Thursday, 31 December 2015

HARI INI HARI TERAKHIR 2015

Assalammualaikum.

Tub tub tub dah nak habis 2015... sekojap jew masa setahun berlalu .. yer ke idok ? Setahun yang penuh cerita suka duka , senyum tawa , sedih dan juga duka lara yang melanda untuk dijadikan kengan , tauladan dan juga ikhtibar dan menjadi kayu pengukur serta panduan untuk melangkah ke tahun yang baru pulak ...

Hari ini , Khamis 31 Disember tahun 2015, Khamis terakhir dalam tahun 2015 ini ... semoga akan dapat berjumpa lagi untuk khamis yang seterusnya di muka bumi Ilahi ini ... amin amin amin yarabbal alamin ..

okew , untuk itu juga selamat menempuh satu tahun perjalanan yang akan menyusul bermula detik 12 tengah malam ini ....

Semoga tahun 2016 , akan memberi lebih kegembiraan , kemuafakatan , keharmonian , dan dimurahi rezeki dan kesihatan yang baik dan betambahnya amalan kita kepada pencipta yang maha Esa... InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat nanti :)

Bukak calendar baru , dan cerita baru , akan tetapi cerita lama jangan dilupakan pkew , tetap aka manis walau dalam nya ada pahit gitew...







salam 2016.
semoga ukhwah kita berpanjangan ... insyAllah ...

Wednesday, 30 December 2015

TIME BACK TO SCHOOL !!!

Assalammualaikum .

How are you dear ? everything okew, huhuhuhuhu, alright , just to sharing today start back to school for standard 1 already back to school , orentasi katenyer ...

nie termasuklah anak cikbunga .... hahahaha dah darjah satu gitew .. berposak jugak lah nak kejutkan dia bangun , almaklumlah dah lama sangat cuti .... so far tak der drama di pagi hari , next week tak tahu pulakkk ... just to sharing lah , pepagi lagi dah buat cikbunga rasa system sekolah nyer tak berapa nak membantu mak bapak yang dating berduyun-duyun dengan anak -anak yang teruja nak masuk sekolah , yer lah darjah satu kan , mestilah mak bapak nyer teruja... akan tetapi dah sampai kat sekolah , nak pi cek namalah , kelas lah , pas tu , segala dokumen-dokumen bagai yang banyak ... adoi aii , tue belum lagi sekolah petang punya hall... petang nie baru nak pi register nama ... pening kepala cikbunga;)

diharapkan agat pihak sekolah akan membuat satu system yang lebih tersusun dan bersistematik , tak perlulah mak bapak nak terkejar-kejar kejap pi post A , pas tu balik post B, past tu lari balik kat post A.. dah lahh pepagi buta nak mengadap jalan raya tue.. pas tue nak bepasing batten plak .

tu lah cerita yang simple di pagi hari ini ...

Monday, 28 December 2015

AZIZ DESA KEMBALI KERAHMATULLAH

Assalammualaikum .

Korang kenal tak Aziz Desa? Belaiau adalah pengacara popular TV3 untuk segmen Malaysia Hari Ini.

Akibat komplikasi penyakit yang dihidapi oleh beliau, semalam kalau saya tidak silap, iaitu pada 27 Disember 2015 beliau telah dijemput Ilahi. Innalillahhiwainnalillahhizrajiun ..

Marilah kita sedekah kan al-fatihah untuk saudara seislam kita.

Sebenarnya cikbunga amat mengkagumi saudara Aziz Desa , kepetahan beliau melontar intonasi dan butir-butir perkataan sangatlah teratur dan amat mengagumkan .. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman .

p/s:  maaf picture cikbunga tak letak .

Wednesday, 23 December 2015

12 Jenama Dunia popular dari Malaysia

Assalammualaikum ;)

Sudah hari Rabu rupanya , maknanya arinie last kerja yer ke dok ? hhehehehehe

Masa tengah google tadi , cikbunga terjumpalah products / jenama yang selama ini cikbunga ingatkan datangnya datang luar negara , tetapi rupa-rupa ianya adalah buatan Malaysia yang telah membina jenama di mata dunia , kurlass you ... proud to be Malaysia yeaaa ... Inilah dia 12 jenama Malaysia yang memang terkenal di seluruh dunia pada hari ini;)

1) LEWRE - ini adalah jenama kasut tahu tak ?

