Wednesday, 13 November 2013

Playboy Itu Suami Aku- Suri Ryana

playboy itu suami aku-suri ryana

ini cover novel

Baru baca buku ni dua hari lepas dan memang superb. Ingat nak lepak-lepak dulu, baca buku ini sikit-sikit. Tapi tak berjaya jugak sebab habiskan jugak dalam sehari sebab lepas pegang terus tak boleh lepas. No wonderlah buku ni no 1 dalam carta Bestseller novel sekarang. Memang best dan memang berbaloi. Jalan cerita dia simple and sangat sweeettt.. macam dua novel Kak Suri sebelum ni.

ni sinopsis rekaan ku okeyh.


mengisahkan seorang gadis sederhana yang bernama Afina Aulia yang ada kembar Afisya Aulia. perwatakan mereka amat berbeza dimana Fina sangatlah sederhana dengan t-shirt lengah panjang, jeans dan tudung, taat perintah agama, simple dan tak sosial, cemerlang dalam pelajaran. Tapi Fisya sebaliknya, cantik, pandai bergaya, seksi, dan sangat sosial, pelajar bermasalah.
Fina bertemu King si buaya darat( Fina gelar dia King of Crocodile sebab playboy sangat) kali pertama dekat kedai bunga kak ani yang dia kerja sementara nak dapat kerja tetap selepas habis degree. Dia tak suka sangat King dan pernah tampar King. King nama betul dia Raja Adrian Benjamin. Handsome, kaya dan taste die mesti seksi dan lawa. kiranya Fina ni tak termasuk dalam list gadis pilihan dialah. Fina kahwin dengan King sebab mummy King berkenan dengan Fina dan mahu Fina ubah King. King terpaksa kahwin sebab tak nak hilang jawatan CEO. Fina rela hati kahwin dengan King selepas satu peristiwa yang dia seorang saja yang tahu yang menyebabkan dia mencintai suaminya dalam diam. Namun dia hilang ingatan sebab kemalangan dan bangun-bangun dia terkejut dia dah kahwin dan dia tak suka sangat husband dia dan kebetulan King pun layan dia dengan buruk. Apa yang jadi lepas tu? kena baca la.. Grab the book cepat-cepat. tak rugi dan berbaloi.

p/s: now Playboy Itu Suami Aku showing at tv3 at 7.00pm to 8.00pm
      from Monday  to Thursday .. have a look  dear !

No comments:

Post a Comment