Tuesday, 18 November 2014

KARNIVAL UPIN IPIN DAN ULTRAMAN 2014

Salam ,
semua dah tahu kan pasal carnival Upin dan Ipin pada 21 hingga 23 November 2014... apalagi cuti sekolah dah pon start .. mari serbu ramai-ramai kat Putrajaya jer pon ... anak kita fan nombor satu ultraman  heheheee.. di pon fan juga ngan upin dan ipin hahahaaa semua nyer diorang minat ... yg gegirl plak tak sabar nak tunggu cerita Puteri tueee .. meriah tau ...

                                                       gambar selingan

okey nie saya copy dan paste kat sini dia punya banner kat website Upin & Ipin .... congrate lah pada tokeh  Haji Burhanuddin (harap tak salah eje nama nie yer kalo salah  harap dimaafkan ) Les copaque sbb join adventure ngan Tsuburaya dari Japan( kite minat semua citer animasi dari Japan )  ... haaa ko jgn tak percaya plak dia dah pon tayangan animasai kerjasama ... hebat betul lah anak melayu ;) caya lah ...

meh tengok sini:))


Seperti yang telah diumumkan, Karnival Upin & Ipin akan berlangsung pada 21-23 November 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Lokasi ini dipilih kerana ianya begitu sesuai untuk penganjuran Karnival Upin & Ipin yang mengutamakan keselesaan pengunjung. Selain itu, pengunjung juga mudah untuk datang ke PICC kerana ianya terletak ditengah-tengah Putrajaya dan terdapat pelbagai pilihan laluan masuk. Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana telah menjadi penaja lokasi karnival kali ini.
Alamat ke PICC :
Putrajaya International Convention CentreDataran Gemilang, Presint 5
62000, Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
MALAYSIA
Untuk karnival kali ini, pihak Les’ Copaque Production bakal menggunakan 2 dewan utama iaitu dewan A & B. Semestinya pelbagai tarikan menarik bakal disediakan buat pengunjung yang datang nanti. Terdapat juga persembahan istimewa dari Ultraman, Replika saiz sebenar rumah Opah dan yang terbaru adalah “Studio Tour”. Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai Karnival Upin & Ipin.

Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA

Masuk adalah PERCUMA !


picc2
Putrajaya International Convention Centre

6 comments:

  1. nak comment dekat blog upin ipin tu kena tekan read more, sis..;) good luck..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try read more tp x der pon ruangan utk komen :(

      Delete
  2. you're nominated...http://ifyouknowwhatimean21.blogspot.com/2014/11/liebster-award-dianeeya.html

    ReplyDelete
  3. best ni.. nak bwk anak pergi sana.. hehee

    ReplyDelete
  4. menarik nie....mmg kene pergi...lieya ni yg dok putrajaya pun mcm malas2 nak pergi...tapi teringat dayyan suke ultraman mcm nak gagahkan diri jugak...tapi tgk lee keadaan kemalasan kerajinan mcm mane....

    ReplyDelete
  5. Masa cuti sekolah memang banyak program-program camni...

    Yang penting kita spent masa bersama-sama dengan family...

    ReplyDelete