan , wat ape tue , tengok dok fikir nak masak ape ke untuk menu berbuka petang ni? haaa akak nak kongsikan satu respi masakan ayam yang mudah dan simple dan glamour ;)
Bahan pon tak banyak nak guna .... cuma banyak pakai bawng putih dan merah jew ... yang lain-lain tue boleh ekjes je...
Resepi ni akak ambil dari blogger yang famous dan glamour cikepal , sila clik sini
http://cikepal06.blogspot.my cikepal ada tunjukkan step by step acaner nak masak , akak main lebur jew
Ayam Masak Bali
Ayam sebelah dipotong kecil
Cili kisar dalam 2 senduk
Bawang Besar 5 ulas
Bawang Putih 10 ulas
Sedikit Halia (ikut suka)
Daun Kari
Serai dalam 5 batang
garam , serbuk perasa, kiub ayam knorr
kicap / asam keeping / asam jawa /gula/ garam/ perasa
Ayam masak Bali in the house
Cara Memasak
Ayam di potong kecil dan dibersihkan , gaul ayam bersama kunyit dan garam (ketepikan )
Bawang putih dan merah di blend .
Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak . toskan ayam , tumis serai yang diketuk untuk bagi rasa harum gitew dan tumiskan bawang yang diblend kedalam kuali, kacau biar rata , masukkan cili kisar , kiub ayam , asam keping or asam jawa, kacau lagi ..masukkan ayam dan sebatikan suasan dalam kuali , masukkan kicap , gula dan garam .. perasakan masakan dan sesuaikan rasamengikut tekak masing- masing.
Dalam kuali yer kengkawan
Bayam masak tumis airππ
Senang jer kan , mudah dan cepat dan yang penting sedap , okew lah thank youlah cikepal sebab bagi resepi yang senang giler dan sedap ;) yummy .. minta halalkan yer resepi nie ... korang pon boleh jer ikut step by step dalam blog cik epal . ok babai .
p/s:la ni entry menu berbuka puasa menguasai carta carta bloggerππ