Thursday, 27 November 2025

Malam Terakhir Di Kota Madinah

Assalammualaikum Dunia. 

Selepas puas merayau dan kemas barang barang kan...malam ini adalah malam terakhir beribadah di masjid Nabawi dan memberi salam kat Rasulullah .

Solat magrib terakhir di masjid Nabawi 🥹🥹

Jemaah pun dah semakin ramai 

Sebab jemaah haji dah sampai kan
..depa turun Madinah dulu...dapatlah jumpa jemaah dari Malaysia, Indonesia, India,Bangladesh, Turkish dan banyak lagii

Di sini...

Antara jemaah wanita

Ni kat bahagian jemaah lelaki

Dak Rayyan...dia dah mula demam

Budak ni dah demam dan batuk

Terdapat jemaah yang masuk raudah. Ada jemaah yang nak tidur kat masjid Nabawi...kena nyorok nyorok...nanti kena halau ngan askar..


Deretan kedai menjual pelbagai makanan...ada menu Asia tau...

Rinduuu kat sini jugaaa

Belakang tue masjid Nabawi 

Suasana perkarangan masjid Nabawi 

Lagiiii

Allahu...menyaksikan langit dibawah masjid Nabawi...ya Allah.....kerdil jew diri ini..
Angin yang bertiup menyapa lembut pipi terasa kedinginan..ditambah pula kipas kipas angin yang dipasang di tiang tiang masjid..
 
Pujuk hati , kami akan kembali lagiii ya Allah, permudahkan lah urusan kami..SubahanAllah..susah nak gambarkan...hati sayuuu jew..

ya Allah bagilah rezeki dibumi Madinah ya Allah...rezeki yang tak disangka sangka dan kurniakanlah kepada kami kesihatan dan hati yang kusyuk  tawadukk beribadah kepada Mu ya Allah....aminnn ..ya Allah terima lah ibadah kami dan makbulkan doa kami tanpa hijab...aminnn aminnn ya Allah 

Till then 
🌹🌹

Wednesday, 26 November 2025

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah 🥹🥹

Assalammualaikum Dunia. 

Malam berganti siang, siang berganti Malam...akhirnya sampai ke hari terakhir cikbunga sekeluarga di Kota Madinah ini.

Jom jumpa Rasulullah 

Assalammualaikum Ya Kekasih Allah 

Rindu wehhh

Selepas jemaah lelaki balik dari ziarah perkuburan baqi,  kami pun menjelajah lagi kawasan...google lah tempat yang menarik di sekitar kota Madinah..ingat nak pergi kawasan bermagnet atau di dikenali sebagai Jabal Magnet...kena naik kereta....mmm tak jadi lar...ada jew jemaah yang pergi ...book 1 kereta kalau tak silap kena 200 riyal. Boleh tengok kereta bergerak sendiri dan naik unta.

Duit syiling riyal sebelum bagi kat pekerja pembersihan masjid Nabawi 

Antara sebahagian syiling riyal 

Ni kat makam Rasulullah 

Ehhh ada bulu burung...

Kami sekeluarga ingat nak pergi muzium, hahaha.. macam tutup plak muzium hari itu...
Masa ni jemaah haji dah semakin ramai..memang crowded lar .maka berjalanlah kami sekeluarga dari satu bangunan ke satu bangunan...beli snak sesiap untuk pergerakan balik nanti...pergi bin Dawood, jalan jalan sekitar masjid Nabawi, tukar duit riyal...yang nie memang asyik tukar ajew...nasib bawa.duit RM untuk standby ...

Kedai ape niii

Beli niii

Ok take one 

Jom ler jalan jalan

Esok dah nak balikk

Kereta polis

Ikut jew langkah kaki...

Take picture here

Habiskan bekalan makanan yang dibawa...apalagi maggi lar...kemas sesiap barang barang kan esok dah nak gerak airport Jeddah..huuu...

Kena habiskan yer...

Riyal yang perlu dibelanja

Separuh kita simpan bawa balik Malaysia 

Rindu....MasyaAllah 

Hati sayuuu..sedihhh...nak tinggalkan bumi Madinah..

Till then 
🌹🌹

Tuesday, 25 November 2025

Perkuburan Baqi Hanya Jemaah Lelaki Yang Boleh Ziarah

Assalammualaikum Dunia. 

Sambung citer yer...dah nak.habisss..tinggal 1 atau 2 citer lagii....
Cerita manis di kota Madinah tak kan ada di mana mana,  event dah pergi banyak kali pun situasi pasti berbeza.

Kawasan perkuburan baqi 


Setiap orang lain pengalaman. ..dan pengamalan itulah yang menginsafkan kita.

