Tuesday, 28 January 2014

Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014





dh masuk thn 2014 ni kn..
ina nk buat segmen..utk mengisi lapang..
Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014
ina nk mencari rakan blogger 2014..
cuba korang tgk bloglist ina tu dh kosong tau..
ina nk memperbaharui bloglist utk blog ina ni sbb bloglist lama tu 2013 punya..
sape yg join ina akan letakkan ni bloglist..
siapakah yg bertuah utk berada di bloglist ina ni..

ina menjemput sume blogger utk join segmen ina..
jom la korang join segmen ina ni..
bleh tambah2 rakan dan saling mengenali..
ajak rakan2 yg lain ye memeriahkan lg segmen ina..
senarai peserta akan di update dari semasa ke semasa...

syaratnya mudah saja :

1. follow blog ina

2. letakkn tajuk Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014

3. letakkn banner atas tu dan backlink kn ke sini.

4. letakkn entry korang di kotak komen.

5. tarikh tamat : 23.1.2014-23.2.2014

6. kesemua blogger yg sudi join ina akn letakkan di bloglist ina spnjg thn 2014
 
 
p/s: apa lagi jomlah joint untuk menambahkan kenalan dan geng sesama kita ;)

Friday, 24 January 2014

Bantuan Persekolahan RM100 !

As salam dan salam Jumaat ;)

korang ade anak yang bersekolah tak ? hahaa nie nak bagitau , semua anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah dan menengah adalah layak untuk mendapat bantuan ihsan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan .. emmm walaupon  RM100 tapi ia nya dapat meringankan beban ibu bapa yang memang dah terbeban dengan kenaikan harga dan kos hidup yang semakin parah padahari ini ..
walaupon RM100 , ianya dapat cover balik duit yuran dan juga belanja beli buku dan alat tulis , aku sedar walaupon duit yang keluar tue lebih banyak dari apa yang korang dapatkan ...
tapi bersyukurlah ...
so  ,ibu bapa dan penjaga , jangan lupa pergi kesekolah untuk mendapatkan bantuan wang ihsan ini ... ingat semua murd adalah layak ... nie untuk warganegara jew tau ...
okew .. bantuan telah pon diberikan secara berperingkat  bermula 23/1/2014..

okew .. thanks for reading and dont forgot go to school ...

Thursday, 23 January 2014

Bukan Aku Tak Cinta - Novel Ke drama

Novel Bukan Aku tak Cinta - E-man Sufi

Full sinopsis by the book ;)


“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.


p/s: now kalau malas nak baca buku boleh tengok jew drama dia kat astro ! have a fun for watching
      and now showing the most popular novel  to drama ..

thanks for reading ;)

Spageti Ala Melayu

Spageti ala Melayu

arie nie aku nak kongsi satu resepi yang aku rasa sangat mudah, cepat, dan menyelerakan ...
tapi korang kan tahu tekak melayu nie susah sikit nak telan benda-benda yang pelik camgini ... tapi bila dah lama-lama okey jew ... ade sesetengah orang buat spageti macam goreng mee dan beehoon  aloalololoo.. tapi tak per yang penting boleh makan ... katanya cara melayu !
apakah bahan utamanya ...

bahan

1) spageti - tak kisah lah jenis bulat ka, panjang ka , bentuk bintang ka (la nie banyak bentuk dan cantik-cantik jew ) dalam 500 grm (sebungkus )
2) mestilah sos prego nya 1 botol .. ambik yang cendawan sedap sikit ..tp kalau korang nak rasa origanal ambik jew ... tekak masing-masing kan ..
3) daging burger atau daging yang lenyek ... daging burger senang kot rasa aku ... just ramas-ramaskan ...
4) sedikit minyak olive (olive oil ) but kita orang melayu boleh jew guna minyak masak biasa ..
5) cili mesin dalam 1 sudu (option) defends kata korang , tak nak pon x per
6) garam dan bahan perasa  / kalau nak pedas tambah jew lada hitam / lada sulah (tekak melayu lah  katakan )


                                                 ni picture credit to google
itu jew kot bahan-bahan dia ... jangan plak ko letak togew ngan sawi dan macam-macam benda alah like fishball, fish cake and tauhu ---tak perlu okew ..!

cara :
rebus sepeket spageti dalam air yang mendidih , tambah kan sedikit garam dan sedikit minyak ..(minyak sikit jew tau ) bila spageti dah lembut angkat dan toskan
panaskan minyak dan masukkan sedikit cili mesin , 1 botol sos prego , dan daging yang diramas tadi ,, kacau sebati , masukkan garam dan perasa.. kalau kuah pekat tambahkan sedikit air ... jangan banyak sangat nanti jadi macam kuah plak .... kacau sampai masak
angkat kuah dan hidangkan ... dah boleh makan dengan spageti tadi ..
kan dah kata senangkan ... tak perlu nak susah payah pon ... okew  selamat mencuba ...

