Wednesday, 11 February 2015

5 perkara unik tentang Jepun

Uniknya Japan Dimata Aku ;)

Cabaran Bulan Februari.


Aku memang bercita-cita nak pergi Jepun satu hari nanti ;) oleh kerana ada penaja yang baik hati , maka aku cuba jew nasib kat sini untuk suka-suka memeriahkan majlis heheheee
ini adalah senarai betapa uniknya Jepun dimata aku ;)


1) Penduduk Jepun yang bersopan santun dan lemah lembut gitew

  korang perasan tak masyarakat Jepun yang bercakap sambil tutup mulut dan penuh dengan  kesopanan dan membuatkan aku kagum dengan cir-ciri yang dikekalkan sehingga kini .Begitu ayu sekali dan memang penuh dengan budaya kesopanan yang tinggi , setiap kali pun mesti tunduk dan merendah diri dan sentiasa tersenyum .. dan sehingga ke hari ini mereka masih mengekalkan tradisi dengan pakaian kimono yang cantik sangat .

 

2) Berdisplin yang tinggi

Disiplin yang tinggi dimana seawal usia anak 5 tahun (bagi kita kat Malaysia nie hantar TADIKA ) mereka telah diajar untuk menguruskan diri dan menghormati orang lain - di sekolah ini mereka diajar tatatertib semasa didalam kelas dan belajar memasak , menyediakan makanan untuk kawan-kawan dan juga membersihkan pinggan  makan dengan diawasi oleh guru . Dengan ini tiada masalah untuk generasi baru menghormati orang yang lebih tua contohnya beratur semasa naik bas (tak macam kat Malaysia berebut-rebut ) dan juga sentiasa berfikir untuk kegunaan orang yang seterusnya (next user) memang terbaik lah mereka nie contoh bila makan dekat restoran segera mereka akan mengemas sendiri dan akan memasukkan kerusi yang mereka duduk itu kembali ketempat asal (moral yang tinggi ) kalau kita lepas makan tinggalkan begitu sahaja dekat atas meja tue huhuhuuu.





3) Bahasa Jepun adalah yang utama

Mereka amat menitik beratkan penggunaan bahasa ibunda mereka dan meletakkan ditempat yang tinggi . Walaupun dengan penggunaan bahasa ibunda , mereka telah Berjaya dalam bidang elektronik dan juga menjadi Negara yang maju dan pintar di dunia .Apa yang pasti mengikut pengetahuan aku yang cetek ini , dan juga pernah lah belajar sedikit bahasa Jepun yang di ajar oleh sensei (panggilan guru untuk orang Jepun) mereka sangat ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mengajar bahasa Jepun tanpa mengira masa dan penat lelah dimana sanggup mengadakan kelas untuk kami selepas waktu kerja tanpa mengenakan bayaran walau satu sen pun ( baik nya hati sensei Hayashi) jasa mu amat dikenang sampai bila-bila .

Dari segi pemerhatian aku , kesungguhan mereka dalam sesuatu bidang itu memang amat tinggi dan memang patut kita contohi dan tidak hairanlah mengapa mereka boleh berjaya dan bangkit dengan cepat walau pun telah ditimpa bencana , mereka akan cepat pulih semula .



4) Sangat menepati masa dan menjaga kebersihan

Masyarakat Jepun amat menepati masa kerana bagi mereka masa itu amat penting , apa yang pasti setelah sekian lama aku bekerja di salah sebuah syarikat Jepun dan memerhatikan segala tindak tanduk mereka , memang tidak dinafikan masa amat penting dan mestilah ditepati ( pernah juga terjadi dimana mereka yang menunggu untuk kita heii malu weii) Kebersihan memang boleh dikatakan yang paling utama , memang dekat tempat kerja aku ini kebersihan memang terbaik (kami ada hari 5S dan sekarang 6S dan setiap bulan Managing Director akan rounding satu company untuk menilai kebersihan) .

 
5)  Negara Jepun itu sendiri unik

Negara Jepun itu sendiri yang unik dan keunikannya telah menarik minat ramai pengunjung diserata dunia untuk mengunjungi Jepun dan merasi sendiri keunikan makanannya semestinya sushi , tradisinya, bahasanya, kehidupan masyarakatnya walaupun maju tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisi dan kesopanan yang tinggi . Bila bercakap mengenai Jepun secara automatik kita akan terbayangkan pakaian kimono , dan juga cerita  animate-animate yang amat popular ( aku pun minat dengan animate seperti Naruto, Kamenrider, Bleach dan banyak lagi ) dan juga fesyen jalanan yang amat popular dan juga menarik minat orang serata dunia untuk melihat sendiri keunikan fesyen tersebut.

Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie

Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30
 

Ini adalah serba sedikit huraian aku mengenai Jepun , dulu masa sekolah menengah aku tak berapa suka sejarah Jepun sebab banyak nak ingat nama dan tarikh tetapi al-hamdulillah lah paper sejarah aku tak pernah failed dan biasanya aku dapat A atau B sahaja .. biar betul kau ... memang betul pun percayalah ..

Aku pun tak pasti masih releven tak tak huraian aku nie , diharapakn panel pengadil akan membaca contengan aku ini.
nak tunggu cabaran bulan March pula ;) .

8 comments:

  1. jepun oh jepun..diorang punya sistem memang terbaik =)

    ReplyDelete
  2. tq for sharing..
    x diakui segala sistem di jepun sgt teratur n canggih./.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana sudi memeriahkan contest ini.. :)

    ReplyDelete
  4. 5 perkara unik tu mmg betul. Saya pun kagum dgn budaya masyarakat jepun :)

    ReplyDelete
  5. 5 perkara yang awak highlight-kan tu memang betul.. memang tak diragukan lagi..hmmm.. tapi dalam semua benda yang indah ini... banyak benda tersirat yang kita tak tahu... hehehe..

    Saya nak cerita panjang pun macam penat je nak taip...
    based on pengalaman duduk kat sana... setiap yang indah pasti ada sedikit calitnya..

    but still Japan is one of the worth country to visit... but despite visiting regular city such as Tokyo... why not try Miyagi/Sendai/Fukushima area..

    anyway... moga2 awak menang contest ji.. :)

    ReplyDelete