Saturday, 28 March 2015
CONTEST BR1M MENANGI RM500 TUNAI
Contest BR1M 2016 : RM500 to be won
BR1M adalah singkatan kepada Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang telah diperkenalkan pada tahun 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak . Dengan adanya BR1M ini ianya telah merubah tanggapan rakyat bahawa Kerajaan amat prihatin terhadap nasib dan kehidupan rakyat yang semakin hari semakin menanggung kos hidup yang tinggi terutama di bandar-bandar besar dan juga di kampung-kampung.
Dengan adanya bantuan BR1M ini , ianya dapat meringankan beban rakyat tidak kira dimana mereka berada terutamanya kumpulan golongan yang menjadi sasaran kerajaan iaitu golongan yang amat memerlukan dengan isi pendapatan kurang daripada RM4000 kebawah . Ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu - bapa untuk menjelaskan bayaran yuran pengajian anak-anak yang bersekolah dan juga untuk kegunaan membeli peralatan persekolahan seperti baju sekolah, kasut , alat tulis dan juga buku .
Oleh itu rakyat seharusnya di ingatkan agar memanfaatkan BR1M dengan sebaik-baiknya . Para peniaga kecil-kecilan yang berada di kampung atau di bandar-bandar besar harus pandai menguruskan BR1M dengan mengguna pakai kemahiran mereka untuk meningkatkan pendapatan dengan cara wang BR1M dijadikan modal untuk membuat kuih-muih , nasi lemak dan juga mejual air yang modalnya adalah lebih rendah dan boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Gunakanlah kemahiran yang ada dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan tarap hidup dari segi ekonomi secara amnya .
Untuk golongan bujang pula yang mendapat peruntukan BR1M ini harus merebut peluang yang ada dengan menggunakan idea yang segar serta kreatif pasti akan ada idea-idea baru kerana golongan belia ini sentiasa berpandangan jauh ke hadapan . Kumpulan golongan ini boleh memulakan kedai diatas talian dengan pelbagai produk dan juga kreativiti . Menggunakan media sosial seperti facebook, blog, twitter, instragram dan sebagainya mampu menjana pendapatan sampingan atau tetap kepada golongan ini . Media sosial adalah cara yang efektif buat masa sekarang ini untuk menjual atau mempromosikan sesuatu produk .
Peruntukan BR1M sedikit sebanyak amat membantu golongan kurang berupaya atau bernasib baik dalam menghadapi peningkatan kos hidup yang semakin hari semakin tinggi . Rakyat amat bersyukur akan keprihatinan yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam menghadapi situasi ini. Dengan BR1M inilah golongan tua atau kurang berupaya dapat manfaat yang mana mereka menggunakan sebaik -baik mungkin untuk membeli ubat-ubatan , keperluan peribadi , membeli makanan yang berkhasiat serta boleh juga membayar bil-bil yang tertunggak . Sudah pasti syukur yang teramat sangat dan terima kasih kepada kerajaan dalam membantu masalah rakyat yang kadang-kala tidak pernah pun terlintas di kotak fikiran kita .
Untuk penerima-penerima BR1M yang layak dan tidak tahu untuk membelanjakan wang tersebut , adalah disarankan agar menabung atau menyimpan didalam Amanah Saham Bumiputera atau juga dikenali sebagai ASB . Sesungguhnya dengan melabur dalam ASB pasti pelabur akan dapat hasil pulangan nya setiap hujung tahun . Bagi kumpulan ini , melabur adalah cara yang sangat bijak dalam membantu mengatasi kos hidup yang tinggi dan berjimat cermat dalam berbelanja dan hanya membeli barang keperluan atau yang di gunakan sahaja . Sebagai pengguna dan rakyat yang bijak di Negara Malaysia, ini lah yang terbaik untuk anda .
Berdasarkan senarai diatas, 5 manfaat yang didapati dalam pelaksanaan BR1M terhadap rakyat Malaysia . Kebaikan BR1M memang tidak dinafikan dalam membantu isi pendapatan keluarga yang berpendapatan kurang dari RM4000 diakui menyelesaikan sedikit sebanyak masalah dan juga kesusahan rakyat . Selain meringankan beban ianya juga membantu rakyat untuk mengawal cara hidup dan perbelanjaaan supaya tidak terlalu mengikut nafsu dalam berbelanja dan juga membantu rakyat mengurus sumber kewangan atau pendapatan dengan cara yang betul. Keburukan dalam pelaksanaan BR1M ini dari segi ekonomi, mungkin kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan wang yang banyak untuk membayar BR1M kepada kumpulan sasaran . Mungkin wang itu boleh digunakan sebagai pelaburan atau pun membina rumah mampu milik untuk rakyat . Sungguh pun begitu tidak dinafikan bahawa dengan adanya BR1M , berlakunya kerancakan ekonomi dan secara tidak langsung membantu meningkatkan sumber pendapatan Negara .
Sesunggguhnya pihak kerajaan telah meneliti dan membuat kajian yang begitu mendalam sebelum melaksanakan BR1M . Sebagai rakyat yang sentiasa peka akan keprihatinan kerajaan , patut menyokong dan mendukung penuh akan dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan memakmurkan Negara kita yang tercinta ini . Harapan agar pihak kerajaan akan terus meneruskan program BR1M dalam misi untuk membina Negara maju 2020.
Pesanan Cikbunga :
bantuanrakyat1malaysia.com sedang menganjur peraduan BR1M yang menyediakan insentif RM500 kepada tiga penyumbang, dan 10 hadiah sagu hati (tunai RM50)! Penyertaan masih dibuka sehingga kami terima quota maksimum iaitu 100 peserta. Bertindak sebelum terlambat!
Salam. Hee gud info.
ReplyDeletetapi BR1M sekarang dibayar 3 peringkat.. tak macam sebelum ni.. lamsam terus
ReplyDelete