                                            nie picture is mine ! thats the simple spageti from me !

thank you for your reading dan macam mana korang masak spageti ? meh share ngan aku yer  !

Anak Ustaz Don Danial !

Cahaya Mata Pertama Untuk Ustaz Don




Congrats diucapkan buat pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid bersama isterinya, Husna Mohd Zahry yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka, malam semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Ustaz Don menerusi laman Facebooknya dengan menulis, “bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang sini, 10.25 malam di Malaysia”.

Husna bersalin di Mesir berikutan masih lagi melanjutkan pelajaran di sana dan akan kembali ke tanah air untuk berpantang penghujung bulan ini.

Wednesday, 22 January 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Syarat²
1. Buat entry bertajuk "Giveaway Birthday Azhafizah"
2. Letakkan Banner giveaway di atas dan backlink ke entry ini
3. Follow Blog ini
4. Like fanpange
5. Follow Instagram Azhafizah [Jika ada account IG]
6. Publish dan tinggalkan details seperti berikut di ruangan kotak komen entry ini

Nama : untuk di tulis di calendar
URL Blog : untuk di tulis di calendar
URL entry giveaway :
email :
Kalau tak nak tulis nama,nak buat ayat pun boleh

Hadiah dan pemenang yang akan dipilih

TOP REFERRAL 1
Full Design Blog

TOP REFERRAL 2
Header Blog

TOP REFERRAL 3
Watermark

ENTRY KREATIF
Vector Potrait x 3 pemenang[Soft Copy only]

Setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper [resolution :1152x864] yang unik ni.Selain sebagai wallpaper desktop boleh tengok calendar sekali.Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014.


Read more: http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html#ixzz2r6vfvq2K


p/s : agaknyer tahun 2014 nie adalah tahun untuk saya joint giveaway ! okew jangan lupa untuk joint jugak!

Thursday, 16 January 2014

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.

Jom !Jom ! Jom kita tambah kengkawan ! Ni segmen cari kawan, kawan cari kawan ...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari 12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

Tuesday, 14 January 2014

SIAPA NABI KITA ?

Nabi Akhir Zaman

Nabi Muhammad S.A.W

Tidak dapat dinafikan, Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia.

Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.

Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim. Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.

Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah.

Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;

Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim)

Nama bapa :
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Nama ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.

Tempat lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Tarikh lahir :
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.

Tempat wafat :
Madinah Al-Munawwarah.

Usia ketika wafat :
63 tahun.

Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar

Nama anak-anak :
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)

Bentuk fizikal :
Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu. Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal. Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antar kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian. Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.

Warna kegemaran :
Merah, Putih dan Hijau.

Makanan kegemaran :
Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.

Sukan kegemaran :
Menunggang kuda, memanah dan berenang.

Peperangan yang disertai :
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk

Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.

Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam.
P/S: data diambil  DI SINI

semoga kita sebagai umat yang terakhir akan dapat memanfaatkan kehadiran nabi junjungan semesta alam ini di dunia dan akhirat ..insyaAllah ..
selawat dan salam keatas baginda dan semoga kita peroleh rahmat ! amin ...

Kangkung oh Kangkung !

KangKung

Kangkung ? pernah tengok tak kangkung nie ?
korang pernah makan tak ?

kenapa aku nak letak resepi kangkung kat sini ?
memandangkan tanaman ini popular , maka aku pun nak tulis la sikit pasai kangkung ... jangan salah faham yer ... kangkung nie senang je nak dapat , murah , ekonomi, kalau ko campak je kat tepi longkang atau lopak yang berair ,,, pasti akan tumbuh dan tidak perlu penjagaan atau baja ... cuma air
jew ... kang senang nak buat bahan material untuk masakan  ;)




kangkung goreng belacan
1 ikat kangkung
2 ulas bawang mearah 1 ulas bawang putih
belacan Melaka
dan sedikit perisa garam ,
udang kering kalau nak kau
sedikit cili padi
semua bahan ditumbuk kecuali kangkung
goreng bila minyak panas dan masukkan kangkung
sesuaikan rasa , jangan sampai layu sangat
boleh dimakan ngan nasi panas

kangkung masak lemak putih
1 ikat kangkung
bawang outih dan merah - suka hati nak letak
udang kering / ikan bilis
santan / garam/ perasa
sedikit hirisan cili merah

semua bahan ditumbuk kecuali santan dan kangkung dan juga cili
masukkan semua han yang ditumbuk dalam periuk , kacau biar sampai mendidih
masukkan kangkung dan sesuaikan rasa

p/s: kalau nak kuah jadi kuning tambah jew serbuk kunyit / kunyit hidup ynag ditumbuk
      kunyit hidup warna nyer lagi cantik ...

