Friday, 25 March 2016

Cerita Icha


Assalammualaikum Dunia ;)

Cerita Icha

Rasanya tidak pernah aku cerita detail pasal anak-anak , entry ini untuk mengimbau kembali keletah-keletah anak-anak yang telah membuat bahagia, gelisah , risau , takut dan bermacam-macam lagi perasaan dan juga untuk ditatap kembali oleh anak-anak bila sudah dewasa nanti ;)

                                                                                     just born

Icha atau kakak adalah panggilan kat rumah atau nama sebenarnya Nurul Alisha yang telah dilahirkan pada 12 Ogos .Sewaktu dilahirkan beratnya tidak lah sambai 3 kg pon , hanya sekitar 2.75 kg ... betul ker nie ,,, Memandangkan aku dok Melaka , dah sah-sah lah Icha lahir kat bumi bertuah ini ;) kalau tak silap waktu tue kita umat Islam dah beraya dalam dua minggu kot . Kenangan . Biasalah bayi waktu kecil macam-macam dugaan nya nak jaga depa , al-hamdulillah dah melalui waktu itu .
 

                                                             baru tumbuh rambut after cukur







Dari umur satu hari , Icha tak berapa gemar di pegang oleh orang sembarangan ;) kalau orang lain pegang atau ambil , pasti lontaran vokalnya boleh memecah gegendang telinga .  Dia memang kuat jerit .. jadi tak hairanlah sampai sekarang kepetahan suaranya masih lagi menjadi carta juara kat rumah nie . Icha juga suka bertanya ( that's good ) , dan juga ringan tangan  nak tolong uminya , paling dia suka kerja kat dapur , pantang nampak umi kat dapur mulalah nak tolong pegang itu , pegang ini , kalut okew.. bukan nya umi tak suka , suka sesangat , tapi tak berapa sesuai lagi dengan umurnya , kadang-kadang takut wei tengok dia pegang pisau , dia ingat mainan agaknya ... 




ngan Abang
 Pernah berlaku insiden sebenarnya antara Icha ngan adiknya berebut gunting , and the end that tergunting jari ...oooooo dengan darah yang banyak , takut umi masa tue, jari kelingking plak tue ,,,, dah ler jarinya halus , tak boleh bayangkan ... tapi al-hamdulillah , luka kecil ...syukur
 

my sweet girl

main kapal terbang kertas
 
Sikap nak tahu tue memang bagus, dan lagi satu walaupun Icha nie nampak garang, ngan adik dia tetap baik okew, nasiblah lah Cha , hang kan kakak kenalah beralah , walau kena ketuk , kena hentam kena debok ngan adik, dia still okew , akan tetapi kalau dah terlalu sakit tue , memang akan dengar adik dia menjeritlah ....lagi satu , bila pergi ke kedai , kalau kita beli untuk dia , dia akan remind beli untuk abang, adik ... memang  betul lah ..kalau Abang dia ... tak ingat langsung pon nak belikan untuk dia ;-

well , that's my girl huhuhhu . semoga bila Icha baca coretan ini , umi harap icha akan tetap jadi kakak yang prihatin terhadap adik dan juga abang ;-

Cita-cita banyak sebenarnya , masa kat tadika KEMAS , Icha nak jadi Pilot , masa tadika JAIM  nak jadi teacher plak  siap ambik gambar lagi  ( pilot ) , apa yang Umi harapkan impian Icha akan terlaksana .


 

Lagi satu Umi nak pesan , tolong sayang sikit barang-barang kakak okew , nie tidak , banyak barang dia tak tersimpan , pakai biar jew cam tue ...

 


 

 
 
Sekejap jer Icha dah masuk darjah satu , semoga rajin baca buku dan berjaya InsyaAllah , Papa dan Umi doakan yang terbaik sahaja untuk anak-anak umi ;)
 
p/s: entry ini untuk kenangan dan untuk dibelek- belek semasa hari tua nanti ;)                

4 comments:

  1. Aunty pun seronok baca catatan umi pasal Icha...
    semoga Icha membesar sebagai anak yg solehah, penyejuk hati ummi dan papa :)

    ReplyDelete
  2. seronok tengok anak2 membesarkan, rasa sekejap je masa berlalu

    ReplyDelete