2) CISCO COFFEE -  nie popular kat oversea -San Francisco

3) BONIA /SEMBONIA /CARLO RINO - nie memang terkenal kan,kan,kan,kan ,dulu pon ingat Italy punya brand

4) MANHATTAN FISH MARKET - cikbunga ingat nie francais cam KFC, rupa-rupanya Malaysia  punya product bai

5) 1901 HOT DOG - pertama kali cikbunag dengar ;) maybe kat KL popular

6) GARDENIA -  dulu ingat nie mat salleh omputih tu yang buat

7) FIPPER - ini jenama selipar getah tau ...

8) BERYL'S - jenama coklat yang sangat sodap

9) VOCHELLE - cam tak percaya jew Malaysia punya brands

10)  OGAWA - matik-matik ingat nie Jepun punya

11) BRITISH INDIA - cikbungat ingat nie negara India punya ... alahai rupanya Yasmin Ahmad yang membina jemana ini .

12) BUFORI - nie jenama kereta tahu ker dok mu nie ;) nie pun pertama kali dengar okew ..

Itu jew nak share sebelum esok semua bercuti sempena sambutan Maulidur Rasul esok, dan bersambung dengan cuti krismas dan campur dengan Sabtu dan Ahad .... selamat bercuti semua danj uga jangan lupa selawat dan salam keatas Nabi Junjungan kita MUHAMMAD S.A.W serta kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda ;)

p/s: untuk maklumat lanjut untuk senarai jenama yang telah disebutkan di atas, anda bolehlah merujuk di sinicilisos.my

Monday, 14 December 2015

Siti Nordiana aka NANA juara Gegar Vaganza 2

Assalammualaikum ;)

Today is Monday ;)

just nak sharing malam tadi nana menang wei gegar vaganza 2015... tahniah Nana.. kamu memang berbakat ;)

dan tahniah juga kepada semua peserta kerana anda semua memang awesome ;- dan juga tidak lupa pada Astro kerana andalah kami semua dapat tengok penyanyi yang dah lama dah muncul kat kaca tv .. terima kasih naaa ;)
harapan cikbunga semua gegar vaganza akan diteruskan lagi .. harap Datuk Seri Vida akan terus support untuk menaja yer Datuk ;) terima kasih Datuk ;)

ok  ...hari nie banyak koje plak ... nanti kiter sambung ok ... no picture sorry tau !!!

Saturday, 12 December 2015

Piala Malaysia 2015 Selangor VS Kedah Final MALAM INI !

Assalammualaikum .

Bila aku Bercerita ;)

Cerita tentang aku bola ..boleh tak ? Dulu aku pernah mention aku nie minat kat semua sukan , tak kiralah sukan ape pon janji aku akan leka dok tengok kat depan tv tue,,,,

Ok malam nie jangan lupa naa, walaupon aku bukan lah Orang Selangor ker Orang Kedah ker tapi aku tetap exited nak tengok bola malam nie ... seronok tau tengok bola nie.. kat rumah ni semestinyalah hijau kuning ... Kedah ler .....tp kalau nak sokong dua-dua pon bolehhh ;)

Jangan lupa yang telah beli tiket perlawanan , nak habaq berhati-hati sepanjang perjalanan dan di doakan semoga perjalanan anda selamat pergi dan balik ... pandu berkhemah dan ingatlah orang yang TERSAYANG okew ... yang kat stadium tue , jangan lah buat hal .... nanti pasukan awak juga yang akan didenda ... nie kan sukan , ayuh semua kita nak tengok semangat kesukanan ...


Yang menonton kat rumah plak (macam aku ) kena masak awal sikit ,,huhuhuhh, dan tengok tv tepat opukul 8.30malam ....   okew

oke tue jew nak habaq kat hang pa !

Friday, 4 December 2015

Koleksi Dorothy Perkins pilihan Fesyen Terkini

 


Jumaat yang Indah dan semoga keindahan nya akan dapat mendamaikan  kita semua tidak kira walau dimana kita berada .