kangkung masak sambal
1 ikat kangkung
bawang merah, putih , sedikit ikan bilis . cili mesin
tumis bahan yang ditumbuk seperti bawang merah, putih dan ikan bilis .
goreng bahan yang ditumbuk , masukkan cili dan sesuaikan rasa,,,
last sekali masukkan kangkung... kacau sebati .. angkat untuk dihidangkan
bersama nasi panas ..

kangkung rebus
1 ikat kangkung disiang
rebus kan jangan sampai layu sangat
dimakan bersama sambal belacan
selamat mencuba !

kangkung masak rebus air
1 ikat kangkung
bawang merah, putih , ikan bilis
semua bahan ditumbuk kecuali kangkung
masukkan kedalam periuk ,
masukkan air , biar sapai mendidih ... tambah garam dan perasa
masukkan kangkung
angkat - jangan sampai layu sangat 

p/s: kalau nak tumis boleh pakai minyak dan tumis bahan yang ditumbuk

selamat mencuba ;)m

p/s: semua gambar kangkung credit to encik google


Friday, 10 January 2014

Naufal Haddy

Today my Muhammad Naufal Haddy is 7 years old ,, my big boy is ready to big... heheheee
happy birthday dear .. umie hope you will always fine and good healthy and this year is your
started primary school .. enjoyed your your school and make a good boy '-'
 
 
time celebrate 3 years old
                            
                                                                   umur 4 tahun

cake for 5 years old

nie cake last year - 6 years old
 
                                                 tada for 7 years old
 
actually nak display semua gambar cake from one year to six years but , x dpt cari gambar nyer ///
nanti jumpa baru leh upload lagi ...
 
sewaktu umur setahun 4 bulan

 

 
this is my boy
persediaan before primary school
 
big boy allready - primary scholl standard 1
 
from my bottom my heart i always prays my kids will be a good , healthy and also will be very kind person and also responsibility to him self and family of course lah .
 
 
with his young sister
 
*********************************************************************


Tuesday, 7 January 2014

Dress MAxi Ribbon cantik untuk dijual

salam dan hi every one ..
ni nak habaq , ada satu dress maxi yang cantik untuk dijual murah-murah jew ..
sebenaqnya beli untuk pi annual dinner tp labuh wei... so sape-sape yang berminat  ...check nak jual dalam
RM50 + FREE POSTAGE

Code: Maxi Ribbon Flower
Size : Free size up to XL
RM65- Semenanjung
RM68- Sabah Sarawak
FREE POS LAJU...

Ukuran adalah +- 1-2inch
Bahu 16inch, Dada 36-44inch, Labuh 150cm

 color red+black 
Maxi dress Cotton Lycra Flower Printed
Code: Maxi Ribbon Flower
Size : Free size / size s



nie hage asal dan ukurannya , so yang berminat boleh email dekat saya;
fatimah@tkr.com.my

pandangan belakang

boleh buat transfer account melalui maybank . ..
MAYBANK ACCOUNT - 154026697156

pandangan hadapan

kay sesipa yang berminat jangan lupa email saya tau ! ada satu jew !

Saturday, 4 January 2014

KEDAI LAMPU YANG CANTIK DAN MURAH DI MELAKA

As salam dan hi everyone ,
today my story is lighting gallery kat Melaka. masa masa rumah baru hari tue aku dah survey banyak kedai lampu yang ada kat negeri Melaka yang bertuah ini . masuk kedai keluar kedai lagi pulak dengan tambahan memandang lampu yang bergantungan diatas yang boleh buat urat leher ko sakit tau ... nanti kau rasa ler bila ko nak masuk rumah baru ... banyak-banyak kedai , kedai yang aku pergi dekat sikit kot dengan kawasan perumahan aku . kedai dia terletak di kampung gelam opposite dengan Sek.Keb.Kampung Gelam Tanjung Kling Melaka .. jalan dua tiga meter je jarak dari sekolah
tu ...
apa yang ade kat situ , okey selain dari kelengkapan lighting yang cantik-cantik , terdapatjuga kelengkapan bilik air, tandas, jubin , dan cat serta pelbagai alatan lain contoh ko nak renovate dapur ke, ruang tamu ker, deal jew dengan dorang ...
layan gambar jew...antaranya;

                                                        yang jenis biasa-biasa
                                                      yang jenis tebuk-tebuk kat syiling
                                                     yang tergantung menyakitkan leher
                                                    untuk kitchen area...nice ..
                                                      kat dapur pon sesuai juga ...

