Saturday, 18 October 2014

RUNNING MAN DATANG KE MALAYSIA !!!

Di sebalik kekecohan gara-gara protes di Hong Kong baru-baru ini, ia bukan penghalang buat peminat tegar program Running Man hadir memeriahkan konsert Running Man Fan Meeting Asia Tour 2014 ‘RACE START! di Dewan 10, Asia World Expo, Hong Kong. Lebih 5,000 penonton yang hadir nyata tidak mahu ketinggalan bertemu lima hos program popular Korea Selatan itu iaitu Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook, Ha Ha, dan Ji Suk Jin. googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1400558027982-0'); }); googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1382432798665-0'); });

Foto
KEbanyakannya turut membawa sepanduk dan memakai kemeja-T tertera gambar artis kesukaan mereka itu membuktikan masing-masing memang peminat fanatik.Mereka yang sebelum ini hanya menonton Running Man di televisyen, kegembiraan jelas terpancar di wajah penonton tatkala dapat berjumpa sendiri artis kegilaan mereka itu. HA Ha sempat bertemu penonton secara dekat. PEMINAT dan Ha Ha membuat cabaran makan ‘pepero’. KWANG Soo dan Ha Ha dengan aksi mencuit-hati mereka. Biarpun ada yang duduk jauh dari pentas, mereka tetap teruja apatah lagi dua skrin gergasi di kiri dan kanan pentas memaparkan secara jelas setiap aksi lima hos berkenaan. Berbanding konsert penyanyi, tentu sekali peminat tertanya apa pula yang istimewa sangat untuk mengikuti konsert mereka sedangkan tidak banyak boleh dilakukan.Maklumlah, bukannya mereka membuat rakaman sesi cabaran sebagaimana yang penonton lihat di setiap episod program itu Namun, konsert berkenaan ada penangannya tersendiri dan tidak keterlaluan dikatakan ia lebih berbaloi berbanding sekadar duduk menonton konsert.Mana tidaknya, sepanjang masa tanpa ada lapang dihabiskan mereka menghiburkan penonton baik dalam sesi permainan hinggalah persembahan nyanyian.Karakter masing-masing ternyata tiada bezanya sebagaimana dalam setiap episod Running Man.Tidak perlu berpura-pura bahkan ramai penonton bertuah dapat menyertai mereka di pentas menjadikan suasana konsert bermula jam 8 malam itu lebih meriah serta penuh warna-warni.Dimulakan dengan sesi pembukaan di mana kelima-lima mereka tampil menyanyikan bersama lagu berjudul My Destiny. Sorakan demi sorakan terhadap mereka menghangatkan lagi atmosfera dewan berkenaan sehingga penonton yang mulanya duduk terus berdiri.“Jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini. Sesungguhnya kami sangat sukakan semangat peminat pada malam ini dan semestinya kami cintakan Hong Kong. Semoga sokongan sebegini berterusan dan tahun ini dapat mengumpul lebih pengikut sepanjang mengadakan siri jelajah Asia ini,” kata mereka.Menyusul terus dengan aktiviti permainan, 10 penonton bertuah pertama dibawa naik ke pentas yang mana setiap hos berkenaan diletakkan dalam satu kumpulan bersama dua penonton. Kemudian, setiap mereka diminta membuat pilihan tugasan apakah yang akan kumpulan berkenaan lakukan.Pada segmen pertama itu, dewan sudah bergema lantaran tugasan yang dilakukan sangat mencuit-hati ditambah pula lagak bersahaja setiap hos. Daripada mengalihkan kacang bendi menggunakan kayu penyepit ke pinggan lain, membuat ‘sit up’, menimang bola dan meletupkan belon di bahagian perut membuatkan penonton ‘pecah perut’ ketawa.Dalam pada itu, Ha Ha dan Kwang Soo turut ‘sporting’ apabila turun ke bahagian penonton bagi mencari yang bertuah untuk menyertai permainan seterusnya pula.Saat itu, penonton seolah tidak pedulikan apa-apa dan mengejar setiap hos berkenaan untuk melihat mereka lebih dekat. Hebat sebagai penyanyiSelain sesi permainan, persembahan nyanyian turut dilakukan dengan baik walaupun Ji Hyo dan Suk Jin bukanlah penyanyi berbanding Ha Ha, Jong Kook dan Kwang Soo.Pada saat itu juga, sisi lain mereka sangat terserlah apabila Suk Jin yang membuka persembahan menerusi lagu Isn’t She Lovely menukar suasana menjadi seperti konsert penyanyi sebenar.Tidak mengecewakan, nyanyiannya memang boleh dipuji apalagi tampil dengan aksi yang bersahaja serta kelihatan berseronok melayan peminat.Diikuti Kwang Soo yang memperlihatkan bakatnya bermain piano sambil menyanyikan lagu balada.Paling menarik Kwang Soo menerima sorakan paling kuat dan paling popular malam itu.Ji Hyo kemudian menakluk pentas dengan menyanyikan lagu santai. Biarpun tampak kekok dan hanya berdiri tegak, dia tetap melakukannya dengan baik.Bagaimanapun, dia serta-merta menjadi aktif sebaik Ha Ha dan Jong Kok muncul mengiringi nyanyiannya. Antara lagu lain yang turut dipersembahkan mereka termasuklah One Man dan Sunday Morning nyanyian Jong Kook sebelum tampil bersama-sama menyanyikan lagu Troublemaker dan Busan Acane.Sebagai lagu penutup, mereka mendendangkan lagu Hands Up nyanyian asal kumpulan 2PM dan tunduk mencium lantai sebagai penghormatan terhadap penonton yang hadir malam itu. Bakal ke Malaysia bulan depanPeminat Running Man di Malaysia juga bertuah kerana lima jejaka terbabit bakal singgah di negara ini menjayakan konsert pada 1 November ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur.Tiket berharga RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM299 (CAT 3) dan RM199 (CAT 4) boleh dibeli menerusi Ticket Charge dengan menghubungi 03-9222 8111.’ Disiarkan menerusi saluran One HD (Astro 393) sejak tiga tahun lalu, Running Man ternyata mencetuskan impak tersendiri apabila menjadi program kegemaran Asia sehingga saat ini.Selain lima hos terbabit, ia turut dianggotai Yoo Jae-suk dan Kang Gary. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11 - See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenanganRunningManberbaloi/Article/index_html#sthash.4RoRmDvo.dpuf

4 comments: