Wednesday, 29 April 2026

Michael #1 Movie In the World

Assalammualaikum Dunia 

Alhamdulillah cikbunga dah tonton movie perjalanan seorang lagenda Rajs Pop Michael Jackson pada.hari ketiga tayangan di Malaysia

Dah trending #1

Penangan movie Michael 

Nak pergi masa opening tue tak sempat sebab semua busy. Bukan senang yer nak jadi seorang manusia yang bernama Michael Jackson atau nama.sebenar naya Michael Joseph Jackson.  Bayangkanlah dilahirkan 29 Ogos 1958 Gary Indiana Amerika , yang rata rata penduduk nyer miskin dan pada masa.itu masih lagi ada dasar memandang warna kulit.

Michael 


Michael 

Poster 

Actor and actress 

Fly

Jaafar Jackson as Michael Jackson 

Untuk keluar dari kemiskinan supaya tidak diwarisi oleh anak anak nyer Joseph Jackson iaitu bapa kepada Michael Jackson mendidik anak nyer dengan muzik dan menubuhkan kumpulan nyanyian yang terdiri dari adik beradik Jackson yang dikenali sebagai Jackson 5.

Michael Jackson menjadi penyanyi utama dan kalau dari kecil kita tengok peribadi beliau yang tidak sempat bermain seperti kanak kanak lain seusia dengannya.
Oleh kerana di diajar dan di didik untuk menjadi penyanyi,kehidupan kanak kanak beliau tidaklah begitu best .

Untuk mengisi.masa nyer beliau banyak membaca buku kanak kanak popular Peter Pan dan sedikit sebanyak mempengaruhi hidup beliau. Beliau suka menonton cerita atau movie bersama emak beliau yang bernama Katerine.

Part paling sedih semasa bapa beliau memukul.beliau kerana tidak memgikut kata bapanya dan sering membangkang. Kejadian jni sedikit sebanyak membentuk peribadi beliau yang mementingkan family. 

Paling sedihhh semasa tragedi api menyambar rambut dan muka beliau sehingga masuk icu dan menjalani pembedahan .

Watak beliau doi lakonkan oleh anak saudara beliau sendiri iaitu Jaafar Jackson. 

Hihii..seat full tau ...

♥️♥️

Okew, ada juga part yang kelakar , beliau sangat suka haiwan, sebab kan beliau sunyi, tak der kawan...binatang peliharaan yang ada kat rumah beliau termasuk zirafah, lama,ular, tikus belanda,kuda pon ada. Yang paling best semasa delivery cimpazii sampai kat rumah...semua ternganga....masa ni semua kat dalam gelak sakan..

Beliau.juga menyatakan lagu adalah untuk.menyatukan tanpa mengira warna kulit dan pendapat...Beliau membuka mata kita semua.

Untuk pengetahuan semua, beliau adalah penyanyi kulit hitam pertama yang masuk MTV
Pada tahun 1983 kesan dari kejayaan video "Billie Jean".

Nak taip panjang lagi kot, nanti sambung lar.

Yang.best cikbunga siap nyanyi lagi kat dalam tue...🤭🤭

Till then 
🌹🌹



2 comments:

  1. baca review ramai cakap best dan mgkn ada sequel
    sy nk tgk filem ni dgn libang libu tp belum ada masa lg

    ReplyDelete