Adakah kawan-kawan menghadapi masalah sama seperti Cikbunga ? Yakni setiap kali nak keluar atau pergi majlis perjumpaan kawan lama atau juga makan malam bersama orang tersayang , sering hati akan menjadi runsing lantaran tak tahu mana nak pakai baju , baju tak ada nak dipakai dan kesukaran untuk memilih baju yang sesuai lantaran keadaan semasa dan juga kekangan masa yang tidak mengizinkan untuk membeli belah ? Jika jawapannya YA , maka kawan-kawan bolehlah bersenang lenang kerana 'Dorothy Perkins' ada jalan penyelesaianya . Jom kita berkenalan dengan 'Dorothy Perkins'





Established nearly 90 years ago, Dorothy Perkins Malaysia has had fantastic moments in the fashion industry with tons of great achievements, I must say. Over the years they have managed to successfully gain popularity among their customers even until today. How cool is that? Now this brand has almost 600 stores in the United Kingdom alone, and more than 50 outlets around the globe.


Cikbunga  amat berbesar hati kerana seorang teman telah memperkenalkan 'Dorothy Perkins'  kepada cikbunga apabila cikbunga tujukan masalah cikbunga . Oh ya, untuk pengetahuan kawan-kawan semua 'Dorothy Perkins'
bukan hanya tertumpu kepada baju sahaja , malahan anda akan diberi satu pusat hentian sehenti dimana koleksi dress, seluar, blouse, kasual , baju bersantai , untuk ke pejabat, kasut, beg tangan dan juga aksesori ada di 'Dorothy Perkins'

                                     pilihan fesyen denim yang santai tetapi sangat menawan





                                                                                        cikbunga memang gila bag ;)





Memang gila lah kalau pi Dorothy Perkins  sebab memang rambang mata dan banyak sesangat pilihan yang ada.. untuk itu sekarang ini sedang berlangsung jualan End Of the Year sehingga 50%yang memang membuatkan cikbunga nak beli semua  ;)
Apa lagi jom terjah Dorothy Perkins sekarang juga !!!,

Friday, 13 November 2015

Showtimes for Boruto: Naruto The Movie

Assalammualaikum ;)

Hari Jumaat lagi yer , kejap jer dah habis seminggu ... nie hitung hari sekolah dah nak tutup ...minggu depann... minggu nie sekolah satu hari jew , hari nie jew yang lain semua nyer cutiii ... wahh gitew semangat , anak ker atau maknyer yang suka ;)

okew, sempena , cikbunga tak tahu nak conteng ape kat sini  , nak habaq , laa nie ade movie baru yeeeeaaa, korang yang suka animate tue , cecepat serbu pawagam berhampiran sebab , Naruto yang baru ( nie cerita anak Naruto plak) dah adew ditayangkan kat pawagam berhampiran anda ... cikbunga nak pi tengok esok huhuhuhuh... jap jap nak google picture jap tunggu sat yer




Showtimes for Boruto: Naruto The Movie
  1. All times
Morning
Afternoon
Evening
Night
11:40am
1:40pm
3:40
5:40pm
7:40
9:40pm
11:40
No showings
1:40pm
3:50
6:00pm
10:20pm
 
(nie antara schedule die ;) korang boleh jew cek kat google )
 
 
okew, jangan lupa menonton citer nie kat pawagam sekarang ;)
 

Friday, 6 November 2015

Wordless Wordless Friday

Assalammualaikum ;)

Jumaat yang indah dan permai , tapi kat office kite tak indah dan permai sebab panazzz ... awat laaa aicond nie buat hal ... mana lah budak-budak maintenance nie... inilah masalah kat office kite , biler sejuk cam kat oversea jer , kalau panazz pon macam kat padang pasirrr huhuhuhu akak redha jew ...

okew , memandangkan my office akan off hari Isnin , so , nak wish kat semua selamat bercuti yer .. sempena Depaavali niee..

Esok nak bawa budak-budak pi keliling  Melaka huhuhuhuhu





okew kengkawan , selamat bercuti semua ;)

p/s: akak tahu yang lain cuti satu hari jew , hari Selasa kan , kan, kan ...cuti jugak kan , kan

Wednesday, 4 November 2015

JEPUN - MAKANAN YANG BEST !!!

Assalammualaikum semua ;)
 
Apa yang cikbunga suka tentang Jepun ... salah satunya makanan nya lah yang paling besh dan paling meletopp , suka tengok dia punya presentation for food , memang terbaikk lah , pass tue comel-comell jew , dah lah cantik comel plak tue dan tambah lagi kiut miut ... sebab suka makan sushi meh angkat tangan ...
 