Jemaah lelaki depa ada ziarah tambahan..ziarah perkuburan baqi..Jemaah wanita tidak boleh ikut serta yer....

Alfatihah dibaca 🤲 🤲 

Insaf diri ini

Luas yer kawasan perkuburan baqi 

Sebab kemungkinan semasa ziarah tue ..ada pemakaman jemaah yang meninggal dunia.
Duduk lar kat hotel atau buat jew aktiviti bebas
..depa pergi dalam pukul 3 lebih....
Yang wanita boleh lar merayap...dah kenal semua jalan dan kedai kan...

Ada jew jemaah yang pergi raudah,  membeli belah dan ke masjid nabawi.
Petang cuaca baik jew...sila.bawa topi kalau nak berjalan jalan sekitar kota Madinah .

Ada satu kedai nie memang pihak Titim akan bawa jemaah untuk membeli belah kurma, coklat dan pelbagai manisan yang nak hantar pakai courier pun boleh...berhampiran kedai ini juga terdapat kedai souvenir dan juga jubah serta selempang...apa tah nama nyer.

Perkuburan baqi terdapst dua bahagian kiri dan kanan

Beruntuglah yang dimakamkan disini

Setiap hari dan setiap jam pasti ada jemaah yang meninggal 

Kalaunbernasib baik ,anda.mungkin bersama menolong kebumikan jenazah

Mutawwif dan para jemaah 

Kedai itu namanya Ahmad Albab. Pemilik nyer bukan orang Arab rasa nyer, macam Pakistan ...boleh berbahasa Melayu lagiii...kalau datang kedai dia memang akan dijamu dengan manisan dan kurma...korang makanlah sampai kenyang dan silalah beli...selepas makan yer...

Gambar gambar semasa ziarah perkuburan baqi, dak Rayyan ada ambik...semasa jemaah pergi ziarah tue memang ada jemaaah dikebumikan di situ.
 
Till then 
🌹🌹





Monday, 24 November 2025

Cikbunga Masuk Raudah lagiiii

Assalammualaikum Dunia. 

MasyaAllah tabarakAllah insaf diri. 
Balik dari masjid quba,  kan cikbunga sekeluarga naik teksi kan...yang bawa tu muda lar juga...boleh tahan juga dia memandu...kemain. lajuuu kooo...pas.tue...sepanjang jalan main honnn jew

Alhamdulillah dalam Raudah ❤️

Punyalah tamai kaum hawa 

MasyaAllah tabarakAllah 

SubahanAllah maha suci Allah 

Dah keluar Raudah 

Cikbunga macam...apakah...kereta jammed dia honnn, Kereta nie bukan teksi sebenar macam.kereta sapu lah kat Malaysia...cam tuee..
Depa memang tunggu jew standby kat masjid quba. 

Kami sampai hotel , terus masuk.bilik aktiviti bebas. Yang mana dah mandi nak pergi masjid Nabawi pun boleh...baiklah....

Keluar dan masuk masjid Nabawi...insaf diri dan mengagumi kebesaran Ilahi dengan ada nya alam ini. Memandang langit indahnya ciptaan Allah....syukur atas segala nikmat yang diberikan ...

Para jemaah yang nak masuk raudah slot subuh

 AllahuAkbar 

Selesai sudah...sayuuu pulakkk

Semoga amalan cikbunga diterima olehNya 

Fajar nak muncul

Kepada mu ya Allah aku memohon pertolongan 

Makam Rasulullah 

Menggunakan masa yang ada ini untuk beribadah kepadaNya...di tanah haramain.
Tanah haramain adalah untuk istilah Islam untuk dua kota suci iaitu Mekah dan Madinah. 

🌹Mekah kota suci lertama kerana terdapat masjidilharam 
🌹Madinah kota suci kedua te.pat nabi Muhammad s.a.w berhijrah dan dimakamkan

Di tanah haram inilah minta dan berdoalah sepenuh hati kerana ditanah haram ini adalah tempat yang paling mustajab untuk menadah tangan dan memohon doa kepada Allah. Tanah haram ini juga diharamkan dari berlakunya pertumpahan darah sehingga hari kiamat. 

Antara momen momen dalam Raudah 

Semoga berjumpa lagi.....

Dah sampai hotel Royal Madina 

Cikbunga pergi Raudah waktu subuh...dapat slot subuh..selepas solat subuh masuk Raudah..itupun dah ramai beratur....

Minta yang baik baik doa yang baik baik insyaAllah Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat Maha Kaya serta Maha Mengetahui.

Till then 
🌹🌹