                                                     picture nie sama kannnn kannn..
                                             untuk tepi katil atau kat ruang tamu tepi sofa ..
and more choice for your , plese visit to make your home like a very-very sweet and heaven...

kat mane ni e, 
you boleh pergi kat kawasan Kampung Gelam , Tanjung Kling, Melaka ... boss dia pon baik nad very friendly...

nie contact number dia :-  MR  ALEX - 016-5515366 (LIGHTING GALLERY )

2014 SESI PERSEKOLAHAN

SESI PERSEKOLAHAN 2014

As salam and very good day to all of you .semoga sihat dan gumbira disamping keluarga yang tersayang ..
aku ..al-hamdulillah , 2014... sangat mencabar dan dicabar ..kahkahkah...
sesi persekolahn yang baru bermula pada hari Rabu bersamaan 02/01/2014 adalah satu hari yang sangat panjang dan memenatkan ... penat ker .. ye lah ... sepanjang hari berada di sekolah untuk menguruskan persekolahan si abang dan si kakak yang baru nak mengenal dunia sekolah , baju sekolah , kasut sekolah , cikgu sekolah dan semualah yang berkaitan dengan sekolah ..
bagi aku lah kan zaman sekarang sangat mencabar dan sangat advance ke hadapan , bila aku tengok senarai buku dan semua buku yang perlu ada ...mmm mengapa nak pening beb ... bukannya apa ,,, baru darjah satu pon ,,,tetapi buku nya ya ampun mengalahkan budak darjah 2 dan 3 pada zaman aku dulu lah ... patutlah budak-budak sekarang mengangkat beg sekolah macam mengangkat bebanan yang berat ... kita pernah tak terfikir untuk timbang berapa kilokah agaknya bebanan yang anak kita bawa untuk seminggu , sebulan atau setahun ?
                                                    posing dulu sebelum pi sekolah !

                                                 dalam bilik darjah hari pertama bergelar pelajar !

abang ngan kakak dah masuk sekolah !
 
okelah lepas itu dengan berbagai dokumen yang diminta ... alasan untuk masuk dalam sistem...
ko tau tak dokumen tue mengalahkan budak nak register universiti okey ... antaranya :

Dokumen yang perlu ada untuk Tahun 1

a) salinan sijil kelahiran - 3 salinan
b)salinan kad pengenalan ibu dan bapa - 3 salinan
c)salinan sijil kelahiran ibu dan bapa - 3 salinan
d)penyata gaji ibu dan bapa - 3 salinan
e)jika tiada salinan penyata gaji - surat akuan yang disahkan oleh ketua kampung
f)2 keping gambar berukuran pasport
g)salinan bil elektrik dan air - 2 salinan
h)salinan surat nikah ibu dan bapa - 1 salinan

Apakah ini .... woi manyak giler macam nak beli umah jew dokumen pelbagai ...
okew tal pew , tapi aku muskil surat nikah pon nak ... kan kat surat beranak kan dah adew butiran mak paknyer ...
itu sekolah pagi tau ...
untuk sekolah petang plak .. Sekolah Agama Jaim ,

a)salinan sijil kelahiran - 1 salinan
b)salinan kad pengenalan ibu dan bapa - 1 salinan
c)penyata gali ibu dan bapa - 1 salinan
d)surat akuan jika tiada salinan penyata gaji
e) 2 keping gambar berukuran pasport

sib baik tak banyak ... mahu aku jerit kat situ ...

untuk tadika KEMAS plak ;
a)salinan sijil kelahiran - 1 salinan
b)salinan kad pengenalan ibu bapa - 1 salinan
c)salinan penyata gaji ibu dan bapa - 1 salinan
d)salinan surat akuan jika tiada penyata gaji dari ketua kampung
e)2 keping gambar berukuran pasport

banyak kan .... lepas ni aku nak bukak kedai stationery plak kat depan sekolah ...heheheheheeh

                                                        fisrt day assembely for sesi 2014!

 selamat belajar untuk abang ngan kakak ... semoga sukcess dan berjaya dunian dan akhirat ...
apa pula erita korang pasai hari pertama persekolahan .. marilah share ngan aku !!!!

*********************************************************************************