Diorang kreatif giler untuk mempamerkan sesuatu hidangan untuk tatapan pengunjung , korang jangan plak teruss masok mulut tau , sebab semua hidangan tue bukannya betull , just to display jer , ade yang patah gigi plak kang  okew ... jom layan anatara hidangan yang dibuat dengan kiut miut nie ... cer teka mana yang betullll ????
 
 
 
Which one is real?! 9 fake food samples realistic enough to make you hungry!
All around Japan, you can find restaurant display windows adorned with glistening food samples so accurate they look good enough to eat. Surprisingly, about 95% of fake food displays are crafted by hand! Lately, consumers and tourists from overseas have become increasingly interested in fake food as souvenirs and gifts. Today, we're going to introduce some of our favorite fake food displays. Check them out!


Smartphone Cases
Recommended for those who want to stand out from the rest! Decorate your smartphone with fake food samples! We absolutely love the sushi smartphone cases with tempura and takoyaki miniature straps attached.



 

Monday, 2 November 2015

November Home Deco Fair Melaka 2015

Salam Isnin  ,

 Hari yang indah dan cerah , semoga semuanya dalam lindungan Ilahi tidak kira apa jua yang anda lakukan ;;)

 
bangunan MITC MELAKA
 
Wei kengkawan , mak-mak, akak-akak , dan yang baru berumah tangga dan geng-geng deko yang sedang mencari idea atau masih tercari-cari ilham untuk mendeko atau mencantikkan rumah , apa kata korang ramai-ramai datang ke Melaka kerana akan ada satu Home Deko untuk korang semua ;)
pameran ini akan berlangsung  ;-


                       Tarikh :  05 ~  8 November 2015
 
                      Masa : 11 Pagi ~ 10 Malam
 
                     Tempat : Melaka International  Trade Centre (MITC)



                                                    find the way how to MITC Melaka ;)





Friday, 30 October 2015

TERIMA KASIH LIEYALATIF !!!

Salam ...

Akak teruja sikit sebab blogger glamour LIEYA LATIF telah memasukkan cik Bunga a.k.a ciktim dalam blog list beliau ... hahahaaaa jangan tak tau ... akak nie exited bila tengokkk ;) lompat  bintang jappp ...

                                          nie header LIEYALATIF yang comel

Secara jujurnya akak memang akan setiap hari akan datang sini LIEYALATIF, sebab akak suka baca coretan yang bersahaja beliau , dan juga tengok perkembangan anak-anak beliau yang comel-comel belaka , dan yang paling besh ialah gambar pun cantik-cantik ...akak kagum dengan LIEYALATIF , kalau ikutkan dari segi kemampuan , akak rasa beliau memang mampu untuk ader pembantu rumah , tetapi beliau memilih untuk mengurus sendiri keluarga beliau .. kagumm, kagumm, kagummm

Part yang paling best juga akak suka tengok bento miamija yang comel dan cantik dengan hiasan kreatif beliau , bagi inspirasi buat akak buat bento juga.... korang patut terjah kat sini LIEYALATIF .
 
 
nie antara blog list LIEYALATIF  , blog akak pon ader ;)                                                    

Dan bila akak datang kat sini , akak akan melepak dibahagian susun atur rumah beliau yang cantikk yang menjadi idaman setiap orang .. ( I think so ) kalau bukan setiap orang , ianya memang menjadi idaman dan impian akak nak ade rumah yang luas dan mempunyai halaman ...hahahahah


ape-ape pun harap lieya akan terus menulis coretan di blog nyer http://lieyalatif.blogspot.my/  
sebab memang akan akan datang sini hari-hari ,

ok lah tue jew pon nak habaq kat semua  ;)

p/s: untuk pic tue akak ambik dalam blog http://lieyalatif.blogspot.my/ , diharap http://lieyalatif.blogspot.my/ tidak akan saman akak  okew ;)

Friday, 23 October 2015

HARI INI HARI ASYURA - 10 MUHARAM

Salam Jumaat yang penuh barakah dan dimuliakan ;)

Korang tahu tak hari ini hari Asyura ? disunatkan puasa sunat , dan juga ada beberapa perkara sunat yang lain  , antara nya  ;_-

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura


  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. 
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
  3. Memuliakan fakir miskin.
  4. Menahan marah. 
  5. Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
  6.  Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka). 
  7. Bersedekah. 
  8. Memelihara kehormatan diri. 
  9. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Bercelak. 
  11. Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali. 
  12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  13. Menjamu orang berbuka puasa.




p/s: akak tak puasa hari nie, tadi masa lalu kat jalan raya, ada masjid tengah sibuk buat persiapan nak   buat bubur lambok..

