Monday, 29 February 2016

Sushi , Aiskrim Sumi dan Mee Goreng

Assalammualaikum semua ;)

Pada suatu hari yang cerah , angin bertiup dengan kencangnya dan juga cuaca panas yang sangat membahang , telah menggerakkan kedua-dua kaki ku ini ke ruang dapur untuk mencari bahan dan idea membuat makanan untuk anak tekak ini ... mata meliar mencari sementara kedua-dua tangan menguak daun pintu ais ...
 
 
Aiskrim Sumi
Aiskrim coklat & anggur (black berry)

hahahahaaa dah jumpa detik hatiku ketawa girang , apatah lagi aku baru sahaja melihat resepi yang menjadi viral hahahaaa yaaa resepi pun mudah dan bahan nya ada didepan mata ..
maka dengan kedua-dua tangan dan otak aku memulakan operasi ... oohhh yaaa, ada kepingan Nori juga ...aku mengambil 1 cawan beras untuk ditanak dengan air yang terlebih sedikit supaya nasi yang akan dimasak menjadi lembik sedikit sebab aku tidak ada beras untuk membuat Sushi....dan bahan -bahan yang akan digunakan adalah telur dan juga hirisan ketam ...senang jer kerja nya moh kita tengok gambar nya kawan-kawan ...

 
Sushi Express ;)
 
 
Dan untuk menutup hidangan pulak , kedua-dua pancaindera mata ini , terpandang akan adanya mee ...taugeh, lobak merah, ikan bilis dan beberapa ketul bawang merah dan putih ..... apa lagi kita bikin mee goreng , pecah telur dan taruk kicap .. buat sedikit basah-basah....
 
 
wahhh marbelasss untuk tekak den ;) lepas tue , leh lah buat air teh o panas ,, dan tambah ler beberapa ketul ais sebab cuaca panas kannnn .... maka dengan tenang suapan demi suapan masuk ke mulut kuuu... dengan tidak semena -mena ribut dan angin kencang disulami dengan terikan pekikan dari arah hadapan ruang tamu ... oooohhh dah bangun rupanya tomei dak Umiiii ... hiiiih maka dengan sepantas kilat, baru jew nak makan sambil verangan ... memang betul lah dak bertuah nie telah melenyapkan angan -angan Umi koooo .. sekian cerita untuk edisi Sushi, Aiskrim Sumi dan Mee goreng ...  dah jom sambung buat kerja , walaupon hari ini hari Isnin . namun masa terus berlalu tidak kira hari ini hari apa dan apa yang ada dalam fikiran kita ;)
 
 

6 comments:

  1. Pergh.. Ohsem betul menunya.. hehehe

    ReplyDelete
  2. cuti 2 hari lepas..
    asyik makan aiskrim malaysia nie je..
    kakak² ipar rajin buat hantar kat rumah....

    ReplyDelete
  3. Kakak semalam ingatkan nak buat aiskrim sumi tapi tak sempat.
    Minggu depanlah nak buat. Bebudak mesti suka kan:)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya makanan, jadi lapar baca post ni :'D

    ReplyDelete
  5. sedapnya.... lama plok x mkn aiskrim malaysia ni

    ReplyDelete