Tuesday, 3 December 2013

Susun Atur Kat Dapur konsep IKEA !

A big thanks to IKEA for great ideas...

Konsep by IKEA ---just 4 sharing and knowledge : option mybe for references...

Untuk menyusun dapur anda supaya terdapat cukup ruang untuk semua benda dan masih mudah dicari, anda tidak perlu berusaha keras. Pelengkap dalaman boleh membantu anda memaksimumkan kapasiti dalam kabinet dan laci dan barang-barang tersusun rapi. Dengan menggabungkan pelengkap yang berbeza, anda boleh menghasilkan sistem storan peribadi yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Susun atur dalaman

Jika anda perlu menjangkau terlalu tinggi atau membongkok terlalu kerap untuk mendapatkan barang-barang penting, ini mungkin disebabkan ia diletakkan di tempat yang tidak sesuai. Penyelesaian storan seperti laci yang boleh ditarik keluar sepenuhnya dengan penghadang boleh laras membolehkan semua barang nampak sepenuhnya, mudah untuk mengambil barang yang diperlukan dengan cepat dan mudah walaupun diletakkan di bahagian belakang.
 

Ini adalah beberapa petua berguna untuk anda apabila merancang cara untuk menyusun atur bahagian dalam dapur anda.


Storan

Almari barang runcit
Almari barang runcit memudahkan untuk anda mencari dan mencapai barang-barang di dalam kabinet dalam. Pastikan terdapat cukup ruang di sekitar almari supaya anda boleh mencapai dari kedua-dua belah.
Menyimpan periuk dan kuali berat berdekatan unit memasak.
Gunakan laci atau bakul jaring yang boleh ditarik keluar agar barang mudah dicapai.
Menggunakan ruang pada kabinet penjuru
Pelengkap dalaman di penjuru menggunakan kebanyakan ruang yang ada.
Gunakan ruang di bawah ketuhar anda
Laci di bawah ketuhar adalah untuk menyimpan dulang dan periuk.
Gunakan ruang di bawah kabinet anda
Laci ketapak adalah berguna untuk menyimpan barang yang tidak digunakan setiap hari. Untuk sebab-sebab keselamatan, jika laci digunakan untuk mainan kanan, letakkan jauh daripada unit memasak.
Gunakan ruang di antara para
Seltan laci dengan ukuran dalam yang berbeza menggunakan ruang secara bijak.
Maksimumkan ruang storan di dalam kabinet
Kombinasi bakul yang dipasang ke pintu dan para cetek menggunakan ruang dengan efisyen dan barang-barang boleh dilihat secara menyeluruh.
Simpan beg plastik di tempatnya
Storan untuk beg plastik atau benda-benda lain boleh dipasang di bahagian dalam pintu kabinet atau di tempat yang perlu.


Memasak

Simpan rempah, kutleri dan peralatan tersusun rapi.
Gunakan rak rempah, dulang kutleri atau penyekat laci.
Pinggan teratur apabila laci dibuka dan ditutup
Susun bertindih di dalam bekas pinggan di dalam laci .
Dulang kutleri
Cipta penyelesaian sendiri menggunakan dulang kutleri dengan penyekat boleh laras.


Mengasingkan sampah

Letakkan tong sampah di bawah sink
Ia menjadikan penggunaan ruang yang efektif, mudah dicapai dan membantu mengelakkan tumpahan di atas lantai. Sesuaikan saiz dan jumlah bekas sampah mengikut saiz isi rumah dan undang-undang mengasingkan sampah dan kitar semula.


Membersih

Menyusun peralatan mencuci yang besar
Gunakan pelengkap dalaman untuk menyusun pengelap dan hampagas anda. Oleh itu mudah untuk anda mengambil dan meletakkannya semula.

Susunan pada dinding

Adalah anda letih mencari di dalam kabinet dan laci untuk barangan harian di rumah? Adakah atas meja kerja anda kerap tidak terurus ? Oleh itu lihat pada ruang di dinding. IKEA menawakan pelbagai gaya dan fungsi aksesori storan dinding. Ideanya mudah, tidak menghalang dan amat efisyen. Rel gantung dan aksesori memberikan anda banyak storan tambahan tanpa menambah ruang. Anda merasa kagum betapa banyak barang yang boleh disangkutkan dari satu rel. Daripada pisau, peralatan memasak, periuk dan kuali ke rak rempah, rak pinggan dan juga taman herba mini. Semuanya mudah dicapai dan boleh didapati serta merta apabila anda memerlukannya.

No comments:

Post a Comment