                                              pic ambik kat google untuk ilustrasi sahaja
pada yang berpuasa selamat berpuasa yer ;) dan salam Jumaat untuk semua !!!

Wednesday, 21 October 2015

My WishList Life - CAR


Salam dan apa khabar semua ;)

tahu dah tak berapa nak sihat sebab dengan kualiti udara yang semakin membimbangkan ;(
well, meski pun begitu life must go on , yang kerja mesti kerja dan untuk anak-anak kecil yang sekolah termasuk juga warga tua lebih baik duduk berehat dirumah dari keluar bersiar-siar or do something you like , so  semua tue on hold dulu , outdoor punyer aktiviti jangan buat dalam keadaan semasa sekarang ... kat Melaka kurang sikit hari nie, that's why para guru-guru sudah mula start mengajar ...di harap keadaan ini akan berterusan . InsyaAllah.

apa laa akak merepek nie , tak kena ngan tajuk .... well akak nak minta ler pendapat korang yang bijaksana dan budiman , akak nie dah lama nak pakai kereta sendiri , but a little bit problem , so asyik postpone memanjang dan juga ada beberapa halangan ...

dulu-dulu akak berangan nak ambik KENARI , lepas tue bila on hold lama sangat akak berangan nak ambik MYVI ,,, but MYVI boleh tahan juga mahalnya ;(

lepas tue, bila ALZA dah mula memasuki pasaran , rase cam terbekenan lah pulak sebab boleh sumbat macam-macam things kat dalam tu ... huhuhuhu   .. poning kepala makcik nak fikiaq...

ape-ape pon semua bergantung kat my BANK ... ada berapa banyak RM huhuhuhuuhhu  ,

SAGA juga boleh tahan besh  kan ?






ok lah , sementara tue akak nak google dulu mana yang besh






pic semua credit kat encik google for reference only ;)

p/s: kalau ikut hati nak jew pakai kereta VIOS or HONDA  huhuhuhuhu tue , over budget lah pulak  plus ngan minyak lagiii .... semua tue kena masuk dalam listing jugakkk

Thursday, 15 October 2015

Adik Firdaus Penghuni Syurga

Salam Khamis,

Semoga kedatangan tahun baru hijrah 1437 yang disambut semalam akan menjadi titik tolak kepada perubahan dalam kehidupan kita yang akan menjadi lebih baik . InsyaAllah .

Semalam kita semua maklum akan kehilangan adik Firdaus yang kembali kerahmatullah .. . Al-fatihah untuk adik Firdaus dan semoga kita semua akan mengambil ikhtibar dari kisah sedih perjalanan hidup adik Firdaus yang ditinggal seorang diri dan dikurung oleh ibunya sendiri lantaran tuntutan hidup untuk mencari nafkah . Namun begitu hanya doa dan al-fatihah yang mampu kita titipkan untuk adik Firdaus .


                                        al-fatihah untuk penghuni syurga adik Firdaus .



p/s: mengikut laporan HARIAN METRO  adik Firdaus akan dikebumikan pada hari ini selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said,

Thursday, 8 October 2015

Tutorial Hijab by Fitri Aulia

Salam Khamis ;)

Petang semalam semasa nak balik kerja , hujan turun dengan lebatnyer , jadi tempiasnya kena pada pagi ini , maksudnya pagi ini sejuk sesejuknya ... hahahaaa ditambah lagi dengan aircond lagilah sejuk!

