Malam tadi korang tengok tak telefilem
kat TV9, yaaa, cerita AKU
MAHU HIDUP , kisah tiga beradik yang tinggal di
pinggir kawasan bandar dimana tanggungjawab digalas oleh Abang Sulung .
watak utama 'Aku Mahu Hidup' membawa watak dengan jayanya
Kisah ini amat menyentuh perasaan , tapi
aku tak tahulah kalau korang tak rasa ape-ape sebab masing-masing mempunyai
pandangan dan cara pemikiran yang berbeza . Hakikatnya hidup ini yang
memerlukan seseorang untuk meneruskan kehidupan , impaknya termasuklah
masyarakat dan diri sendiri . Pengorbanan Si Abang yang cuba melakukan pelbagai
kerja bagi membolehkan adik nya untuk meneruskan persekolahan dan juga untuk
memenuhi keperluan isi rumah mereka .
Kehilangan ibu bapa yang di rasa amat
memberatkan kehidupan yakni , ibu yang meninggalkan rumah tanpa menoleh sedikit
pun ke belakang lantaran ugutan dan juga untuk membayar hutang yang dibuat oleh
si suami yakni ketua keluarga , kisah ini sering berlaku dalam masyarakat kita
yang mana majoritinya terjebaknya dalam kancah dadah amat membimbangkan
masyarakat dan meruntuhkan insitusi keluarga . Ironinya anak-anak yang menjadi
mangsa, malahan beban mereka tidak berhenti disitu sahaja , namun diugut
menjual dadah untuk melangsaikan hutang yang ditinggalkan bapa mereka .
Krinduan terhadap belaian kasih sayang
ibu bapa dapat dilihat dengan jelas dimana anak yang tidak tahu apa-apa semasa
kecil ,amat memerlukan perhatian dan kasih sayang .
Namun yang menjadi persoalan di benak aku
ialah dimana agensi anggota kerajaan untuk melindungi dan membantu anak-anak
ini , inilah yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat kita hari ini atau agensi
ini tidak mendapat maklumat pon iyer juga. Akan tetapi , depa kan boleh jer cek
kalau anggota keluarga ditahan , macam mana dengan keluarga mereka untuk
meneruskan hidup kan ? Itulah titik persolannya dan mengapa perkara ini
berterusan tanpa henti.
p/s: pengajaran yang paling penting adalah 'dadah' adalah bom atom , biler dah meletup segala isi rumah akan hancur , bahkan seluruh kawasan or negeri akan binasa .