Seperti mana post semalam DI SINI , cikbunga ingin menambah sedikit pengetahuan dan kebolehan FITRI AULIA dalam fesyen muslimahnyer , cikbunga suka tengok dia menggayakan tudung dan juga baju-baju yang telah di designer nyer ;)



marilah kita layan gambar yer  ;)

                                                          cantik kan , Nampak simple jew

                                                                       cantik kan, kan, kan

 
 
 
 
 
 
 
 
p/s: pic semua credit to KIVITZ

Wednesday, 7 October 2015

KIVITZ dan FITRI AULIA

Salam penuh kasih sayang ;)

Semoga semua nya sihat belaka takkala  negara dilanda 'haze' yang melampau dan kini mungkin ada sedikit penurunan bacaan IPU nya . Alhamdulillah , maaflah cikbunga tidak mempunyai masa untuk mengupdate nukilan-nukilan nakal di sini huhuhuhuhh;)
okew lah back to normal , mesti korang tahukan cikbunga punya tulisan tak berapa nak berbubga-bunga dan berbahasa-basi kita street to the point ngan tajuk kat atas 'KIVITZ dan FITRI AULIA .










FITRI AULIA sicantik manis owner KIVITZ



Cikbunga dah lama juga baca dan lepak kat website http://kivitz.blogspot.my . Kalau nak tahu Fitri Aulia nie designer tau untuk fesyen pakaian muslim . Agak terkenal juga beliau nie dan sangat cantik dan gaya penulisan beliau juga amat halus dan penuh ciri-ciri kesopanan oarang Asia gitew.
Kebanyakan pakaian yang beliau designer amat menepati syariat an sangat cantik, trendly dan ofcourselah bila designer yang menggayakannya memang amat cantik ... waaaa cikbunga teringin nak pi sana dan shopping kat butik KIVITZ.
                                                KIVITZ yang mempunyai tema purple

Memang tidak di nafikan bahawa KIVITZ ada membuka jualan atas talian dan juga facebook dan juga instagram, tapi kan kalau kita lihat depan mata lagi seronok kan, kan, kan
                       antara koleksi yang di designer sendiri oleh FITRI AULIA


InyaAllah , ada rezeki , cikbunga nak terbang ke sana .huhuhuh dan yang penting tag line dia ialah
                                                                'Sya'i &Stylish'

untuk pengetahuan anda semua semua baju yang di design oleh FITRI AULIA adalah khusus untuk muslimah , dan ianya sangat selesa kerana menggunakan material yang bagus dan berkualiti tinggi . Korang jangan pulak nak carik PALAZO or SELUAR bagai kat sini SEBAB memang tak akan jumpa  .

p/s : yeeeeaaa esok last keja , Jumaat Melaka cutiii .sempena hari birthday TYT Melaka.. selamat berhujung minggu semua ;)

Friday, 4 September 2015

MELAKA PC FAIR 2015 SEPTEMBER 04~06

Salam Jumaat yang penuh barakah ;)

ni nak pukul canang ngan gong ;-

bagi penduduk -penduduk Melaka dan kawasan sewaktu dengannya , bolehlah pergi ke MITC untuk memeriahkan lagi PC FAIR 2015...

Datanglah beramai-ramai dan berhemahlah semasa berbelanja dalam suasana ekonomi sekarang niee ;_


 TARIKH : 04~ 06 SEPTEMBER 2015

TEMPAT : MITC MELAKA


selamat shopping semua ;-

P/S: kalau tak tahu map boleh jew google untuk sampai ke MITC MELAKA !

Wednesday, 2 September 2015

Ogos sentiasa dihatikuuuu

Salam ,

Apa ade ngan bulan Ogos ?
Ogos menyimpan banyak ceritera dalam hidupkuuu   hehehhheeee ...
okew lah tak mooo nak citer bebanyakkk , ...  ari tue kami tengok wayang bawak budak-budak nie  tengok citer ANT MAN


pas tu dalam pertengahan  bulan pulak bawa budak-budak nie tengok citer MISSION IMPOSIBBLE , ingat nak tengok citer cartoon CONAN , tp dah habiss tayangan , sooo tengok jew lah citer aksi yer anak-anak semuaaa ;)


dan pada hujung bulan pula, bawa sekali lagi budak-budak nie tengok citer PIXELS...nie besttt depa sukaaa ... citer main game nie memang makanan depaaa

 bawa budak-budak pergi menonton wayang nie sebagai salah satu terapi dan juga rewards kepada mereka kerana behave ;) tapi time dating tak behave tue yang tak tertahannn mak ko nak tengookk nyer ..


picture semua ambik kat google sbb tak leh download picture ;)

okew babai ;-